bab 10: handball I

79 2 0
                                    

Ding🎶 Ding 🎶Ding🎶

"Diminta kapten bola baling perempuan sekolah, Nur Syahirah binti Naim Syah, sila ke bilik guru kokurikulum di pejabat sekarang."

"Nur! Nur! Nur! Bangun la! Woi!" Kejut Syaz.

"Ala malas la."

"Bangun la cepat."marah Syaz.

"Alaa jap la bak cermin ko." Pinta ku.

Syaz menghulurkan cermin nya kearah aku. Aku mengambil dan membetulkan tudung ku yang sedikit kedut.

Selepas itu,aku terus bergerak ke pejabat.

🌸🌸🌸

Tok! Tok! Tok!

"Masuk"

Aku buka sahaja pintu, 3 orang didalam bilik guru koku telah menunggu kedatangan aku.

"Ha Nur duduk. Awal sampai Nur." Sindir cikgu Aminah, selaku cikgu kokurikulum.

" Hehe sorry lambat, sesat tadi." Jawab aku.

"Sesat dalam mimpi." Sambung Zairul. Aku menjeling tajam kearahnya. Dia selamba sahaja.

"Ok memandangkan semua sudah ada disini. Tahun ini saya mahu pemilihan pemain mestilah berkualiti dan saya mahu pasukan yang sedia ada perlu dirombak balik. Saya berikan masa untuk kamu memilih pemain yang nak betul-betul hendak bermain dan pandai bermain. Saya tak nak ada yang sekadar nak tayang muka sahaja tapi tak reti nak main. Tahun ini juga pemilihan kapten pasukan saya yang memilih sendiri atas dasar komitmen yang kamu berdua berikan pada tahun lepas. Dan Nur dan Zairul, tahun ini coach untuk kedua-dua pasukan ini ialah Sir Ian sendiri. Dia telah menawarkan diri untuk menjadi coach kamu. So saya harap awak bertiga boleh berikan kerjasama yang baik untuk memastikan kejuaraan tahun ini ditangan kita."

"Baik cikgu." Serentak kami bertiga .

"Ok baik , kita.."

"Kejap cikgu."

"Ye ada apa Nur?" 3 pasang mata merenung kearah aku.

"Coach dah hensem, kapten handball lelaki nya macam kurang la. Tak best la tak ada semangat nak lawan nanti." Ujar aku.

"Amboi..Sebab tu la saya pilih yang macam ni sebab takut awak tu tak fokus." Ujar Puan Aminah.

Aku tergelak kecil lalu aku menjeling ke zairul dan sir Ian, zairul menayangkan muka yang tidak berpuas hati apabila melihat Sir Ian cuba menahan gelaknya.

Ada aku kesah😂

🌸🌸🌸

Sesi pemilihan untuk pemain bola baling sekolah pun bermula. Kehadiran pelajar untuk menyertai handball sekolah bagi perempuan hanya 15 orang, aku nak pemain 12 orang. So senang la kerja aku tak yah nak fikir banyak sangat nak pilih pemain handball sekolah.

"Girls!!" Sir Ian panggil kami.

Setelah tiba kami di tempat budak lelaki dan sir Ian  berkumpul Sir mula memberikan sedikit taklimat dan peraturan bermain handball.

"Ok faham?" Tanya Sir

"Faham sir." Jawab kami.

"Ok memandangkan semua dah faham saya girls bahagikan 2 kumpulan, lebih seorang right? Nur, you are reserve and tolong saya tengokkan siapa yang patut join our team ok?" Tanya Sir.

Aku hanya membalasnya dengan mengangguk perlahan.

"Ok boys, korang pun bahagikan kepada 2 teams. Zairul you are reserve because i want to join one of the team." Ujar  Sir Ian terus lari meninggalkan zairul.

Sir Ian memang perangai macam budak-budak sebab dia terlalu muda untuk menjadi cikgu but tak la muda sangat. Umur dia baru 20 lebih gitu.

"Ok guys ni nak boys dulu ke girls dulu game?" Tanya Sir Ian.

"Boys!!!!"

"Ok boys masuk padang now!" Arah Sir Ian.

Semasa game boys berjalan zairul hanya berdiri ditepi padang seorang diri, telinga aku panas bila ada budak form 1 yang mula ingin bergedik gedik dengan  zairul.

"Wei hensem siot kapten boys." Kata Elly,

"Hei tak boleh la itu crush aku janganlah  amik."kata Fatihah.

Hati aku bertambah panas bila Fatihah itu berkata dia mahu ambilkan Zairul air sebab nak amik hati dia la kononnya.

Aku apa lagi aku bingkas bangun dan mengambil air botol aku dan aku berikan kepada zairul.

"Eh ape ni?" Tanya Zairul.

"Air aku, ambil lah kesian panas." Senada aku.

"Betul ni aku ambil air ko ni. Tak geli ke?" Tanya Zairul.

"Ambil la tpi jangan habis kan." Ujar aku.

Aku rasa puas hati bila aku dengar Fatihah tu menjerit.

"Eii sibuk betul la!"

"Ok girls dah boleh msuk padang, boys pergi rehat." Jerit Sir Ian ditengah padang.

"Sir! I belum masuk lgi!" Marah Zairul.

"You are reserve for today, Zairul."selamba saja Sir Ian menjawab.

🌸🌸🌸

"

Ok girls. Ready?"

Prrrrit!

Aku reserve so aku duduk di tepi padang bersama Zairul dan Sir Ian . Kami memerhati siapakah pemain yang betul-betul layak join team handball.

Aku hanya memerhatikan Fatihah sahaja aku lihat tidak fokus dalam game tersebut. Baling bola entah ke mana , tangkap tak cekap. Mana tak nya mata pandang tempat lain .

"Hei perempuan! Ko nak main ke tak nak?! Fokus la!" Jerit aku. Zairul dan Sir Ian agak terkejut dengan tindakan aku sebentar tadi dan menjarakkan sedikit kedudukan kami. Mungkin takut kut.

"Sir! I'm injured! Saya nak keluar." Jerit Fatihah.

"Okay! Nur masuk."arah Sir Ian.

Aku memasuki padang mengambil tindakan tempat di Fatihah gedik tadi.

Selepas 5 minit aku bermain, ada lagi 3 atau 2 minit untuk habis game. Team aku di hadiahkan balingan penalti.

Sedang aku mengambil step untuk membuat balingan, aku ternampak Fatihah sedang menghulurkan sebotol minuman kearah Zairul. Kedudukan mereka berdekatan pintu gol. Tanpa menghiraukan mereka, aku mula membaling bola dengan sangat padu dan..

Zass..

Bola itu tepat kearah botol yang baru sahaja Zairul ingin mengambilnya . Semua orang agak terkejut dengan tindakan aku. Terutamanya Sir Ian dan Zairul.

Prrrit!

Masa tamat.

"Sir! Saya nak balik. Saya injured." Ujar aku sambil terus ke parking motor dan terus bergerak keluar dari sekolah.

Hayoo Zairul.. what are you doing?. Tapi kenapa Nur sakit hati? Nak tahu? Tunggu bab yang seterusnya.

Diari Cinta MonyetWhere stories live. Discover now