Eisya keluar dari rumah tanpa hala tuju. Tiba tiba dia teringatkan maksunya yang tinggal di Melaka. Lalu, laju sahaja jarinya mendail nombor maksu Hani. Dia berharap maksu Hani dapat memberi dia tumpang di rumahnya. Maksu Hani ialah seorang doktor di salah sebuah hospital di Melaka.
"Assalamualaikum maksu"
"Waalaikumussalam Eisya. Kamu sihat? Lama kamu tak bercerita dengan maksu."
Meskipun maksu Hani adalak mak saudaranya, namun maksu lah insan yang sangat memahaminya. Selain teman temannya, maksu lah orang yang selalu Eisya cari jika dia ada masalah. Mereka sangat akrab dari kecil lagi. Maklumlah beza umur mereka hanya lapan tahun. Mama Eisya adalah anak sulung dari lima adik beradik jadi umur mama dan maksu memang agak jauh berbeza.
"Maksu, Eisya ada masalah ni." tiba tiba Eisya menangis teresak esak bila dia mula cerita tentang semua masalah yang dihadapinya. Lalu, dia meminta izin untuk tinggal bersama maksu di Melaka setelah dia memberitahu yang mama dan papa telah mengusirnya dari rumah.
"Kesiannya kamu Eisya. Maksu tak tahu nak tolong macam mana lagi selain beri kamu tinggal di rumah maksu."
"Tak apa maksu. Itu pun dah lebih dari cukup. Malam nanti baru Eisya akan bertolak ke Melaka. Eisya nak uruskan beberapa perkara di sini dulu."
"Baiklah kalau macam tu. Kalau ada apa apa kamu telefon ja maksu. Lagi satu, nanti dah sampai Melaka jangan lupa bagitau."
***
Eisya terus bergerak ke kolej. Nasib baiklah mama dan papa tak tarik keretanya, kalau tak dia memang terpaksa naik teksi la. Sebaik sahaja sampai di kolej, dia terus berjumpa dengan ketua pensyarah. Dia memaklumkan yang dia akan berpindah ke Melaka atas urusan keluarga yang tidak dapat dielakkan."Jadi, untuk memudahkan segala urusan, keluarga menyuruh saya untuk bertukar ke kolej Melaka."
"Ouh, kalau begitu ada beberapa surat pengesahan yang perlu dibuat. Tapi tidak mengapa, pihak kolej akan uruskan semuanya. Kamu hanya perlu tunggu emel atau surat dari kolej sahaja."
"Terima kasih banyak banyak Encik Rosdi."
"Sama sama Eisya."
Dia sangat bersyukur kerana semua pensyarah di universitinya baik baik belaka.
***
Sepanjang dia berjalan, semua pelajar di kolej itu memandangnya dengan sangat pelik. Tetapi, dia langsung tak ambil peduli sebab dia akan meninggalkan kolej itu tidak lama lagi. Tiba tiba dia baru teringat yang sejak hari yang dia diculik, dia masih belum berjumpa dengan kawan kawan baiknya. Satu pun panggilan dari mereka tidak diangkatnya. Sewaktu mereka datang ke rumah untuk melawatnya pun dia masih berkurung dalam bilik. Dia sendiri juga masih belum menceritakan kisah sebenar yang berlaku kepada teman temannya.Dia menhantar mesej kepada mereka bertiga untuk berjumpa di tempat biasa. Dalam masa sejam, muncul lah batang hidung mereka. Baru habis kelas di kolej katanya. Tanpa berlengah, Eisya terus menceritakan semua yang berlaku pada Nana, Julia dan Shima.
Mereka sangat terkejut dengan apa yang berlaku. Mereka tidak menyangka yang Shah sanggup menipunya dan perangai binatang Faris, Amir, Arif menyebabkan Eisya dihalau oleh mama papa. Lalu, Nana memberitahu yang gambar seksi Eisya sudah tular di laman web kolej dan hampir kesemua pelajar di kolej sudah melihatnya.
Eisya menangis. Mereka bertiga cuba memujuknya namun gagal. Eisya memberitahu yang dia akan berpindah kolej dan tinggal bersama mak sunya dia Melaka.