♧nineteen♧

766 44 6
                                    


        Trang! Tang! Tang! Tang!

Bunyi periuk berhentakan dari dapur menyebabkan Ryu segera turun ke bawah menjenguk ke dalam dapur. Waktu itu, saya sedang memasak. Saya tak peduli lagi dia tuan rumah atau suami saya. Biar saya memberontak hari ni. Kalau dia halau saya, itu lebih bagus!

"Hey, what's happening here!?" Dia yang baru masuk dapur bertanya pada saya.

Sambil saya memotong sayur di meja, saya menjawab soalan dia dengan selamba.

"Oh, saya sedang masak ni. Kenapa?" Kataku. Tapi mata tidak melihat dia langsung.

Trang! Tang! Tang!!

Sekali lagi saya sengaja membunyikan periuk menggunakan sudip kayu. Ryu lantas menutup telinganya kerana kebisingan.

"Stop! Apa yang awak masak sampai ketuk-ketuk periuk?" Katanya lagi lalu pergi ke arah dapur gas.

"Eh, jangan menyibuklah. Awak pergilah masuk bilik layan perempuan kesayangan awak tu." Saya menyindir dia yang berada di tepi badanku.

"Mwolagu? (Apa?)" Dia tersentak dengan kata-kata saya itu.

"Mologu mologu.. ahh! Pergilah, nanti saya panggil kamu makan!" Saya mengejeknya dengan kasar. Saya sebenarnya sengaja berkasar dengannya supaya dia benci.

"Yah!" (Hei!) Dia cuba memarahi saya lagi kerana melawannya.

"Apa yah yah!? Pergilah..!" Saya kata sambil menolak badan dia keluar dari dapur.

"G..Gisele!" Dia menjerit kerana saya buat begitu, lalu dia capai lenganku dengan kasar!

"Apa..!?" Saya menyahut dengan suara marah.

"Why!?" Pekiknya di hadapanku.

Saya terdiam selepas dia memekik. Kami bertentangan mata dengan tajam. Tangannya menggengam erat lengan saya masa tu. Dia menelan air liur ketika melihat saya yang berserabut dan berkeringat serta berbau bawang.

"Ryu.." Saya menyebut namanya dengan suara berpura-pura manja. Raut wajahnya berubah ketika itu, dia seperti mahu tersenyum bila terdengar panggilan lembut dari mulutku.

"Ye..?" Dia menjawab dengan halus. Keningnya terangkat sikit. Saya menarik kepalanya supaya menunduk sedikit, lalu saya majukan bibirku ke tepi telinganya. Saya boleh dengar dengusan nafasnya keluar bertalu-talu. Kemudian saya...

"Sayur dah hangusss!!" Saya jerit di telinganya lalu menolak badannya dan segera berlari ke arah dapur gas.

"Aissh!" Dia berdengus keras. Kerana tidak puas hati, dia menerpa saya lagi yang sedang menyenduk sayur yang baru masak ke dalam piring.

"Kenapa dengan awak ni?" Dia menyoal saya yang sedang sibuk.

"Apa yang kenapa? Saya kan orang gaji awak? Eh,  jangan lupa gaji saya 3 kali ganda, macam yang awak cakap dulu." Saya menjawab sambil menagih gaji.

"Don't acting," katanya. Dia boleh rasakan saya sedang berlakon saja.

"Haha! Kita sama-sama pelakon hebat kan? Saya rasa kalau kita jadi artis, tentu kita jadi pelakon paling popular, hahah!" Saya menyindirnya dengan gelak tawa.

Dia merenung wajah saya seperti sakit hati. Saya cuma nak dia bencikan saya saja.

"Jadi.. selama ni, awak betul-betul berlakon saja?" Tiba-tiba dia menyoal saya sedemikian rupa. Gelak tawa saya tadi perlahan-lahan hilang.

Saya tidak menjawabnya dan segera mencapai periuk panas itu dengan kain. Saya tidak mempedulikan dia langsung!

"Jawab.." dia suruh saya jawab soalannya tadi.

Let Me Be Your Man ✔✔Where stories live. Discover now