♧ten♧

809 45 3
                                    


Malam tu saya takut masuk ke bilik Ryu untuk tidur bersamanya lagi. Padamulanya, saya sudah pun berada di depan pintu biliknya dengan membawa bantal dan selimut yang saya ambil dari bilik pembantu rumah. Tetapi saya turun semula ke bilik pembantu rumah dan berbaring di atas tilam. Masa tu ibu dan adiknya berada di dalam bilik mereka masing-masing. Jadi mereka tidak tahu saya tiada bersama dengan Ryu dibiliknya. Ketika saya sudah hampir terlelap, saya terdengar seseorang membuka pintu bilik. Tetapi saya berpura-pura tidur nyenyak dan ingin tahu siapakah yang mahu masuk ke dalam.

Tak.. tak.. tak..

Bunyi tapak kaki sedang berjalan di dalam bilik membuatkan saya berasa takut! Tiba-tiba lengan saya ditepuk dengan kuat.

Pak!

"Ah!" Saya menjerit kerana terkejut dengan tepukan itu dan lantas bangun dari berbaring.

Rupa-rupanya Ryu pula yang masuk ke dalam! Dengan hanya berseluar pendek dan memakai baju nipis, dia duduk di tepi tilam dan berdepan dengan saya.

"A..apa awak buat disini?" Saya menyoal sebab terkejut dengan kedatangannya.

"Saya yang patut tanya apa awak buat di sini?" Soalnya semula. Bingungnya saya waktu itu!

"Maksud awak apa..?" Saya bertanya lagi.

"Aishh! If my mom see you sleeping at here, i'm dead! Mari tidur di bilik saya." Ujarnya.

Gelisah saya bila dia mengajak saya tidur bersama di bilik dia. Tapi saya tidak berganjak dari katil sebab takut.

"T..tak apalah. Saya tidur di sini saja. Esok saya akan jelaskan dengan dia," balasku dengan tergagap-gagap.

"Jangan jadi bodohlah. Kan awak dah janji, berlakon sebagai bakal isteri saya selama sebulan?" Dia mengungkit pula tentang janji-janji tu.

'Apa saya nak jawab ni?'

Saya mengelamun sejenak disebabkan perkara itu. Tanpa berbicara lebih banyak, dia segera menarik selimut yang menutupi badanku!

"Eh? Apa tuan buat ni?" Saya menyoalnya dengan muka risau.

Dia menarik lagi bantal yang berada di tilam saya tu kemudian dia berdiri sambil memegang kedua-dua benda itu di tangannya.

"Mari!" Ajaknya lagi.

"Tapi.."

"Saya malas nak bergaduh dengan awak. Mari balik ke bilik saya, cepat!" Bentaknya lagi lalu keluar dari bilik.

"Orang ni!" Saya marah sendirian. Dengan langkah terpaksa, saya mengekori dia dari belakang.

Setelah tiba di biliknya, dibuangnya bantal dan selimut itu ke atas lantai dengan kasar. Saya memandangnya dengan sinis sebab kelakuannya tu menyakitkan hati! Belum sempat saya pergi ke arah bantal dan selimut itu, dia segera memadamkan lampu.

"Eh!?"

Saya terpinga-pinga di dalam gelap. Nasib baik cahaya yang datang dari luar tingkap yang besar menerangkan penglihatan saya masa tu.

"Jangan bisinglah. Tidur!" Pekiknya yang sudah berada di atas tilam.

Saya langsung tidak menyahut lagi dan terus berbaring di atas lantai.

Tok! Tok! Tok!

Pintu biliknya diketuk dengan kuat. Pasti ibunya mahu memastikan saya tidur bersamanya sekarang ini. Ryu lantas bangun dari tilam dan menarik tanganku untuk naik ke atas tilamnya.

"Tu.. tuan buat apa ni?" Saya menyoal dalam gelap.

"Eh, saya kata jangan bising!" Suaranya berbisik tetapi bernada marah. Lalu dia pergi ke pintu dan membukanya.

Let Me Be Your Man ✔✔Where stories live. Discover now