Setelah dikerjakan oleh Carlo kemarin, lebam-lebam pada badan saya membengkak. Saya sukar untuk bergerak tetapi saya memaksa diri untuk ke dapur. Kelihatan Carlo duduk bersila di ruang tamu bersama barangan yang sudah rosak sambil menyedut rokok dan memandang saya dengan wajah yang gerun. Saya benci melihatnya! Sepatah perkataan maaf pun tidak dia ucapkan pada saya.
Dengan berseluar pendek dan tidak berbaju, dia mengekori saya dari belakang ketika saya sedang menuju ke arah dapur. Tanpa saya sedari, dia segera memeluk pinggang ku dan meramas tubuh badan saya yang sakit!
"Carlo apa kau buat ni!?" Saya masa tu sedang terasa sakit pada bahagian punggung, menjerit padanya. Saya cuba melepaskan pelukan itu!
"Mm.. kenapa? Saya kan suami kau?" Jawabnya tetapi jari jemarinya memicit-micit lagi bahagian punggungku.
Saya tidak mahu diperlakukan seperti binatang! Walaupun saya isteri dia yang sah, tetapi saya tidak sanggup lagi menyerahkan tubuh ku padanya. Kerana tiada lagi perasaan cinta saya terhadap dia.
Saya berkali-kali menepis tangannya dari badan ku. Tetapi dia tidak mahu melepaskan saya. Lalu dia menolak saya ke atas lantai hingga terbaring dan segera menyelak gaun pendek yang saya pakai!
Saya tidak berdaya melawan kerana badan saya terlalu sakit! Dia langsung tidak ada perikemanusiaan terhadap saya! Dia menghentam tubuhku di atas lantai dapur tanpa belas kasihan!
"Carlo! Sudah..! Errgghh!" Saya merayu dan mengerang kesakitan. Ia rayuan yang sia-sia.. Suami tidak guna itu memperlakukan saya seperti boneka yang tiada perasaan.
Setelah dia puas, dia tinggalkan saya sendirian di atas lantai. Saya hanya mampu menangis! Saya menyesal berkahwin dengannya!
▪▪▪▪▪
Sebulan kemudian, saya mula mencari kerja di bandar kerana desakan Carlo yang mahu saya membayar hutang piutangnya. Bila saya kata saya tidak mahu, dia akan memukul lagi. Saya terpaksa menuruti perintahnya. Pada mulanya, saya bekerja di sebuah kedai makan. Tetapi gaji itu tidak cukup untuk membayar hutang Carlo. Ini kerana, setiap kali Carlo datang ke sana, dia sesuka hati memesan makanan tetapi dia tidak membayarnya! Majikan saya terpaksa memotong dari gaji ku. Sakit sungguh hati saya! Carlo meminjam pula wang dari majikan itu dan saya juga yang terpaksa membayar semua.
Saya ingin lari! Tetapi Carlo sentiasa memerhatikan saya dari jauh. Dia selalu melepak di luar kedai sambil menunggu saya kerana takut saya melarikan diri. Oleh kerana majikan kedai makan itu tidak tahan dengan perangai Carlo yang kerap meminjam duit, dia pun memberhentikan saya serta merta. Carlo menyalahkan saya pula. Dia kata saya tidak tahu bekerja, padahal majikan itu berhentikan saya sebab dia!
Saya mencuba pula nasib di kelab malam atas arahan Carlo. Sebenarnya saya tidak ingin bekerja di sana. Tetapi suami tidak guna itu memaksa saya! Waktu itu saya perasan, saya sudah sebulan tidak datang kotor dan kepala saya asyik pening serta selalu berasa mual. Saya pernah terbaca tentang tanda-tanda kehamilan di dalam majalah. Dan tanda-tanda itu semua sedang berlaku terhadap diri saya.
'Kenapa awak hadir sekarang sayang? Mama tidak mampu membesarkan awak..'
Saya berbisik di dalam hati sambil membelai lembut bahagian bawah perutku. Perasaan saya bercampur baur. Bagaimana saya nak besarkan dia dalam keadaan begini? Bapanya seorang kaki botol dan tidak bertanggungjawab. Kesempitan hidup membuatkan saya berfikir panjang.. sama ada ingin melahirkan anak itu atau tidak.
▪▪▪▪▪
Saya datang ke kelab malam seperti biasa dengan berpakaian seksi dan dengan wajah bertopengkan mekap tebal. Saya harus melayan pelanggan yang datang dengan wajah ceria kerana terpaksa! Tubuh badan saya kerap disentuh oleh lelaki-lelaki kaya yang datang. Jika saya menolak, pemilik kelab malam itu akan kerjakan saya. Saya tidak mahu disakiti lagi dan saya terpaksa akur dengan peraturan kelab tersebut. Carlo datang ke sana hanya untuk meminta tip yang pelanggan berikan kepada saya. Dia tidak peduli dengan orang-orang yang memeluk dan menyentuh tubuh badan saya! Dia hanya mahukan duit!
"Carlo.. saya tak mahu lagi kerja di kelab malam tu.." saya berkata kepadanya ketika berada di rumah.
Dia memandang saya dengan sinis. Lalu dihumbannya gelas kaca ke arah saya!
Pok!
"Aduh!" Saya terjerit akibat dihumban.
Gelas itu tepat mengena di dahi saya! Benjolan di dahi jelas terasa saat itu. Saya menangis lagi..
"Tak nak kerja awak kata? Hah!? Mari sini kau..!" Ujarnya lalu berdiri dan menarik lenganku hingga terkujur di ruang tamu.
"Ahh! Carlo! Jangan pukul saya!" Saya berteriak ketika dia menendang-nendang belakangku dengan kuat.
Saya mahu melawan, tetapi saya tidak kuat! Saya mahu pergi.. pergi dari hidup si jahanam!
Buk! Buk!
"Aduh..! Carlo jangan tendang perut saya..! Sakitt!!" Saya merayu lagi bila kakinya beralih arah ke perutku. Dia sebenarnya tidak tahu bahawa saya sedang mengandungkan anaknya.
Akibat dari tendangan bertubi-tubi ke atas perut saya, saya pengsan hingga tidak sedarkan diri. Kesakitan itu sangat menyengat di dalam rahimku dan saya tidak dapat menahannya. Carlo terhenti dari menendang badanku setelah melihat darah mengalir keluar dengan deras dari bahagian s***t saya! Nafasnya tercungap-cungap bila melihat saya tidak lagi bergerak. Dia menggerakkan badanku menggunakan kakinya, tetapi saya tetap tidak sedarkan diri. Dan dia menyangkakan saya telah mati!
Oleh kerana takut, dia meminjam kereta rakannya dan memasukkan saya ke dalam bonet kereta. Sesudah itu, dia membawa tubuh badan saya pergi jauh dari tempat itu.
▪▪▪▪▪▪
Ketika saya sedarkan diri, cahaya terang menyilaukan pandangan mataku. Lalu saya pandang sekeliling.. suara cemas wanita dan lelaki berbicara di tepi badanku yang sedang berbaring di atas tilam.
"Cik..? Cik..?" Salah seorang wanita memanggil-manggilku.
Saya yang bagai berada di dalam mimpi, menyahut panggilan itu.
"Y..ya?"
"Doktor, dia dah sedarkan diri!" Jerit wanita itu.
'Doktor?'
Bisik hatiku. Saya menjadi bingung. Saya sekarang berada di hospital? Tetapi.. bagaimana saya boleh berada di sini? Dalam keadaan yang sakit, persoalan itu timbul di minda saya. Apa sebenarnya yang telah berlaku?
YOU ARE READING
Let Me Be Your Man ✔✔
RomanceI'jien Gracevon@copyright protected ©2019 📣Warning!! Do not copy this story without my permission!! 🔉Language ☆ malay, korean & english. (Nda tau butul ka tidak tu perkataan kuria. Sia pakai gugel translate ja. Hahha!) 🖼Story cover photo credit...