♧twelve♧

719 43 0
                                    

         
       "Apa kita nak buat sekarang?" Saya menyoal Ryu ketika kami duduk di sebuah taman berdekatan dengan mall itu setelah selesai makan tengah hari.

Ketika itu, ibu dan adiknya masih berada di dalam pusat beli belah untuk berbelanja. Ryu bersandar pada bangku kayu sambil mengeluh panjang.

"Hmm......"

"I don't know.." jawabnya.

"Sa.. saya tak mahu kahwin lagi," kataku sambil menundukkan kepala.

Ryu memandangku dengan renungan tajam pada sisi wajah saya. Lalu dia menyelak beberapa helai rambut yang menutupi pipi saya. Saya hairan dan pandang ke arah dia.

"Saya pun sama.. tapi, bolehkah awak tolong saya lagi?" Soalnya. Keningku terangkat sedikit.

"Apa dia?" Saya bertanya.

"Kita kahwin saja."

Saya terus berdiri dari tempat duduk selepas saja dia mengutarakan permintaannya.

"Tu.. tuan, saya tidak boleh sampai ke tahap tu! Maaf.." ujarku sambil menggumul jari jemari.

Lalu dia berdiri berhadapan dengan saya. Saya mendongak untuk melihat wajahnya. Dia kelihatan risau dan gelisah.

"Tolonglah.. saya pasti akan tunaikan janji saya untuk bebaskan awak pergi. Lepas saja kita kahwin, saya akan berikan awak sebuah rumah untuk awak tinggal sebagai ganjaran. Lepas tu, saya tak akan cari atau ganggu awak lagi. Masa tu, saya akan tamatkan perkahwinan kita." Jelasnya.

"Ja.. jadi? Kalau satu hari nanti 'eomma' datang melawat awak disini, apa awak nak beritahu dia?" Soal saya pula.

"Em.. saya akan kata.. kita tidak ada jodoh." Jawabnya sambil merenung ke dalam mataku. Saya segera menepiskan renungan itu dengan memalingkan badan ke tepi.

"Ke.. kenapa awak sanggup menipu sebab harta?" Saya bertanyakan soalan itu kepadanya.

"Haha.." dia tergelak perlahan. Saya hairan lalu melihat dia semula.

"Kenapa awak ketawa?"

"Hm.. actually, it's not about the wealthy. I just want to be freedom. I like for being here.. surrounding by different people and cultures. And also.. i have someone special here." katanya sambil menepuk dada.

Hati saya sakit seperti dicubit bila dia kata, 'i have someone special here.' Tapi saya hanya berikan dia senyuman panjang dan berpura-pura menyoal dia lagi.

"Siapa nama dia..?"

"Zandra," dia menyebut nama kekasih hatinya.

"Kenapa awak tak berkahwin saja dengan pilihan hati awak tu?" Saya bertanya walaupun hati ada sebak sedikit.

"Aish.. she is not eomma's type. She hated her." Balasnya.

"Sebab?"

"Sebab.. she's a.. stripper."

Saya terdiam bila dia memberitahu tentang pekerjaan teman wanitanya. Dalam fikiran saya, wanita itu tidak kisah ke berbogel di dalam kelab dan dipandang lelaki lain sedangkan Ryu sangat sayangkan dia? Dan.. kenapa Ryu mahu bersama dengan perempuan macam tu? Ah, itu bukan hal saya. Lebih baik saya tidak masuk campur.

"Teman wanita awak.. tahu ke tentang hal awak nak berkahwin ni?" Saya bertanya kerana risau jika wanita itu menyerang saya pula.

"Yup. I've already told her about this. And she's okay with it. As long as my mom happy, she said." Ulas Ryu. Kakinya menendang-nendang anak rumput.

"Oh.." hanya itu saya mampu balas.
Tiba-tiba dia mencapai tanganku dengan lembut, lalu berkata..

"Gisele.. biarlah saya jadi suami awak buat seketika.. would you marry me?"

Dup.. dup.. dup.. jantungku mula berdegup. Saya terkaku di saat dia merenung wajahku yang tidak berseri-seri ini. Soalannya tu membuatkan saya hampir pitam kerana terlalu romantik! Walaupun hanya berlakon, tetapi perasaan saya bukan lakonan. Saya seperti diserang panahan cinta di dalam hati. Kalaulah saya teman wanitanya, saya akan melompat ke badannya dan cium dia sepuas-puasnya! Dan menyahut lamarannya itu dengan ungkapan 'i do!'. Saya tidak sangka saya jatuh hati pada dia walaupun baru sahaja mengenalinya! Tetapi.. lamunan saya terhenti bila teringat kembali perkahwinan saya dengan Carlo  yang belum ada kata putus. Saya duduk semula di atas bangku dan menundukkan kepala.

"Hey.. awak belum jawab soalan saya. Sebab suami awak ke?" Dia bertanya.

Saya menganggukan kepala tanda benar. Keluhan kecilnya kedengaran ketika itu. Kemudian dia duduk bersama dengan saya lalu tangannya perlahan-lahan mencapai bahuku. Saya tidak berganjak dari situ, dan biarkan saja. Tiba-tiba dia letakkan dagunya ke atas bahu saya.

"Gisele.. sebenarnya, eomma ada sakit jantung. Saya tak mahu lukakan hatinya. Saya risau kalau dia tahu kita cuma berlakon, dia akan terkejut. Saya buat begini sebab mahu lihat dia gembira saja. Tapi, tak sangka pula dia nak kita berkahwin.. Maafkan saya," dia menjelaskan perkara yang sebenar. Sekarang barulah saya tahu kenapa dia terpaksa berkahwin. Suaranya ketika itu sangat sentimental, tak macam selalu.

Saya langsung tidak melihat muka Ryu yang sedang merenung pipi ku saat kepalanya berada di atas bahu saya. Saya kuatkan semangat dan menganggap dia hanya seorang abang yang meminta pertolongan dari seorang adik.

"Friends?" Ucapnya tiba-tiba. Saya segera memusingkan kepalaku ke arahnya.

"Ah!"

Saya terkejut bila kami hampir terkucup! Tetapi dia seperti tidak ada perasaan terkejut, apatah lagi takut. Kami bertentangan mata agak lama. Saya boleh rasakan jari jemarinya mengenggam bahuku dengan kuat. Kemudian, dia menyoal semula.

"Can we be friends?"

'Kawan?'

Saya terdiam memikirkan tentang hal itu sejenak. Lalu dia menggoyangkan bahu saya perlahan.

"Can?" Soalnya lagi.

Ah! Suaranya yang serak basah seperti merayu membuatkan saya tergugup-gugup berbicara.

"Err.. em.. ok." Jawabku.

Dia tersenyum lalu dia memeluk saya. Peliknya perasaan saya! Kenapa dia memeluk saya macam saya ni.. isteri dia? Saya cuba mengelak dari dipeluk, tapi dia masih juga tidak lepaskannya.

"Please marry me for my mom.." dia merayu lagi.

"Huh.. ok. Saya akan tolong awak.. tapi, jangan lupa tentang janji tu." Jawab saya sambil menundukkan kepala.

"No, i won't forget about it. I promise.." balasnya. Lalu dia melepaskan pelukan erat tadi.

Bergegar badan saya macam disiram ais. Saya tak sangka dia akan jadi lembut macam ni. Bila saya perhatikan dia, dia jenis yang suka bermanja. Saya tersenyum sahaja walaupun terpaksa.

        

Let Me Be Your Man ✔✔Where stories live. Discover now