EMPAT BELAS

44 3 0
                                    

Sudah sebulan berlalu dan mak Shah sudah pun sembuh dari pembedahan. Namun, emaknya masih perlu ke hospital bagi memeriksa kesihatannya setiap minggu.
Shah masih belajar di kolej yang sama dengan Eisya.

Hubungan mereka memang rapat. Maklumlah, pasangan yang tengah hangat bercinta. Eisya merasakan yang Shah adalah lelaki terbaik untuknya selepas Is.

Sewaktu Eisya dan Shah makan tengah hari, Eisya mengajak Shah untuk berjumpa dengan mama dan papanya hujung minggu depan. Dia ingin kenalkan Shah kepada mereka.

Manalah tahu jika Shah ingin melanjutkan hubungan mereka ke arah yang lebih serius. Tapi Eisya aneh. Kenapa Shah menolak ajakannya? Adakah Shah tidak serius bersamanya?

" Shah, hujung minggu depan free tak?"

"Saya rasa saya free kot. Kenapa Eisya?"

"Kalau free, saya nak ajak awak jumpa mama dan papa saya"

"Hah? jumpa mama dan papa awak? Awak tak rasa masih terlalu awal lagi ke semua ni untuk kita?"

" Bukannya ada apa pun, saja nak awak kenal dengan keluarga saya"

"Taknaklah saya. Saya takut keluarga awak tak boleh terima saya"

" Eh tak, mama dan papa saya okay ja. Diorang tak kisah dengan pilihan saya"

"Nantilah saya fikirkan dulu"

"Jangan awak ada hal lain pula minggu depan ya"

"Aduh, apa aku nak buat ni? Mana boleh aku jumpa dengan mama papa Eisya. Semua ni hanya lakonan ja."
Shah hanya bersuara di dalam hati.

Dia cuba menolak perasaan sebenarnya kepada Eisya dengan mengatakan ia hanya lakonan. Dia tidak mahu lupa diri kerana dia hanya lakukan semua ini demi mak. Dia tak mahu jatuh cinta kepada gadis itu walaupun hakikatnya benar.
***
Shah pergi bertemu dengan Faris, Amir dan Arif. Dia mahu menanyakan soal tugasan yang dia telah lakukan.

"Faris, aku ada benda nak cakap sikit dengan kau ni"

"Hai Shah, lama tak jumpa. Mentang mentang la dah ada teman wanita lakonan sekarang ni, jarang nak lepak dengan kami."
Faris cuba mengapi apikan Shah, namun Shah masih bereaksi tenang.

"Aku datang sini nak bagitau korang yang kerja aku dah selesai. Jadi, sekarang aku dah tak ada apa apa hutang dengan korang."

"Kerja kau dah selesai? Kerja apa yang kau dah selesaikan? "

"Aku dah buat Eisya jatuh cinta dengan aku sampai dia nak bawa aku jumpa mama dan papa dia. So, apa yang korang nak lagi?"

"Kitorang nak Eisya"
Berdekah ketawa Faris dan kawan kawannya.

"Hey korang dengar eh, aku dah buat semua yang korang suruh. Korang jangan berani nak apa apakan Eisya."

"Kalau kitorang berani?"

"Langkah mayat aku dulu"
Shah terus berlalu dari tempat lepak mereka itu.

Tempat lepak mereka agak terpencil. Sebuah rumah sewa lama yang tidak digunakan milik ayah Faris. Disitulah mereka sering berjumpa kerana kawasan itu jarang menjadi tumpuan orang ramai. Di rumah itu juga lah, Faris dan yang lain mula terjerumus dengan najis dadah.

Shah sudah cuba menasihati mereka namun satu pun tidak dipedulikan malah makin teruk dari hari ke hari. Sehingga kini, tempat itu telah menjadi sarang maksiat di mana tempat mereka bertiga membawa gadis gadis malang bersama untuk berkhalwat.

Shah sebenarnya menyesal kerana terpaksa berurusan dengan mereka tapi apakan dayanya. Dia tidak sanggup untuk kehilangan ibunya. Dia tidak mahu hidup seorang diri dan dia terlalu sayangkan ibunya.

cinta yang hilangWhere stories live. Discover now