Setelah keluar dari bilik 'suami' saya itu, saya turun ke bawah menuju ke arah bilik pembantu rumah. Saya menutup pintu agar ibu dan adik Ryu tidak melihat saya di situ. Lantas fikiranku kembali pada kejadian tadi. Wajah bengis Carlo masih terpampang di dalam mindaku. Saya takut! Takut jika dia benar-benar akan mencari saya semula! Lalu saya berbaring di atas tilam kosong bertemankan kesunyian. Tidak lama kemudian, Ryu masuk ke bilik itu dengan muka risau. Saya tidak perasan akan kehadirannya disitu kerana asyik mengelamun membelakangkan pintu.Krak..
Katil itu berbunyi ketika dia naik di atasnya. Saya terkejut lalu memalingkan muka ke belakang.
"Tuan?"
"Hei, buat apa di sini?" Soalnya lalu dia ikut berbaring di atas tilam. Saya mengundurkan badanku sedikit darinya.
"Nak rehat.." jawabku tapi saya tidak memandangnya.
"Kenapa tak rehat dalam bilik saya saja?" Dia bertanya pula.
"Em.. saya tak nak ganggu tuan," balasku lagi dengan lembut.
"Sebab?" Dia bertanya lagi.
Saya diam sejenak, lalu saya berterus terang saja padanya.
"Sebab.. saya tak selesa dan saya nak bersendirian."
"Eh, selesa pula tilam ni. Kalau saya tahu, dah lama saya tidur di sini," tiba-tiba dia menukar topik.
Dia seperti tidak mahu saya bersendirian. Saya segera pandang ke arah dia. Sambil membetulkan caranya berbaring, dia menutup matanya.
"Tu..tuan pergilah berehat di bilik," saya mengarahnya.
"No," dia menjawab pendek.
"Hm.." saya mengeluh. Saya semakin tidak selesa bila dia berada di dalam bilik tu.
"Jangan mengelamun.. saya tak suka tengok," katanya dengan mata yang tetap tertutup rapat. Dia seperti tahu saya akan mengelamun lagi.
"Em.. tuan tak takut ke eomma nampak muka tuan macam ni?" Saya sengaja berkata seperti itu supaya dia beredar dari bilik tersebut.
Kelopak matanya terbuka bila saya berkata seperti itu.
"No. Saya akan kata, awak belasah saya tadi." Jawabnya. Dia suka sangat buat-buat cerita yang tidak masuk akal.
'Ada-ada sajalah dia ni. Boleh pula dia tuduh saya?'
Bisik hatiku sambil menjelingnya.
"Dia akan percaya ke?" Saya menyoal dengan nada sindiran.
"Percaya atau tidak, siapa peduli?" Sahut Ryu lagi lalu memandang saya yang berada di sebelahnya.
Dup! Dup! Dup!
Hati saya seperti digoncang dengan kuat bila kami bertentangan mata di atas tilam itu. Dia langsung tidak mengelipkan mata. Wajahnya yang matang menarik perhatianku. Ah! Saya tidak sanggup lagi berlawan mata dengan dia, lalu saya segera bangun dari atas katil.
"Hei, nak pergi mana tu?" Dia menyoal ketika saya hampir ke muka pintu.
"Nak buat kerja," saya menjawab dan segera keluar dari bilik tersebut.
"Hhuhhh.." saya menarik nafas lega selepas sahaja keluar.
Walaupun tiada apa-apa kerja yang perlu dilakukan di rumah itu, saya sengaja menyibukkan diri supaya fikiranku tidak melayang lagi.
Sedang saya membersihkan lantai dengan mop, dia keluar dari bilik pembantu rumah sambil tangannya menggaru-garu kepala. Dia kemudiannya berdiri di tepi meja makan sambil melihat saya buat kerja.
YOU ARE READING
Let Me Be Your Man ✔✔
RomanceI'jien Gracevon@copyright protected ©2019 📣Warning!! Do not copy this story without my permission!! 🔉Language ☆ malay, korean & english. (Nda tau butul ka tidak tu perkataan kuria. Sia pakai gugel translate ja. Hahha!) 🖼Story cover photo credit...