t w o f i v e 🐼

2.1K 261 133
                                    

" betul ke budak ni yang kita cari ?" Soal lelaki yang bertatoo kucing di lengannya .

"Ehehehehhehehe" gelak woobin yang berada di dalam bakul itu . Teruja pula dia tengok lelaki botak itu .

"Atotototo comelnya diaa" kata lelaki botak itu , dicubit cubitnya pipi woobin yang gebu itu .

"Tuan mana ?" Soalnya kepada rakan sekerjanya , tomato .

"Ada tu pergi Beli susu budak ni lah , Susu apatah nama tu deegree ehh" jawab si lelaki itu . Dahinya dikerutkan .

"Dugro bodoh ! Tu lah ! Masa kecik makan lagi semut , orang minum dugro biar bersambung sikit sel sel otak tu" marah petai . Uyeahh petai kembali .

"Emm petai , aku nak tanya apa jadi dengan mamat indon yang kita hantar stalk mingyu tu ?"

"Dah insaf , sekarang jadi cleaner" jawab petai selamba . Dia duduk di atas sofa , matanya dipejam . Tidur jap ,

"Amboi ! Aku takde kejap dah tido kau ye ? Nah aku dah beli susu budak ni , pergi buat" arah Tuan Cat yang baru sahaja sampai .

"Tak macho la kalau saya buat susu tuan" rengek Petai .

"Dah tu ? Kau nak dermakan susu kau ke ?" Tuan Cat menunding ke arah nipples Petai yang tak bersusu itu .

Cepat-ii Petai menggelengkan kepalanya , tubuhnya dipeluk .

"Ye lah saya pergi buat jap . Ni buat susu letak gula ke garam ?" Soal Petai , diambilnya plastik susu yang tuannya tinggalkan di atas meja .

"Aduh , bodohnya anak buah aku . Kau apply kerja dengan aku ni SPM berapa A ?" Tuan Cat mencerlung tajam ke arah petai .

"Alhamdulillah straight A's , saya ambik sains tulen" jawab petai bangga .

Tomato yang sedang menikmati kerepek pisangnya terpana seketika . Tak sangka sepetai petai dia bijak jugak budak ni .

"Dah tu kenapa kau tak jadi doktor je ? Bedah otak kau yang penuh kebodohan tu"

"Saya minat jadi penyangak , sbb cikgu kata kerja kene cenderung ke arah minat kita . Alhamdulillah sekarang saya berjaya menjadi gangster terulung"

Adoii mahu sahaja Tuan Cat menampar anak buahnya yang seorang ini . Betah pula berkata kata . Asal tak jadi peguam je .

"Bising betullah kau ni , pergi je lah buat susu tu"

Petai mengundurkan diri ke dapur .

Tuan Cat menarik nafas lega apabila petai hilang dari pandangannya .

"Emm Tuan , saya nak tanya"

"Silakan"

"Apa motif kita culik budak ni ? Dah lah Tuan pakai bomoh siam nak culik budak ni . Tak rasa berdosa ke Tuan ?" Hairan Tomato .

"Aku culik budak ni sebab aku nak balas dendam la dengan Si Jeon hanat acah hensem ngan sado tu"

Meanwhile ~

"Uhuk ! Uhuk ! Uhuk !" Terbatuk Jungkook beberapa kali .

"Kook kau okey ke tak ? Macam dah nazak je bunyinya" seloroh Taehyung yang duduk di seat belakang .

"Ada orang mengumpat aku ni , susahlah jadi hensem asyik jadi bahan membawang je" Jungkook menggosok dadanya perlahan .

"Lepas selekoh ni belok kanan" arah Seul Na . Malas pula dia dengar kekasihnya itu riak .

"Selekoh ke hati awak eh ?" Jungkook menayangkan sengihan sumbingnya .

"Selekoh ke barzakh , ready untuk memgucap" jeling Seul Na .

Mr Inspektor Gatal  + Anak Jeon Where stories live. Discover now