"Sit," katanya sambil melabuhkan punggungnya di atas sofa. Kakinya disilangkan ketika duduk.
Saya tidak mahu ingkar, jadi saya turuti saja kemahuannya. Sambil saya duduk, saya menyelak anak rambut yang berjuntaian di tepi telingaku dengan perlahan. Saya perasan waktu itu dia sedang memerhatikan ku dengan pandangan tajam.
"Ada apa tuan bawa saya ke sini?" Saya memulakan pertanyaan.
"Don't ask me anything. Where are you from?" Dia tidak mahu ditanya, tetapi dia bertanya pula pada saya. Saya berasa pelik pula.
"Sa.. saya tidak tahu." Jawabku. Tetapi memang benar, saya tidak tahu asal usul saya. Sebab saya ni anak yatim.
"Kenapa tak tahu?" Tanya lelaki itu lagi.
"Saya tidak ada keluarga kandung, tuan.." saya berterus terang saja kepadanya kerana saya tidak suka menipu.
"Awak dah berkahwin ke?" Dia bertanya pula tentang status saya.
"Em.. ya." Saya hanya menjawab dengan tenang.
"Siapa yang telah memukul awak hari tu?"
Saya berasa rimas bila dia mengajukan soalan bertubi-tubi pada saya. Saya mengerlingkan anak mata sambil menjawab soalannya.
"Suami saya tuan,"
Lalu dia diam sejenak dan beralih tempat duduk di sebelah saya. Eh? Saya agak terkejut sedikit bila dia duduk bersama saya di atas bangku sofa.
"What have you done?" Soalnya sambil tangannya memegang belakang sofa tempat saya duduk.
Perasaan saya gelisah semacam. Orang ni macam nak menggoda saya pula.
"Err.. kami bergaduh. Lepas tu, dia pukul saya sampai saya tak sedarkan diri.." saya mengulas jawapan untuk soalannya tadi sambil punggungku saya undurkan sedikit dari dia.
Dia menyandar lebih dekat dengan saya. Apa sebenarnya dalam fikiran dia ni? Saya tak senang duduk dibuatnya.
"How old are you?" Dia bertanya lagi.
Nasib baiklah saya ni penyabar. Jadi, saya teruskan menjawab soalan dia tu.
"28 tahun,"
"I'm 35," katanya sambil merenung wajahku.
'Saya tak tanya pun umur awak? Orang tak tanya, awak beritahu pula, gila.'
Saya memerli dia di dalam hati. Ingin saja saya berkata seperti itu di depannya.
"Ok." Balasku. Gaun pendek baju seragam yang saya pakai tu agak seksi, jadi saya menariknya supaya bahagian pahaku tertutup. Saya boleh rasakan dia sedang memerhatikan badanku.
"I'm from Canada. My mother is Korean," tanpa ditanya, dia memberitahukan asal usulnya.
Saya tak menyampuk kata-katanya tu. Rupa-rupanya, dia ni benar-benar kacukan. Ah, saya tak pedulilah. Bukannya ada kaitan dengan saya.
"Apa sebenarnya tujuan tuan bawa saya ke sini?" Saya cuba menyoalnya kali ini.
"Well, saya perlukan bantuan awak." Jawabnya.
"Bantuan apa?" Tanya ku lagi.
"Huhh.." dia menghembuskan nafas pendek lalu menjawab soalan saya.
"Listen carefully what i wanna say," katanya sambil membetulkan cara duduknya.
Saya menanti penjelasannya dengan raut wajah hairan.
"My mother asked me to get marry. Dia kata kalau saya tak kahwin tahun ni juga, dia akan tarik balik semua harta yang saya miliki sekarang ni," ulasnya.
Masa tu saya berfikir, lelaki ni gilakan harta rupanya.
"Awak kena kahwin dengan saya," katanya dengan tiba-tiba.
Mataku terbeliak mendengar ayat tu dari mulutnya! Saya masih belum bercerai dengan suami saya, boleh pula dia bawa saya kahwin?
"Apa maksud tuan?" Saya menyoalnya sambil mengerutkan kening.
"Hei, 내가하고 싶은 말을 들어라! 《naegahago sip-eun mal-eul deul-eola!》" (dengar dulu apa saya nak cakaplah!) Dia berbahasa Korea pula dengan saya. Padahal saya tak faham langsung.
"Ha..?" Saya bingung sambil menunjukkan muka marah.
Pok!
"Aduh!"
Ditepuknya belakang kepala saya dengan kuat secara tiba-tiba. Saya segera mengusap belakang kepalaku yang ditepuk tadi dengan pandangan sinis padanya.
"Saya kata dengar dulu apa saya nak cakap. Jangan menyampuk!" Ujarnya dengan suara geram.
Tak kuasa saya nak melayan perangai jantan Korea ni. Saya teruskan sajalah mendengar apa lagi dia nak kata.
"Awak kena menyamar jadi bakal isteri saya di depan keluarga saya. Mereka akan datang melawat saya esok. I will pay you." Ulasnya lagi.
"Tapi tuan.. saya dah berkahwin." Saya mencelah kata-katanya.
Pok!
"Ah!"
Sekali lagi dia menepuk kepala saya. Geramnya saya masa tu! Macamlah tak sakit!
"Ok, we make a deal. I know you're married. But i don't have time to find woman. Kan saya dah tolong awak? Kali ni awak kena tolong saya pula. Saya akan bayar tiga kali ganda gaji kepada awak. Kalau awak tak nak, saya akan hantar awak ke rumah pelacuran!" Ugutannya tu membuatkan saya berasa sangat takut. Raut wajahnya yang serius membuatkan saya terdiam.
"Mereka akan berada di sini selama sebulan. Masa tu.. awak kena layan saya macam bakal suami awak." Katanya lagi.
Waktu ni, saya rasa hidupku umpama boneka yang hanya dijadikan permainan orang sekeliling. Perkara ni benar-benar membuatkan saya tertekan! Saya langsung tidak tahu bagaimana untuk mengelak dari menjadi hamba. Bagi saya, semua lelaki memang tidak guna! Mereka suka mempermainkan wanita seperti alat permainan.
"Mahu atau tidak, awak kena lakukan benda ni juga!" Bentaknya lalu berdiri dan meninggalkan saya di ruang tamu sendirian.
Saya masih terkaku di atas bangku sofa tanpa menjawab sepatah pun kata-katanya. Kemudian dia berhenti di tepi sofa sambil memandang saya.
"Oh ya, one more thing.. when they are not around, you are my maid." Katanya sambil tersenyum sinis.
Saya tak pandang langsung mukanya tu. Dalam hati saya cuma ada perasaan benci terhadap lelaki. Tanpa saya sedari, dia datang semula ke arah saya dan terus menolak bahu saya hingga tersandar di belakang sofa! Dia menundukkan kepalanya tepat pada muka saya sambil tangannya memegang belakang sofa itu!
"Errk!!" Saya tersentap dengan perbuatannya!
"Lain kali kalau nak masuk bilik saya, ketuk dulu. Jangan sembarangan masuk, faham? Awak tak tahu apa akan saya lakukan pada awak kalau kejadian pagi tadi berulang semula." Ujarnya sambil memandang tepat pada mataku.
Hatiku berdegup kencang! Saya tidak mampu berkata apa-apa. Lalu dia mencubit telinga saya dengan kuat.
"Aduh..!" Saya menjerit kesakitan.
"Buatkan saya sandwich sekarang! Mengelamun saja kerja awak!" Jerkahnya lagi lalu dia meninggalkan saya semula dan balik ke biliknya yang berada di tingkat tiga.
'Lelaki tak guna!'
Bentak hatiku. Dengan keadaan terpaksa, saya pun pergi ke dapur dan membuatkan sandwich untuk tuan gila itu. Saya tabahkan saja hati dan berharap kepada Tuhan untuk membantu saya. Disebabkan dia sudah menolong saya hari tu, saya akur saja untuk membalas balik budinya. Saya merancang untuk keluar dari rumah itu selepas saja menjadi bakal isteri palsu kepada encik Ryu tak guna ni. Saya tidak mahu menjadi boneka lagi!
YOU ARE READING
Let Me Be Your Man ✔✔
Storie d'amoreI'jien Gracevon@copyright protected ©2019 📣Warning!! Do not copy this story without my permission!! 🔉Language ☆ malay, korean & english. (Nda tau butul ka tidak tu perkataan kuria. Sia pakai gugel translate ja. Hahha!) 🖼Story cover photo credit...