Bunyi dentuman dari atas tanah menyedarkan saya dari tidur yang lena. Lori lori pengangkut tanah bergerak menyusuri jalan raya berhampiran dengan rumah kecil yang saya dan suami diami.
Nama saya Gisele. Saya berumur 28 tahun dan telah berkahwin dengan suami saya, Carlo setahun yang lalu atas dasar cinta. Tetapi, tidak semua perkahwinan itu indah bak cerita dongeng dahulu kala.Saat pertama kali saya mengenali Carlo di sebuah kafe tempat saya bekerja, dia seorang yang sangat peramah dan lemah lembut di mataku. Saya serta merta jatuh hati kepadanya kerana dia melayan saya seperti seorang puteri. Tetapi saya tidak mengerti, adakah itu perasaan cinta atau permainan hati?
Pada awal perkahwinan kami, semuanya baik-baik sahaja. Setelah beberapa bulan, dia kerap balik pada waktu subuh dalam keadaan yang mabuk. Dia juga tidak mempunyai kerja yang tetap. Kami belum dikurniakan cahaya mata. Saya anggap, kami mungkin belum punya rezeki untuk menimang anak. Walaupun keinginan saya kuat untuk mempunyai anak sendiri, tetapi dengan keadaan kami suami isteri seperti ini, saya belum bersedia lagi.
Setiap kali Carlo balik ke rumah dalam keadaan mabuk, kami bergaduh. Saya ditampar! Saya ditendang! Saya juga dimaki dan dicaci olehnya! Ia berlarutan sehingga kini. Kami tinggal di sebuah rumah sewa yang kecil berhampiran dengan kawasan pembangunan. Kadang kala, saya terfikir untuk melarikan diri. Tetapi saya takut! Takut akan diri Carlo yang panas baran. Wanita mana yang tidak akan gentar bila seorang suami tahu isterinya cuba melarikan diri? Saya salah seorang daripada wanita yang bernasib malang di dunia yang fana ini.
▪▪▪▪▪
Waktu ini, Carlo tidak ada bersama dengan saya. Sudah semalaman dia tidak pulang ke rumah. Ketika saya sedang sibuk menyapu pasir yang datang dari lori lori pengangkat tanah di luar rumah, tiba-tiba saya tersentak dengan kedatangan sekumpulan lelaki berbadan besar menaiki SUV. Saya tidak mengenali mereka langsung. Mereka turun dari kereta mewah itu sambil membawa parang di tangan mereka. Saya menjadi sangat takut!
'Siapa mereka ni!?'
Bentak hatiku saat melihat mereka datang ke arah rumah sewa kami. Saya memegang kuat penyapu di tangan. Salah seorang daripada mereka menerpa saya di situ. Lengannya penuh tatu dan bekas luka. Wajahnya sangat bengis!
"Hei! Mana Carlo!?" Jeritnya di hadapan saya.
Saya hanya menggelengkan kepala tanda tidak tahu. Sedikit suara pun saya tidak berani ucapkan saat itu kerana terlalu takut!
Tak!!
Lelaki itu menibas pintu rumah dengan kuat. Saya sangat terkejut! Mata ku terbeliak melihat pintu rumah bocor akibat tibasan itu.
"Dia berhutang dengan kami lepas tu tak nak bayar!?" Jerkah lelaki itu lagi.
"Sa.. saya betul-betul tidak tahu Carlo di mana sekarang.. dia tak balik dari semalam.." jawab saya dengan suara tergugup-gugup berbicara.
Keringat mengalir di kepala ku. Tengkuk mulai menjadi panas. Ketakutan itu sungguh luar biasa sekali. Saya khuatir jika mereka memotong saya di sana! Saya benci akan Carlo! Benci! Entah apa lagi yang telah dilakukannya di luar. Entah berapa banyak dia berhutang dengan orang. Semuanya datang ke rumah, dan saya menjadi mangsa keadaan!
"Kurang ajar! Mampus lah dia kali ni!" Jerit lelaki itu lagi. Dia sangat geram dengan Carlo kerana tidak membayar hutang.
Kemudian lelaki itu mengerah rakan-rakannya masuk ke dalam rumah dan menghancurkan segalanya! Saya bergegas masuk ke dalam dan merayu pada lelaki itu selaku ketua mereka.
"Tuan! Tolong jangan buat begini! Hentikan!" Saya menjerit seperti kerasukan bila mereka merosakkan segalanya di dalam rumah kecil kami.
"Ahh!! Beritahu suami awak, jangan cuba bermain-main dengan kami! Ini hanya amaran! Kalau dia tak datang ke tempat kami untuk bayar hutang, saya akan penggal kepalanya!!" Ujar lelaki berbadan besar itu lalu menolak badan saya dengan kuat hingga tersungkur ke luar pintu.
Gedebukk!!
"Aduh!"
Saya menjerit kesakitan pada pinggang kerana terhempas pada lantai semen. Seluar saya kotor akibat terduduk pada pasir yang tebal di luar rumah. Saya seperti hilang akal saat itu, hinggakan saya melutut di hadapan pintu meminta mereka berhenti merosakkan barang-barang di dalam rumah. Betapa sakit hati ku bila melihat perkara itu terjadi! Semua ini disebabkan oleh Carlo tak guna itu!
Setelah hampir beberapa minit kumpulan samseng itu mengerjakan isi rumah kami, mereka pun pergi begitu saja. Mereka tidak mempedulikan saya yang masih berlutut di hadapan pintu. Saya memegang dada dengan penuh rasa sakit hati. Tangisan saya menyelubungi ruang depan rumah. Bila melihat keadaan rumah yang sudah hancur, hati saya semakin sebak. Perit untuk saya hadapi semua ini!
▪▪▪▪▪▪
Saya duduk di atas bangku kayu yang rosak akibat tetakan samseng-samseng itu tadi dengan wajah pilu. Mata ku memandang seluruh ruang rumah yang telah kami diami selama setahun. Gambar kahwin kami yang di gantung pada dinding turut musnah. Tiada apa lagi yang boleh saya lakukan. Fikiran ku kosong.. saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Patutkah saya melarikan diri dari suami durhana ini?
'Ya! Saya patut larikan diri saja!'
Jerit hati kecilku saat itu. Kebencian menyelaputi minda saya. Lalu, saya bingkas bangun dan masuk ke bilik tempat kami beradu di malam hari. Saya mencapai beg sandang lusuh dan keluar dari tempat itu dengan segera. Tetapi malang, ketika saya berada di luar pintu.. Carlo sudahpun pulang. Wajahnya yang berkumis dan matanya hampir tersembul keluar melihat saya yang mahu melarikan diri. Perasaan saya waktu itu kembali takut.
"Kau nak ke mana ni!?" Bentaknya lalu mencapai lenganku dengan kasar.
"Saya tak sanggup lagi tinggal dengan kau, Carlo! Tengok apa dah jadi dengan rumah ni!? Ini semua disebabkan kau berhutang dengan along!" Saya melawannya dan cuba menarik lengan ku dari genggamannya.
Pak!
Satu tamparan kuat mengena di pipi saya! Nafasnya berdengus-dengus kerana saya melawan. Lalu dia menarik rambut saya dengan kuat dan mengheret saya masuk semula ke bilik.
"Carlo! Tolonglah.. Saya tidak mahu hidup seperti ini! Bila kau nak berubah!? Bila!?" Saya menjerit diikuti tangisan kuat.
Dia tidak mengendahkan rayuan saya itu. Kemudian dia mengambil sebatang kayu dan memukul-mukul badanku dengan perasaan geram!
Buk! Buk! Buk!
"Carlo jangan! Aduhh!! Sakitt..!" Jeritan saya itu langsung tidak dipedulikan oleh suami tidak guna itu.
"Kau nak lari ye!? Kau tak boleh pergi mana-mana selagi ada saya di sini!" Jerkah Carlo lagi sambil kayu yang dipegangnya menghentam punggungku.
Ia sakit sekali! Sanggup dia mengasari isterinya yang dulu dia sangat cintai! Saya hampir pitam akibat pukulan berkali-kali itu. Sakit pada badan ku itu, hanya Tuhan yang tahu. Jari jemari ku luka akibat terkena pukulan yang kuat kerana cuba menghalang Carlo dari memukul.
"Errgghh!!"
Saya mengerang kesakitan apabila dia sudah puas memukul badan ku yang kecil ini. Pada siapakah saya ingin meminta bantuan? Keluarga saya sudah lama meninggalkan saya. Sewaktu saya masih bayi, saya telah dijumpai di depan pintu pagar rumah anak yatim dan mereka menamakan saya, Gisele. Sesudah dewasa, barulah penjaga-penjaga di situ memberitahukan hal itu kepada saya. Kenapa saya dibuang? Apa salah saya? Kalaulah saya punya keluarga kandung, saya pasti tidak akan hidup seperti ini!
YOU ARE READING
Let Me Be Your Man ✔✔
RomanceI'jien Gracevon@copyright protected ©2019 📣Warning!! Do not copy this story without my permission!! 🔉Language ☆ malay, korean & english. (Nda tau butul ka tidak tu perkataan kuria. Sia pakai gugel translate ja. Hahha!) 🖼Story cover photo credit...