♧sixteen♧

792 42 0
                                    

          
           "Awak tanya saya siapa? Awak ni siapa pula?" Carlo menyoal Ryu dengan suara geram.

"Saya suami dia," Ryu berterus terang dengan Carlo.

Mata Carlo terbungkam kerana terkejut dengan jawapan Ryu itu. Padahal dia juga suami kepada saya. Sambil dia menggaru-garu kepalanya, dia berdengus kuat.

"Suami? Hhuuhh..! Betul ke apa yang saya dengar ni? Gisele.. kotornya awak!" Katanya sambil memandang sinis pada saya.

"Hey!" Ryu mencelah. Hampir saja dia menyerang  Carlo yang berada di hadapannya, tetapi saya pantas memeluknya dari belakang.

"Ryu jangan! Marilah balik!" Kataku sambil menarik-narik baju Ryu.

"Gisele awak nak lari ke mana, hah!?" Jerkah Carlo lalu ingin menerkam saya tetapi Ryu pantas menolak badan Carlo ke tepi bila dia cuba mencapai tanganku.

"Don't touch her!" Balas Ryu. Dia mempertahankan diri saya dari disentuh oleh Carlo.

"Hahah! Wow!" Carlo ketawa sambil bertepuk tangan melihat Ryu melindungi saya.
"Tak sangka begitu cepat awak jumpa lelaki lain!" Sambungnya.

"Carlo, Sa.. saya tidak mahu bersama dengan awak lagi!" Saya berterus terang kepada dia, kerana kata-katanya itu menyakitkan hati.

"Gisele.. saya minta maaf sayang. Saya menyesal.. saya tak akan buat macam tu lagi. Marilah kita balik.." gelinya perasaan saya bila dia merayu seperti itu dengan berbuat muka kasihan sambil menadahkan tangannya ke arah saya.

"Tak mungkin saya akan balik ke pangkuan awak Carlo! Cukuplah awak sakitkan saya! Anak kita mati disebabkan awak!" Saya menjerit dengan kuat memberitahukan kandungan saya yang telah gugur disebabkan dia.

"A..anak!? Kenapa saya tak tahu tentang hal ni!? Kenapa sekarang baru awak beritahu? Hah!?" Pekiknya.

"Kalau awak tahu pun, apa awak boleh buat!? Awak tak pernah ambil berat pasal saya! Hari-hari awak pukul saya sampai awak sanggup buang saya di tepi jalan!" Saya menangis ketika berbicara. Orang ramai hanya memerhatikan kami dari jauh.

"Saya minta maaf sayang! Baliklah dengan saya..!" Carlo merayu lagi agar saya kembali padanya. Tetapi saya enggan! Saya tidak mahu menjadi hambanya semula!

"Gisele, jom balik." Ryu mencelah tanpa mempedulikan Carlo.

Dia segera memeluk badan saya dan membawa saya pergi ke keretanya. Tetapi Carlo bertambah berang dengan Ryu yang sesuka hati membawa saya pergi begitu saja. Lalu dia menarik belakang baju Ryu dengan kasar dan terus menumbuk tepat di pipi Ryu.

Buk!

"Carlo jangan!" Saya menjerit kerana terkejut.

"Berani awak goda isteri saya!? Kurang ajar!" Tengking Carlo pada Ryu. Dia menumbuk sekali lagi lelaki Korea itu dengan kuat.

Buk!

"Ahh! 젠장! 《Ahh! Jenjang!!》" (Ahh! Sial!!) Jerit Ryu lalu melawan semula Carlo dengan menumbuk mukanya.

Buk!

Saya tergamam. Ingin saya menghalang pergaduhan itu, tetapi saya cuma seorang wanita yang lemah! Jerit pun payah untuk saya suarakan ketika itu. Saya hanya mampu menangis!

"Arrggh!!" Carlo mengerang kesakitan akibat ditumbuk oleh Ryu yang berbadan tinggi. Tetapi itu tidak mematahkan semangat Carlo untuk membalasnya semula. Dia masih cuba untuk menumbuk Ryu, tetapi Ryu pantas menendang perut Carlo!

Dush!

"Aarrgh! Sial!" Sekali lagi Carlo mengerang hingga terkujur di atas lantai semen sambil menekup perutnya.

Let Me Be Your Man ✔✔Where stories live. Discover now