SATU

178 6 0
                                    

"aduh, kau ni buta eh?" marah Eisya sebaik sahaja melihat lelaki yang ada dihadapannya. Tangannya laju sahaja mengutip buku buku yang sedang elok berada di atas lantai.
Dia tidak tahu bahawa peristiwa itu bakal mengubah hidup seorang Nurul Alia Farisya.

"maaf cik, saya betul betul tak sengaja", jawab dia dengan sopan. Shah masih tersenyum dan beraksi tenang walaupun wajah gadis di hadapannya sudah gaya macam nak makan orang.

"Lain kali tu jalan pakai mata, bukan pakai hidung", bebel Eisya sambil kakinya melangkah macam orang tak cukup tanah.
Maklumlah jam locengnya buat hal pagi tadi. Boleh pula habis bateri masa dia perlu datang kolej awal harini.
***
"Farisya, kenapa kamu lambat harini?", soal puan suraya kepada mahasiswinya yang lambat hampir 20 minit.

Puan Suraya memang tegas orangnya, pantang sungguh dia kalau ada pelajar datang lambat ke kelasnya.

"Maaf puan, saya ada hal kecemasan tadi. Saya janji saya takkan ulang lagi.", Eisya bagi jawapan selamat.

Puan Suraya hanya menggangguk dan memberi isyarat menyuruh Eisya mengambil tempat duduk nya lalu puan Suraya menyambung pembelajaran mereka.
***
"Kenapa kau lambat datang kelas pagi tadi babe?",Nana kawan baik Eisya dah mulakan siasatan macam polis tak berbayar.

"Alah, jam loceng aku rosak lepastu ada mamat mana entah terlanggar aku masa otw pergi kelas tadi. Mmg lambat la aku.", bebel Eisya tak puas hati.

Nana dan Shima hanya meggeleng gelengkan kepala melihat Eisya tak berhenti henti membebel.

"Mamat? mamat mana? hensem tak? tinggi tak? sado tak? putih tak?", bertubi tubi soalan keluar dari mulut Julia yang penuh dengan sandwich sardin tu.

Eisya malas nak layan perangai Julia yang memang pantang dengar perkataan lelaki dan seangkatan dengannya. Eisya balas dengan muka kosong yang buat Julia faham dan terus berhenti menyoal kerana bukan mereka tak tahu, si Eisya ni memang anti lelaki.
***
"Weh Eisya, kau jangan lupa plan kita nak tengok wayang malam ni", pesan Shima sebelum Eisya buka pintu pagar rumahnya.

Eisya hanya membalas dengan anggukan dan isyarat tangan yang buat mereka faham bahawa gadis itu sedang 'badmood'.

Sebelum masuk ke dalam rumah, Eisya sempat menjeling ke garaj rumah. "hurm, papa dan mama tak balik lagi la ni, selalu sibuk pentingkan kerja lagi", monolog Eisya dalam hati dengan sedikit keluhan dan kecewa.

Papa dan mama Eisya memang usahawan yang kaya tapi mereka sering mengabaikan Eisya yang membuatkan perangainya berubah ke arah yang lebih negatif. Maklumlah Eisya membesar di rumah dengan bibik sewaktu papa dan mamanya bekerja jadi urusan Eisya memang tidak diambil peduli.

Sebaik sahaja kaki Eisya melangkah masuk ke dalam bilik tidur, matanya terus tertancap pada deretan bingkai gambar yang tersusun rapi di atas almari.

Bagi Eisya, kenangan 6 bulan lepas bersama insan yang ada dalam bingkai gambar itu sangat bermakna dalam hidupnya. Insan itu jugalah yang pernah membahagiakannya dan mengajarnya erti perpisahan tanpa rela. Insan itu telah mengubah dirinya dari seorang Eisya yang sopan dan lemah lembut kepada gadis yang kasar dan sombong.

"Is, saya rindukan awak", luah Eisya sambil air matanya jatuh ke atas bingkai gambar yang dipegangnya.
Dia menangis.

cinta yang hilangWhere stories live. Discover now