♧twenty-six♧

844 41 0
                                    

               
             Saya mula tersedar dari pengsan kemarin. Badanku terasa sakit, tetapi ada sesuatu yang sedang mengenggam erat jari jemari saya. Ia terasa hangat sekali. Saya pun melihat ke arah tepi katil. Hatiku kegembiraan apabila melihat Ryu duduk di atas bangku sambil memegang tanganku. Air mata saya mengalir ke pipi. Saya tidak menyangka yang saya masih hidup! Lalu saya menarik tanganku dari genggamannya dan saya usap semula jari jemarinya. Saya ingin peluk dan cium dia, tetapi saya tidak mampu berbuat demikian. Sungguh tragis jalan hidupku ini. Tentang Carlo, tidak saya ketahui lagi.

        Kelopak mata Ryu mulai bergerak bila sentuhan lembut jariku itu menyedarkannya dari tidur. Lalu dia membuka matanya dan pandang ke arah saya yang sedang merenungnya sambil tersenyum.

"Gisele you awake?" Ucapnya dan dia segera bangkit dari tempat duduk lalu memeluk badanku dengan perlahan, takut jika saya berasa sakit.

"Ryu.." saya menyebut namanya. Tetapi alat pernafasan yang mencekup mulutku membuatkan suara saya tidak jelas kedengaran pada pendengarannya.

"Let me call the doctor.. wait for me, ok?" Katanya. Saya hanya menganggukan kepala tanda faham. Dia segera berlari keluar dari bilik itu dengan menggelabah mencari doktor.

Sambil menunggu dia datang semula, saya menyentuh perutku dan berharap kandungan itu masih ada. Ia masih terasa di dalam rahimku! Betapa gembiranya hati saya! Saya menangis dengan air mata yang keluar deras. Tuhan telah menyelamatkan kami berdua dalam kemalangan jalan raya itu. Saya bagaikan tidak percaya. Saya sangkakan saya akan keguguran lagi, tetapi tidak!

Beberapa minit kemudian, Ryu datang semula ditemani seorang doktor. Doktor itu pun segera memeriksa saya dari denyutan jantung hinggalah kandungan saya. Tidak lama selepas itu, dia tersenyum melihat saya.

"Isteri encik semakin stabil sekarang, cuma dia perlu tinggal disini sehinggalah dia pulih sepenuhnya," kata doktor itu kepada Ryu yang sedang berada di samping saya.

"Thank you doctor," ucap Ryu. Senyuman lebarnya dilempar kepada doktor tersebut tanda berpuas hati dengan kerjanya.

"Kami akan menambah lagi 1 beg darah untuk dia, sebab dia sedang mengandung. Risau isteri tuan akan kekurangan darah lagi," ujar doktor itu semula.

"Lakukan apa yang perlu doktor, saya cuma mahu isteri dan anak saya kembali pulih," jawab Ryu. Dia sentiasa memegang tanganku dengan erat.

"Ya encik, ok.. kalau begitu, nanti saya datang memeriksanya lagi." Kata doktor separuh usia itu lalu membawa failnya dan keluar dari bilik tersebut.

Ryu duduk di samping saya dengan muka ceria. Dikucupnya dahiku dengan lembut, saya berasa bahagia sekali.

"Gisele, i'm.. scared if you leave me. Maafkan saya sebab tidak dapat melindungi awak," ulas Ryu di hadapanku.

Saya tersentuh dengan kata-katanya itu lalu membuka alat pernafasan dari mulutku untuk berbicara dengannya.

"Tak.. tak apa Ryu.." jawabku dengan suara halus kerana tidak dapat bertutur dengan baik.

"Eh, pakai alat ni semula." Katanya sambil cuba menekupkan alat bantuan pernafasan itu ke mulut saya. Tetapi saya segera menyambut tangannya kerana tidak mahu.

"Ryu.." saya menyebut nama suamiku itu dengan suara lembut. Kami berpandangan sejenak. Lalu dia majukan mukanya ke arah saya dan mengucup bibirku selama beberapa saat.

Ketika dia melepaskan kucupan itu, dia berkata..
"Saya tidak mahu terjadi apa-apa lagi kepada awak.. tolonglah dengar nasihat saya. Ok?"

"Ok.." saya akur saja arahannya. Alat bantuan pernafasan itu dia pakaikan semula ke mulut saya. Lalu dia berbaring di sebelah badanku yang sedang sakit sambil tangannya mengusap perutku yang makin membulat.

Let Me Be Your Man ✔✔Where stories live. Discover now