Malam itu setelah saudara-saudara mereka telah balik ke hotel, saya dan Ryu masuk ke bilik. Ibu dan adiknya tidak mahu menganggu 'malam pertama' kami. Semasa kami berada di dalam bilik, Ryu segera menukar pakaiannya di bilik mandi. Saya hanya duduk di tepi tilam dengan bermuka masam."Ok, Rasanya eomma dah tidur. Saya nak pergi dulu," katanya selepas keluar dari bilik mandi.
Saya hanya membalas dengan senyuman tanpa menjawab kata-katanya. Saya perhatikan saja tindak tanduknya yang ingin keluar dari bilik itu. Ketika dia sedang membuka pintu, matanya menjenguk sebentar keadaan diluar. Tiada sesiapa lagi yang berada di dalam rumah itu. Ini menjadikan dia lebih teruja untuk pergi. Sebelum dia menutup pintu bilik, dia memandang saya sekali lagi yang sedang duduk dan masih berpakaian Hanbok di tepi katil. Saya mengelak dari melihat dia pergi.
"Gisele.." tiba-tiba dia menegur saya dari tepi. Saya tidak perasan waktu itu dia masuk semula ke bilik.
"Huh?" Saya tersentak."Thank you.." ucapnya lalu dia mengucup dahiku dengan lembut. Saya menutup mata merasakan kucupan lembut itu di dahi. Ketika saya membuka mata, dia tidak ada lagi di depanku atau di dalam bilik. Dia telah pergi meninggalkan isteri palsunya ini dengan pintu yang tertutup rapat.
Sebak sungguh hati saya. Saya ingin melarikan diri saat itu juga, tapi saya tidak berani melakukannya. Lalu, satu persatu ikatan pada baju Hanbok saya buka. Fikiranku kosong dan sakit hati pada malam pertama. Saya menuju ke bilik mandi tanpa seutas benang lalu duduk di bawah pancuran air yang membasahi seluruh tubuhku. Saya menangis sepuas-puasnya memikirkan perkara ini. Apakah yang sedang dilakukan Ryu bersama Zandra sekarang? Benda itu terlintas di fikiranku dan menambahkan kegelisahan saya. Saya tidak pernah merasa sakit hati seperti ini semasa menjadi isteri kepada Carlo. Ryu membuatkan saya seperti orang yang sakit jiwa!
Kulit tubuhku mulai berasa sejuk dek terkena curahan air dari pancuran selama 30 minit. Saya mencapai tuala dan menuju semula ke bilik. Setelah saya mengenakan pakaian, saya mengambil bantal dan selimut lalu berbaring di atas lantai seperti apa yang Ryu mahukan. Lampu saya padamkan. Tanpa saya sedari, saya terlelap dengan air mata yang berlinangan di pipi di malam pertama perkahwinan kami..
▪▪▪▪▪
Beberapa jam kemudian, semasa saya sedang nyenyak tidur dalam gelap, tiba-tiba badanku terasa hangat pada bahagian belakang. Saya terasa seperti ada sesuatu yang menarik selimutku dengan perlahan sambil badan itu berbaring rapat dengan badan saya. Badanku tiba-tiba dipeluk dengan lembut. Saya sangkakan ia cuma mimpi, tetapi bila saya memegang tangan itu, ia benar-benar terjadi! Hembusan nafas lelaki itu sedang meniup di belakang leherku. Bau alkohol yang datang darinya sangat menyengat. Saya cuba tepiskan tangannya tetapi dia bertambah kuat memegang perutku. Jadi, saya biarkan saja. Saya ingatkan Ryu akan bermalam bersama Zandra, rupa-rupanya dia pulang semula.
"나는 .. 너를 떠날 수 없어. 《Naneun .. neoleul tteonal su eobs-eo.》" (Saya.. tidak boleh tinggalkan awak.) Dia merapu dengan suara lembut ketika memelukku.
Entah apa yang dibisikkannya itu. Kalaulah saya faham, saya pasti akan membalasnya. Tetapi saya tidak menjawab sepatah pun kata-katanya.
"오늘 밤 너를 안아 줄 께. 《Oneul bam neoleul an-a jul kke.》" (Biarkan saya peluk awak malam ini..) Bisiknya lagi sambil pelukan itu bertambah kuat.
Sebenarnya apa yang dia fikirkan? Saya gelisah. Saya memusingkan badan berdepan dengannya lalu memeluk dia semula. Ketika berada di dalam dakapannya, saya berasa sangat tenang. Bibirku mengukir senyuman gembira walaupun dalam fikiranku dia berbuat begitu kerana mabuk. Sehinggalah keesokan harinya, kami masih berpelukan di atas lantai.
YOU ARE READING
Let Me Be Your Man ✔✔
RomantizmI'jien Gracevon@copyright protected ©2019 📣Warning!! Do not copy this story without my permission!! 🔉Language ☆ malay, korean & english. (Nda tau butul ka tidak tu perkataan kuria. Sia pakai gugel translate ja. Hahha!) 🖼Story cover photo credit...