Selesai saja kami makan malam, Ryu segera bangun dan meninggalkan kami di meja makan. Saya pula sibuk mengemaskan meja itu dan ditolong oleh Sue tanpa mempedulikan Ryu. Ibunya hanya memerhatikan perangai Ryu yang dingin terhadap saya. Lalu dia mengekori Ryu dari belakang."Ryu!" Panggil ibunya.
Ryu segera berhenti dari berjalan dan pandang ke arah ibunya.
"Yup?" Dia menyahut panggilan itu.
"왜 지젤을 그렇게 떠났어? 《Wae jijel-eul geuleohge tteonass-eo?》" (Kenapa awak tinggalkan Gisele begitu saja?) Soal ibunya sambil tangan kanannya bercekak pinggang.
Ryu agak kebingungan masa tu, lalu dia bertanya semula.
"왜? 《Wae?》" (Kenapa?)
"그를 부엌에 버려두면 안됩니다. 숙제하는 걸 도와 줘야 해. 《Geuleul bueok-e beolyeodumyeon andoebnida. Sugjehaneun geol dowa jwoya hae.》" (Awak tidak patut tinggalkan dia semasa di dapur. Awak kena tolong dia lakukan kerja rumah.) Ulas ibu kesayangannya lagi.
"Ahh.. 그는 그의 일을했다. 《Ahh.. Geuneun geuui il-eulhaessda.》" (Ahh.. Pandailah dia buat kerja tu sendiri.) Balas Ryu pula sambil menekan-nekan telefon bimbit.
Dia langsung tidak mahu mempedulikan kata-kata ibunya itu.
"소년! 《Sonyeon!》" (Budak ni!) Pekik ibunya lalu menarik tangan Ryu masuk ke dalam dapur semula.
"엄마! 《Eomma!》" (Mama!) Ryu cuba menarik tangannya tetapi ia tidak dilepaskan.
Saya berasa hairan apabila ibunya datang semula ke dapur lalu menolak Ryu berdekatan dengan saya yang sedang mencuci piring di sinki.
"Sue, let your brother help her. They are gonna be husband and wife soon!" Ujar ibunya kepada Sue yang sedang sibuk mengelap meja.
"Oh? Ok." Sue juga hairan ketika itu. Dia menuruti saja kata ibunya lalu mereka pun meninggalkan saya dan Ryu berduaan di dalam dapur.
"Apa tengok-tengok?" Soal Ryu sebab saya asyik memandang dia dari tadi.
Saya segera mengalihkan pandangan ke arah sinki. Ingin juga saya tergelak masa tu tapi saya tahan sahaja.
"Menyesalnya saya.."
Suara berbisik tu saya dengar dengan jelas. Tetapi saya tidak mahu menyampuk dan saya teruskan saja membuat kerja dapur tu. Dia hanya tolong memerhatikan saya saja di tepi sinki. Kemudian, dia mengeluarkan semula telefon bimbitnya. Saya mencuri pandang pada skrin telefonnya itu. Rupa-rupanya dia sedang bermesej dengan seseorang. Kalau orang yang bermesej dengannya itu ialah teman wanitanya, kenapa dia tidak mengahwininya saja? Kenapa saya pula dijadikan mangsa?
▪▪▪▪▪▪▪
"Ryu!!" Si ibu menjerit di hadapan pintu bilik anaknya sambil mengetuk muka pintu dengan kuat.
Tok! Tok! Tok!
Ryu yang sedang bersantai di dalam bilik langkas membuka pintu itu.
"Ye?" Sahutnya.
"지젤이 하녀 방에서 잔다는 이유는 무엇입니까? 《Jijel-i hanyeo bang-eseo jandaneun iyuneun mueos-ibnikka?》" (Kenapa Gisele tidur di dalam bilik pembantu rumah?) Tanya ibunya. Keningnya dikerutkan tanda marah kepada Ryu.
Saya ketika ini berdiri di samping 'eomma' dengan perasaan takut sambil mengetap bibir. Ryu pandang muka saya seperti saya ini musuhnya. Jelingan tajam matanya ditujukan pada saya. Sebentar tadi 'ibu mertua' itu ternampak saya masuk ke dalam bilik pembantu rumah, sebab itulah dia marah pada Ryu. Dia pun ajak saya naik ke sini berjumpa dengan anaknya itu.
YOU ARE READING
Let Me Be Your Man ✔✔
RomanceI'jien Gracevon@copyright protected ©2019 📣Warning!! Do not copy this story without my permission!! 🔉Language ☆ malay, korean & english. (Nda tau butul ka tidak tu perkataan kuria. Sia pakai gugel translate ja. Hahha!) 🖼Story cover photo credit...