Seminggu kemudian di lapangan terbang, kami menghantar eomma dan Sue ke sana. Sebak sungguh rasanya bila mereka akan meninggalkan kami. Setelah beberapa minggu bersama mereka, saya semakin menyayangi keluarga kecil itu. Masa berlalu sangat pantas. Sebelum mereka bertolak masuk ke kapal, saya memeluk eomma dengan erat. Saya menangis di dalam pelukan itu."Eomma.. i'm sorry if i have done something bad. No matter what happen.. please forgive me." Ucapku semasa memeluknya. Saya sedia meminta pengampunan kerana saya hanya berlakon sebagai menantunya selama ini.
Sue menangis teresak-esak melihat saya yang bersedih. Ibunya juga turut menangis.
"Gisele, we will meet again. Why do you say like this? You didn't do anything wrong.. you are a great daughter-in-law." Balasnya sambil mengesat air mataku yang mengalir di pipi.
Ryu tidak berkata apa-apa bila ibunya memuji saya. Dia gelisah sekali melihat kami sangat mesra.
"Sis.. i will miss you!" Sue mencelah lalu dia memeluk saya dengan erat. Saya pasti akan rindukan dia, sebab sikapnya yang peramah dan lucu.
"I will miss you too, Sue.." saya membalasnya.
"Eomma.. don't forget to call me." Sampuk Ryu yang berada di tepi kami.
"Yes.. and you, please take a good care of Gisele, ok?" Ibunya menjawab kata-kata Ryu sambil menasihatinya.
Ryu tersenyum dan terus memeluk ibunya itu.
"Ye.. i will," balasnya.Setelah kami berpelukan antara satu sama lain, mereka pun masuk ke dalam kapal terbang. Mungkin, inilah kali terakhir saya melihat mereka. Kerana, selepas ni.. giliran saya pula yang akan pergi.
▪▪▪▪▪
"Kenapa awak senyap saja dari tadi?" Ryu menyoal saya ketika berada di dalam kereta selepas keluar dari kawasan lapangan terbang.
Saya tersentak dengan teguran itu. Lalu saya menjawab,
"Eh, tiadalah."Ryu tidak membalas jawapan saya lagi. Tetapi raut wajahnya yang gelisah membuatkan saya tidak senang hati.
"Awak ok ke ni?" Saya menyoalnya kerana risau.
"Ah.. i'm ok." Balasnya.
"Em.. mereka dah balik Korea, bila tuan akan bebaskan saya?" Saya memberanikan diri bertanya tentang janji-janjinya dulu.
Dia menggaru kepalanya lalu menjawab,
"Em.. saya belum carikan awak rumah. Kan saya dah janji?""Err.. saya rasa, saya tak perlukan rumah tu. Asalkan saya bebas, itu sudah cukup." Ulasku dengan suara perlahan.
Tiba-tiba dia berang dengan kata-kata saya itu.
"Boleh tak jangan cakap pasal tu!? Awak ingat saya nak mungkir janji ke?"Saya segera mengalihkan pandangan ke luar tingkap. Bukannya saya tidak percayakan dia, tapi saya cuma mahukan kepastian saja.
"Sekali lagi awak cakap pasal janji tu, saya tak akan bebaskan awak!" Bentaknya.
Saya tersentak dengan amarannya itu. Ia membuatkan saya tidak berani lagi bertanya pada dia.
▪▪▪▪▪
Keesokan harinya, saya menjadi orang gaji semula. Walaupun dia tidak mengarah saya, tetapi saya lakukan saja kerja-kerja rumah itu seperti orang gaji. Semalam, saya tidak lagi tidur bersama di biliknya. Sejak dia memberikan saya amaran kemarin, kami tidak lagi berbual seperti sebelum ini. Keadaan menjadi seperti yang asal. Dia mengelak dari bertembung dengan saya di rumah banglo tu. Jadi memang benarlah apa yang saya fikirkan tentang dia selama ni. Dia hanya berlakon mesra dengan saya dihadapan ibunya dan Sue.
Ting.. ting.. ting..
Lonceng pintu rumah dibunyikan ketika saya sedang mengelap meja ruang tamu. Tanpa berlengah, saya segera meluru ke arah pintu dan membukanya.
"Hello.."
Terlihat sosok tubuh seorang wanita yang berseluar pendek dan memakai baju tidak berlengan berada di depan saya.
"Err.. hai. Cik nak cari siapa?" Saya menyoal wanita seksi itu.
"Haha.. pasti awak ni isteri palsu Ryu kan?" Katanya.
Saya terkejut bila dia menyebut perkataan 'isteri palsu' itu. Hati saya sakit bila mendengarnya.
"Em.. cik ni siapa?" Saya bertanya lagi tanpa menjawab soalan dia tadi.
Tak semena-mena, dia menolak saya ke tepi dengan perlahan untuk memberikannya laluan untuk masuk ke dalam rumah itu.
"Cik.." saya cuba untuk menghalangnya. Tetapi dia memandang saya dengan sinis.
"You don't know me yet? Saya teman wanita Ryu!" Katanya.
'Zandra!?' Saya menyebut nama itu di dalam hati.
"Maaf saya tak kenal awak," saya berpura-pura tidak tahu namanya.
"Oh well, saya pun tak kenal awak dan saya tak ingin pun nak kenal!" Bentaknya lagi. Sindiran itu menyengat hati saya!
"A..awak nak jumpa tuan Ryu ke?" Saya menguatkan hati bertanya kepadanya dengan suara lembut tetapi di dalam hati, ingin saja saya menengking dia!
"Jadi? Siapa lagi saya nak cari di sini kalau bukan dia? Awak ingat saya datang sini nak jadi orang gaji ke?" Dia menyindir lagi.
Sungguh biadap kata-katanya itu. Saya sangkakan teman wanita yang disayangi Ryu itu lemah lembut, rupanya kurang ajar!
"Dia.. dia tidur," saya memberitahukan yang Ryu tidur masa ni dan berharap wanita itu akan pergi meninggalkan rumah tu.
Tetapi ia tidak sama sekali terjadi bila dia berjalan dengan laju menaiki tangga tanpa mempedulikan kata-kata saya tadi. Saya melihatnya saja. Ingin juga saya menghalang, tetapi saya ni siapa? Saya tiada hak terhadap Ryu! Sakitnya hati saya!
Saya menyambung kerja-kerja saya tadi dengan perasaan gelisah. Cemburu menyelubungi benakku. Saya berasa geram bila berfikir yang bukan-bukan antara mereka di dalam bilik.
'Apa yang sedang mereka lakukan sekarang?'
Fikiranku seperti tidak waras lagi! Saya hentikan melakukan kerja lalu berlari ke dalam bilik pembantu rumah. Saya menangis sepuas-puasnya kerana terlalu sakit hati! Oleh kerana saya teringin nak ambil tahu apa yang mereka lakukan, saya segera naik ke atas menuju ke bilik Ryu.
Tetapi kakiku terhenti di hadapan pintu biliknya bila saya terdengar suara manja wanita itu bergelak tawa dengan 'suami' saya di dalam. Saya membatalkan niat ingin menerjah mereka, lalu turun semula ke bawah dengan perasaan hiba. Mulai dari hari itu, saya bertekad untuk tidak mempedulikan lelaki itu lagi. Saya akan memaksanya untuk ceraikan saya!
YOU ARE READING
Let Me Be Your Man ✔✔
RomanceI'jien Gracevon@copyright protected ©2019 📣Warning!! Do not copy this story without my permission!! 🔉Language ☆ malay, korean & english. (Nda tau butul ka tidak tu perkataan kuria. Sia pakai gugel translate ja. Hahha!) 🖼Story cover photo credit...