bab 6: hari sukan🏅

97 2 0
                                    

Disebabkan aku pengsan kelmarin, cikgu sudah tidak membenarkan aku menyertai acara 4x400m. Aku ditugaskan untuk menguruskan pasukan. So bagi atlet yang menyertai acara mereka perlu berjumpa dengan aku untuk mengawal no. Sukan.

"Hei Nur, cari no.aku dok ." Pinta EL.

Seperti yang aku cakap EL ni kawan baik Zairul. Dia merupakan satu pasukan dengan aku.

"No. Ko ape?" Tanya aku.

"014xxxxxxx." "😑, No. Tu tak ade." Jawab ku dengan serius.

Dah la stress dengan no. Sukan yang banyak. Dia boleh melawak pula.

Sebenarnya EL yang aku kenal dulu adalah orang yang pendiam, pemalu. Tapi sejak aku dengan dia satu pasukan, dia telah menunjukkan perangai sebenar nya iaitu annoying.

"Hoi, berangan lak kau. Cepat la carikan no. xxxx." Sergah EL.

Aku menyerahkan no. sukan dia sambil menjeling tajam kearahnya.

'haih bosannya dekat sini, sorang-sorang. hmm kalau ade abang khai kan best.' monolog ku sendiri.

"Ira?" Panggilan yang membuat aku tertoleh ke arahnya dengan harapan si "dia" memanggil ku. Malangnya tidak.

"Kenapa muka dengan muka dear ni, sedih je? Mengharapkan yang lain, tapi yang ni pula yang panggil nama kau" Tanya Zairul.

"Ish kau ni memang sweet talker kan,"

"ha kenapa kau panggil aku Ira?" Tanya aku.

"Saja lagipun lagi sedap kalau nama kau aku panggil Ira. Ke nak aku panggil 'dear' tpi ada syarat kau kene panggil aku 'baby'." Jawab zairul.

"Suka hati kau la nak panggil apa. Dah la aku nak gerak dulu . Nanti awek ko datang serang aku tak pasal pasal aku dapat malu. Bye" aku bingkas bangun dan bergerak meninggalkan zairul seorang diri.

Hari sukan telah pun tiba setelah beberapa hari telah berlangsung acara sebelum sukan. Nasib aku hari ni bagai terlepas dari mulut harimau masuk mulut buaya

Throwback
"Kau ni dah la tak datang latihan semalam. Lambat pulak tu. Aku tak perlukan ahli macam kau la. Kau pergi sana" marah ketua pasukan unit uniform.

'kau ingat aku nak sangat ke join ko punya perbarisan ni. Dah la panas' bebel ku sendiri.

Aku rasa happy sebab tidak terlibat langsung dengan apa-apa jenis perbarisan untuk hari sukan. Aku tak perlu berpanas.

Sedang aku ingin melabuh kan punggung ke tanah cikgu Aini membuat pengumuman.

"Perhatian kepada Nur Syahirah binti Naim Syah sila ke meja urus setia dengan segera".

' ala apalagi cikgu ni nak . Aku baru nak duduk.' bebel ku sendiri.

Sesampainya aku dimeja urus setia aku berjumpa dengan cikgu Aini.

"Ha Nur, saya dapat tahu yang awak tak termasuk apa apa acara perbarisan dan acara sukan pada hari sukan nanti. Betul ke?" Tanya cikgu Aini.

"Ye saya."jawab ku.

"Baguslah kalau macam tu, esok saya nak awak menjadi puteri untuk acara perasmian esok. Esok awak pakai cantik-cantik tau jangan lupa pakai heels." Arah cikgu Ida .

"Tapi cikgu .."

"no tapi tapi . Full stop" pintas cikgu Aini.

End throwback.

Pagi itu aku memakai baju kurung dan tidak lupa juga kain samping ayah aku. Tibanya aku di padang sekolah, ramai yang memerhati aku, malu aku dibuatnya.

Diari Cinta MonyetWhere stories live. Discover now