SEPULUH

57 6 0
                                    

Kisah hidup Eisya benar benar buat Shah hiba. Dia sangat bersimpati dengan musibah yang menimpa Eisya. Kalau boleh, dia nak sangat bantu Eisya. Namun apakan daya, dia cuma tunang lakonan Eisya. Bila ingatan Eisya sudah pulih, status dia akan kembali sebagai kawan biasa.

Dia belum tahu adakah Eisya masih boleh menerima dirinya selepas mengetahui rahsia sebenar dirinya.
***
Sudah dua bulan Eisya hilang ingatan. Kini ingatannya sudah semakin pulih. Dia sudah dapat mengenali diri Shah yang sebenar. Da sedih namun dia lebih rasa bersalah pada Shah. Shah pula kena berlakon jadi tunangnya semasa dia hilang ingatan.

Macam mana dia tahu semua ni?

Kawan kawannya lah yang bercerita. Mereka menceritakan semua peristiwa yang berlaku. Dari hari Eisya kemalangan, dia hilang ingatan dan sehinggalah ke hari yang dia pulih sepenuhnya.

"Kau tahu tak babe, Shah tu memang baiklah. Masa kau hilang ingatan, dia sanggup berkorban berlakon jadi Is sebab dia nak kau sembuh cepat".
Cerita dari Shima benar benar buat Eisya terharu dengan perbuatan Shah. Dia mula diselubungi rasa bersalah kerana dia sudah menyusahkan lelaki sebaik itu. Rasa bersalahnya bertambah bila dia sedar bahawa lelaki yang paling dibencinya telah membantu ingatannya pulih.
***
"Shah, saya nak jumpa awak malam ni. Nanti saya hantar alamat."

Pada keesokan harinya, Eisya mencari Shah di kolej dan dia terus mengajak Shah untuk keluar. Dia berniat nak berbaik dengan Shah. Dia sudah berasa selesa dengan lelaki itu. Maklumlah dah dua bulan mereka menghabiskan masa bersama.

"Shah, ni satu peluang yang baik untuk kau.", ujar Faris sambil tersenyum sini.

Faris, Amir dan Arif adalah kawan kawan Shah. Mereka sahaja yang mahu berkawan dengan Shah sejak dia berpindah ke kolej itu tiga bulan yang lalu. Maklumlah dia orang tak berada, jadi mana ada yang nak jadikan dia sebagai teman. Mereka bertiga itu sahaja yang sudi berkenalan dengan dia.

Namun Shah masih agak curiga dengan mereka. Yala, mereka itu anak orang kaya. Masakan mahu berteman dengan orang sepertinya. Walaupun mereka sering membantunya dari segi kewangan tetapi masih ada harga yang lebih mahal perlu dibayar kembali oleh Shah.

Shah terpaksa namun apakan daya dia untuk melawan. Dia sanggup lakukan apa sahaja demi duit.
***
Eisya termenung sendirian. Dia sudah mula teringatkan Shah. Tapi dalam masa yang sama, dia masih keliru dengan perasaannya yang sebenar. Dia betul betul sayangkan Shah atau dia cuma selesa berkawan dengannya sejak mereka rapat.

Dia abaikan perasaannya. Dia mula bersiap kerana risau Shah menunggunya terlalu lama. Malam ini, dia ingin meluahkan segala yang terbuku dalam hatinya. Dia juga ingin berterima kasih atas segala pengorbanan Shah pada dirinya.
***

Malam ini merupakan pertemuan makan malam mereka yang kedua sewaktu Eisya dalam keadaan normal dan Shah tidak perlu berlakon sebagai Is lagi.

"Awak sangat cantik"

"Eh, mana ada. Biasa je"
Eisya malu dengan pujian Shah pada dirinya.

"Shah, saya nak ucapkan terima kasih kerana awak dah banyak tolong pulihkan ingatan saya. "

"Perkara kecil je tu. Saya tolong apa yang saya mampu je"

" Saya betul betul terhutang budi dengan awak"

"Takpe, saya ikhlas"

"Shah, tolong jangan tinggalkan saya sebab saya rasa saya dah mula sayang awak. Boleh?"

Shah terkejut. Maknanya rancangan dia dan kawan kawannya berhasil.

Shah menggangguk mengiyakan soalan Eisya sebentar tadi dan Eisya sudahpun tersenyum bahagia.

cinta yang hilangWhere stories live. Discover now