♧fifteen♧

777 41 2
                                    

           
          Ketika berada di dalam kereta, saya hanya mendiamkan diri. Ryu juga langsung tidak berkata apa-apa. Ingin juga saya bertanya ke mana hala tuju kami, tetapi saya tidak berani menyuarakan soalan itu. Tidak lama kemudian, Ryu bertanya kepada saya.

"Nak makan di mana?"

"Err.. tak tahu. Kenapa tanya?" Saya menyoal.

"Awak kan belum sarapan," jawabnya tanpa melihat saya.

Tidak sangka dia mengambil berat pula tentang diri saya. Saya tersipu malu.

"Em.. mana-mana pun ok." Balasku lagi. Saya langsung tidak terfikir tentang hal ni.

Dia tidak menjawab kata-kata saya dan teruskan saja memandu keretanya. Setelah seketika, kami pun tiba di sebuah pekan. Saya seperti mengenali tempat yang dibawanya itu. Mataku melihat persekitaran di pekan itu semasa kami melaluinya. Perasaan saya mula tidak tenteram. Tempat itu.. berdekatan dengan tempat tinggal saya dan Carlo! Di pekan itulah saya bekerja sebagai pelayan di sebuah kedai makan. Hatiku berasa sangat tidak tenang ketika ini. Kenapa Ryu bawa saya ke sini?

"Err.. tuan. Kita nak pergi mana ni?" Saya menyoalnya dengan suara takut.

"Nak bawa awak makanlah," jawabnya.

"Ta..tapi kenapa di sini?" Saya teruskan menyoal.

"Kenapa? Tak suka?" Ujarnya pula.

"Bukan tak suka.. tapi.."

"Ah, diamlah. Saya tahu awak tak selesa makan di restoran, sebab tu saya bawa awak ke sini. Lagipun, saya nak rasa juga makanan di sini." Ujarnya lagi selepas memotong kata-kata saya tadi.

"Tapi tuan.."

Pok!

"Ah!" Diketuknya kepala saya.

"Shut up and just follow. Kalau awak bercakap lagi, saya tinggalkan awak di sini," ugutnya dengan nada kasar. Saya mengusap kepala yang diketuk tadi.

"Ok.." saya membalas dengan terpaksa.

Sesudah keretanya dihentikan, dia keluar dari kereta itu. Saya masih teragak-agak untuk menjejakkan kaki di sana. Saya mahu memberitahukan hal itu kepada Ryu, tapi saya sangat takut. Tiba-tiba, dia datang menerpa saya yang masih berada di dalam kereta.

"Hei, tak nak keluar ke? Nak saya dukung juga?" Bentaknya di luar pintu kereta sambil mencekak pinggang.

"Tuan.. saya.." tergugup-gugup saya ketika itu.

"Aish..! Come on! Kebuluran pula awak nanti." Katanya lalu membuka pintu kereta dan menarik lenganku untuk keluar dari kereta.

Saya tidak mampu untuk berkata-kata. Mataku memandang sekeliling. Saya takut diperhatikan orang-orang yang ada di pekan itu kerana mereka mengenali saya dan Carlo. Sambil tanganku di pegang Ryu, saya menundukkan kepala berjalan bersamanya. Lalu kakinya terhenti di hadapan sebuah kedai makan. Saya mendongak melihat kedai itu.

'Tidak! Saya tak mahu ke sini!'

Jerit hati kecilku bila kami berada di kedai makan tempat saya bekerja dulu. Tuan kedai itu sangat mengenali saya! Lalu Ryu menarik tangan saya masuk ke dalam.

"Tuan, saya tak mahu makan disini," saya kata sambil menarik semula tanganku. Dia berpaling ke arah saya dengan muka marah.

"Kenapa dengan awak ni? Kita nak makan sajalah," ujar Ryu.

"Sa.. sa.."

"Selamat datang.. jemputlah masuk," tuan kedai itu menyapa kami yang berada di luar dan ia lantas menghentikan saya dari bercakap.

Let Me Be Your Man ✔✔Where stories live. Discover now