Saya yang baru tersedar dari pengsan akibat disuntik ubat tidur, cuba untuk bergerak. Tetapi badanku terasa sungguh lemah sekali. Tangan dan kaki saya diikat dan saya berbaring di atas lantai berdebu."Eerrgghh.." saya mengerang perlahan sambil mataku memandang sekeliling. Saya dapati saya sedang berada di sebuah bilik kosong. Perasaan saya waktu itu takut sekali! Nafasku tercungap-cungap kerana terlalu gelisah. Saya cuba membuka ikatan tali pada tanganku tetapi tidak berhasil! Tangisan saya terjadi lagi!
"Ryu..!! Tolong saya..!" Saya menjerit sekuat hati di dalam bilik kosong itu. Saya sangat berharap Ryu akan datang menyelamatkan saya!
Lalu pintu bilik itu terbuka. Saya terlihat dua pasang kaki perempuan dan lelaki masuk ke dalam bilik itu sambil terdengar gelak tawa mereka.
"Ha.. dah bangun rupanya?" Suara perempuan menegurku yang sedang terbaring. Ia kedengaran seperti suara Zandra!
Saya segera memandang ke arah mereka. Dia sedang berdiri bersama Carlo! Tapi, kenapa mereka boleh bersama!? Saya bingung!
"Ca..Carlo!? Zandra!? Apa kamu nak buat dengan saya!?" Saya menjerit pada mereka kerana terkejut.
"Haha! Inilah balasan awak Gisele! Kan saya dah kata hari tu, saya akan cari awak!? Kali ni.. saya tak akan lepaskan awak lagi!" Bentak Carlo dengan mukanya yang bengis memandangku.
"Inilah akibatnya kalau bermain dengan api!" Sampuk Zandra sambil menolak pinggang.
"Ke..kenapa kamu boleh bersama!? Apa yang kamu nak buat dengan saya!?" Saya menjerit lagi kerana terlalu marah.
"Well.. kami dah rancang semua ni sejak sebulan lalu. Dan segalanya berjalan lancar! Hahah!" Ujar Zandra lagi.
"Awak buat begini untuk apa!? Lepaskan saya!!" Saya cuba merayu tetapi mereka hanya mentertawakan saya.
Lalu Carlo datang ke arah saya dan bercangkung dihadapanku. Diusapnya rambut saya yang panjang dengan lembut. Saya mengelak dari disentuhnya dengan kasar!
"Jangan sentuh saya Carlo! Awak memang tidak guna!" Jeritku lagi.
Tapi dia lantas menarik rambut saya dengan kasar!
"Apa!? Awak nak lawan saya ke!? Lelaki bodoh tu tak akan jumpa awak lagi! Haha!" Katanya."Ahh! Carlo, tolonglah.. jangan buat saya macam ni! Bebaskan saya!" Saya merayu lagi sambil menangis.
"Useless! Perempuan sial macam awak ni memang patut dikurung sampai mati!" Zandra menyampuk di belakang Carlo.
"Awak ingat lepas awak berjaya rampas Ryu dari saya, awak akan bahagia!? Jangan haraplah!" Katanya lagi."Ke..kenapa awak sanggup buat begini Zandra!? Kenapa awak tidak boleh menerima kenyataan?" Ujarku lagi.
Sambil dia tersenyum sinis, dia pun berkata..
"Sebab dia kata dia akan setia pada saya seorang! Tapi sejak awak muncul, dia tidak mahu bersama saya lagi! Awak memang perempuan tak guna! Dasar perampas!" Jerkahnya.Nafasku berhembus laju mendengar ayatnya itu. Lalu Carlo mencelah kata-katanya.
"Awalnya, saya tidak mahu menandatangani surat cerai itu. Tetapi Zandra berjumpa dengan saya dan biarkan kamu bahagia buat sementara. Lepas tu, kami pun merancang untuk menculik awak! Awak tahu tak, saya benci dengan lelaki tu!? Berani ya awak buat begini!? Ha!?"
"Semua ni terjadi kerana awak Carlo! Awak yang telah membuang saya, sekarang awak nak saya balik kenapa!? Saya bukan mainan awak!" Jeritku diikuti tangisan berbaur kemarahan.
"Sebab saya sangkakan awak dah mati!" Jawabnya lagi.
"Awak lakukan saya macam sampah!" Balasku.
YOU ARE READING
Let Me Be Your Man ✔✔
RomanceI'jien Gracevon@copyright protected ©2019 📣Warning!! Do not copy this story without my permission!! 🔉Language ☆ malay, korean & english. (Nda tau butul ka tidak tu perkataan kuria. Sia pakai gugel translate ja. Hahha!) 🖼Story cover photo credit...