♧twenty-three♧

742 44 4
                                    

         
          Setelah saya diperlakukan seperti binatang, Carlo membawa saya keluar dari bangunan itu. Saya cuba untuk lari, tetapi dia sentiasa menggengam erat lenganku tidak mahu melepaskannya. Ingin saya menjerit di khalayak ramai, tetapi dia mengugut akan bunuh Ryu jika saya melawan. Saya tidak ingin Ryu diapa-apakan! Bahagian bawah perut saya tiba-tiba mengejang kerana tadi Carlo mengerjakan saya dengan kasar. Ia membuatkan saya sukar untuk melangkah! Saya tidak mahu terjadi apa-apa kepada anak saya lagi! Carlo terhenti ketika saya membongkokkan pinggang sambil tangan saya memegang perutku.

"Jangan nak berlakon! Jalan cepat!" Jeritnya sambil memandang kiri kanan ketika tiada orang lalu.

"Errgh.. perut saya sakit!" Saya memberitahukannya, tetapi dia tidak mempercayai kata-kataku itu.

"Ahh! Jangan mengada-ngadakan cerita! Mari!" Bentaknya lalu menarik tanganku dengan kasar.

"Carlo saya tak menipu!" Ujarku lagi. Peluh membasahi dahi dan badanku ketika itu. Saya berasa lemas sekali. Namun Carlo lantas menolak saya masuk ke dalam teksi yang ditahannya ditepi jalan.

"Kita akan pergi jauh dari sini, Gisele. Awak dan saya tak akan terpisah lagi!" Katanya.

'Apa yang harus saya lakukan? Ryu.. selamatkan saya..'

Saya berbisik di dasar hati, mengharapkan Ryu datang. Air mataku mengalir lagi. Pemandu teksi itu berasa curiga kerana melihat keadaan saya yang kesakitan, lalu dia bertanya kepada Carlo yang duduk di belakang bersama saya.

"Encik, encik nak pergi hospital ke?" Soalnya kepada Carlo.

Wajah Carlo tiba-tiba bertukar bengis.
"Tidak!" Jawabnya dengan kasar.

"Tapi isteri encik kesakitan tu," Kata pemandu teksi itu lagi sambil memandang kami dari dalam cermin.

"Ahh! Jangan menyibuklah!" Jerkah Carlo.

"Tolong.." saya cuba memberanikan diri meminta pertolongan dari pemandu itu.

"Diam Gisele!" Sampuk Carlo lalu dia menampar lagi pipi saya dengan kuat.

Pak!

"Ahh!" Dia langsung tidak mempedulikan saya!

"Hei encik! Kenapa awak tampar dia!?" Pemandu teksi itu berang dengan kelakuan Carlo terhadap saya lalu dia menghentikan kereta itu di tepi jalan. Saya sangat berharap dia akan menolong saya!

"Lebih baik awak teruskan memandu, kalau tak saya belasah awak!" Jerkah Carlo lagi. Tetapi pemandu teksi itu lantas keluar dari kereta dan menuju ke tempat duduk belakang dan membuka  pintu bersebelahan Carlo.

"Keluar! Saya akan laporkan hal ni pada polis!" Ugut pemandu itu lagi sambil melihat keadaan saya yang lemah.

"Kurang ajar!" Jerit Carlo lalu menerkam pemandu teksi berusia 40-an itu di luar.

Buk! Buk! Buk!

Ditumbuknya muka pemandu itu dengan kuat hingga dia terkujur di tepi jalan. Dia cuba melawan Carlo, tetapi Carlo yang kuat darinya membelasahnya lagi hingga pemandu itu hampir pengsan. Setelah puas, Carlo segera memandu teksi itu dengan laju meninggalkan lelaki tersebut.

"Heiii!!" Pemandu itu menjerit setelah Carlo mencuri teksinya.

Saya pada waktu itu kecewa kerana pemandu itu tidak dapat menyelamatkan saya. Saya menjadi terlalu takut!

"Ca..Carlo! Hentikan kereta ni..!" Jeritku di tempat duduk belakang sambil memukul-mukul bangku pemandu.

"Diam! Kalau awak tak diam, saya bunuh awak!" Carlo mengugut lagi. Dalam fikiran saya masa tu, ingin saja saya lompat dari kenderaan yang sedang bergerak laju itu. Tetapi saya tidak mahu mati! Anak saya perlu hidup!

Let Me Be Your Man ✔✔Where stories live. Discover now