Beratur di tapak perhimpunan merupakan perkara biasa dan rutin pagi sebagai seorang pelajar SMK Tengku Zahirah. Tapi tidak bagi aku kerana hari ini pertama kali sebab semalam aku berada di pejabat sekolah.
"Baris, baris sedia, baris luruskan barisan" aku tersentak apabila terdengar suara tersebut.
Aku cuba melihat siapakah gerangan yang memberi arahan baris tersebut. Disebabkan aku pendek aku terpaksa melompat sedikit sehingga terjatuh dan keluar dari barisan kelas aku. Malu tidak terkata apabila ramai memandangkan aku tika aku jatuh terduduk di lantai.
"Yang kau tu dah kenapa?! Orang boleh diri elok-elok ko boleh jatuh kenapa?!" Marah cikgu Aini selaku cikgu disiplin dan ketua perhimpunan pagi.
Kelam kabut aku bangun dan meminta maaf kepada cikgu Aini.
🌸🌸🌸
"Nur, ko kenapa tadi dok? Sampai jatuh-jatuh. Lawak dok . Hahahaha." Tanya Zul sambil ketawa.
Gelak tawa Zul dan geng dia masih berlegar-legar di ruang fikiran aku. Terasa malu ada kelakar pun ada. Hahahahaha.
"Hui.. termenung apa tu" suara tersebut menghentikan lamunan ku.
Suara yang menegurku itu serupa dengan suara yang memberi arahan baris pagi tadi. Belum sempat aku menoleh jejaka itu sudah duduk disebelah aku dan mengukirkan senyuman yang sangat ikhlas. Senyumannya itu membuatkan hati aku berdegup kencang.
"Nur.. nk tanya boleh?" Tanya si jejaka dengan nada yang datar.
"Hmm.. boleh." jawabku.
"Nama penuh Nur ape ea?".
" Nama penuh Nur? Nama penuh Nur, Nur Syahirah. Nape tanya?"tanya ku.
"Oo klu abang panggil Nur, Ira boleh? Dan Nur panggil abang, abang Khai."pinta Khai.
'Wau pucuk dicita ulam mendatang'..
"Hmm boleh je, lagipun Ira pun tak ade abang." Ucap ku dengan hati yang girang.
"Haa tadi lupa nk tanya. Tadi masa perhimpunan tadi kenapa jatuh?" Tanya abang Khai dengan nada risau.
"Ouh tadi Ira nak tengok siapa yang jadi ketua pengawas sekolah ni tapi tak dapat sebab Ira pendek pastu Ira lompat lah sikit pastu terjatuh." Jelasku dengan panjang lebarnya.
" Ouh.. nk tahu siapa ketua pengawas sekolah ni.. klu Ira nak tahu ketua pengawas sekolah ni abang la."jelasnya dengan tenang.
"So klu ade siapa siapa kacau Ira just infrom je at abang tahu la abang nak selesaikan macam mana." Sambung nya lagi sambil melihat jam ditangan.
"Baik bos!" Jawabku sambil membuat tabik hormat kepadanya.
"Ira, rasanya kita patut naik kelas sekaranglah. Dah nak habis waktu rehat ni." Ujar Khai.
Kami pun naik kelas kerana loceng sudah berbunyi.
🌸🌸🌸
'Kenapa abang khai baik sangat ngn aku ni, dia suka aku ke? Tapi tak mungkinlah ketua pengawas kot. Takkan dye nak dekat aku' omel ku sendiri sambil naik ke kelas.
"Sorry dik" tegur seorang pelajar lelaki yang kebetulan lalu bersebelahan dengan aku dan aku menoleh ke arahnya.
"Adik tercicir cinta adik. Boleh abang simpan?" Tanya pelajar tersebut.
"Err ambil la. Saya gerak dulu ye. Dah lambat masuk kelas ni." Jawabku dengan tergesa-gesa ke kelas.
"Eh jap. Saya Qayyum, budak kelas 4ss2." Dia memperkenalkan dirinya.
'Kalau aku tak kenalkan diri, nanti sombong,tapi aku dah lambat ni arghh kenalkan je la' getusku dalam hati.
"Err saya Nur , kelas 3 alfa. Saya gerak dulu la ya. Dah lambat ni." Jawab ku sambil pergi meninggalkan dia.
🌸🌸🌸
"Woi, Nur ko memang tak nak kawan dengan kami ea?" Tanya Syaz.
"Eh bila masa pulak aku tak nak kawan dengan korang?" Aku tanya kembali kepada Syaz.
"Habis tu time rehat tadi mesti ko tak de. Ko gi mana?"tanya kembali Syaz kepada aku.
"Oo aku ade je,aku puasa hari ini,malas nk gi kantin . Sorry la klu wat korang tercari-cari tadi."jawab ku dengan tenang.
"Puasa ke dating dengan ketua pengawas sekolah?" Sindir Ayu sambil menjeling tajam ke arah aku.
"Ko dating dengan Khai? Omaigoddd!!" Tanya wiyah dengan nada yang terkejut.
"Mana ade dating. Just borak biasa je. Asal ko terkejut sangat?"tanya aku.
"Kalau ko nak tahu, ketua pengawas kita tu tak pernah berbual or bercakap dengan budak perempuan suka suka lebih-lebih lagi budak junior cam kita." Jawab Aisy .
'Ouh wau! Aku junior yang pertama ke berjaya bercakap dengan dia.' omel ku sendiri.
Yeayyy habis sudah bab2 . Sorry lambat sikit nak siap. Mohon vote dan komen la apa yg patut.
YOU ARE READING
Diari Cinta Monyet
Teen FictionKhai - "belajar dulu baru bercinta.." Qayyum - "aku playboy so ko boleh ke?" EL - "tak apa Zairul suka ngn ko.." Zairul - "kau tu tunang aku tau. Kau ingat tu" Nur/Ira - "ko ingat hati aku ni baton ke ko boleh sesuka hati main pass at orang lain". S...