Peluh sudah merecik di dahi Shah. Mukanya dah pucat macam orang ketakutan. Dia sebenarnya masih belum bersedia untuk berjumpa Eisya pada hari ini. Peristiwa kemarin di rumahnya pun sudah menunjukkan yang Eisya masih marah pada dirinya. Tapi dia gagahkan juga untuk bertemu Eisya hari ini di hospital kerana ibunya.
Sebaik kaki melangkah masuk ke dalam hospital, makcik Ida terus membawa Shah ke hospital. Tapi harapannya hampa. Kelibat Eisya masih belum kelihatan meskipun sudah petang. Selalunya pada waktu begini, Eisya dah masuk kerja.
"Tumpang tanya cik, Farisya tak kerja ke harini?" Shah bertanya.
"Minta maaf, encik. Cik Farisya dah berhenti pagi tadi." jawab seorang perempuan yang berusia 20 an di kaunter.
"Kenapa dia berhenti ye cik?"
" Ouh, dia hanya bekerja untuk sementara waktu. Lagipun pekerja asal akan kembali bekerja minggu depan."
"Kalau macamtu, boleh saya dapatkan nombor telefon dan alamat cik Farisya?"
"Minta maaf ya, encik ni siapa?"
"Saya kawan lama cik Farisya dan ini emak saya."
"Maaf encik, kami hanya ada alamatnya sahaja." ujar perempuan dia kaunter sambil menghulurkan sekeping kertas kecil yang tertulis alamat Eisya kepada Shah.
"Terima kasih banyak banyak cik."
"Sama sama."
***
Senja sudah hampir menjengah. Tanpa berlengah, Shah terus mengajak mak pergi ke rumah Eisya. Dia ingin selesaikan segala kekusutan yang berlaku dengan segera. Dia tak sanggup untuk melihat api kebenciaan Eisya terhadap dirinya lagi.Shah terus memecut ke rumah Eisya. Sampai sahaja di hadapan rumah Eisya, Shah terus memberi salam. Dia tidak nampak kelibat Eisya malah seorang wanita muda yang keluar dari rumah dengan senyuman.
"Assalamualaikum. Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam. Kamu ni cari siapa yer?"
"Saya Shah, kawan Eisya."
"Shah? Kawan kolej Eisya yang dekat Johor dulu ke?"
"Macam mana akak boleh kenal saya?"
"Eisya pernah ceritakan pasal kamu dekat maksu. Sebab kamu lah dia lari ke Melaka kan?"
"Ya, sayalah punca semua ni berlaku. Saya datang ni sebab nak jelaskan semuanya pada Eisya. Tolong panggilkan Eisya kejap maksu."
***"Kau nak apa lagi datang cari aku sampai dekat sini?" Eisya terpaksa keluar berjumpa Shah setelah dipaksa oleh maksu.
"Eisya, dah berbulan saya cari awak. Saya perlu jelaskan semuanya pada awak."
"Aku dah tak nak dengar apa apa dari kau. Sekarang kau tolong lah balik. Kita dah tak ada apa apa. Lagipun semua tu lakonan kau je kan."
Eisya terkejut bila dia melihat makcik Ida keluar dari kereta dan berjalan ke arahnya dengan mata yang berair. Jujur, dia sangat rindukan makcik Ida. Sudah seminggu dia tak melawat emak angkatnya itu.
"Emak!"
Eisya terus berlari dan memeluk emak angkatnya. Dia meminta maaf kerana sudah seminggu tak menjenguk wanita itu dan telah berhenti kerja secara mengejut.
"Kenapa Eisya berhenti kerja tak bagitau emak?"
"Saya minta maaf emak. Saya tak sempat nak bagitau emak haritu."
"Emak yang patut minta maaf. Sebab emak, kamu jadi macam ni. Sebab emak, Shah terpaksa buat semua ni dekat Eisya."
"Apa yang emak cakap ni? Eisya tak faham."
Kemudian, mak cik Ida menjelaskan perkara yang sebenar kepada Eisya.
"Sebenarnya, Shah terpaksa terima tawaran kawan kawannya untuk memainkan kamu kerana emak sakit."
"Emak...."
"Shah perlukan lima puluh ribu untuk rawatan pembedahan buah pinggang emak. Kalau tidak kerana duit itu, Eisya mungkin tak dapat jumpa emak lagi sekarang."
"Emak, Eisya tak tahu semua ni. Eisya minta maaf."
"Kamu langsung tak salah Eisya. Semua ni salah emak."
Eisya dah menangis. Dia betul betul terharu dengan pengorbanan Shah untuk maknya.
"Tak. Semua ni salah Shah. Eisya,saya minta maaf. Saya tahu saya tak patut jadikan awak mangsa tapi saya terpaksa. Saya nak awak tahu yang saya ikhlas sayangkan awak."
"Tak apa. Saya maafkan awak. Benda dah lepas, tak payah la kita nak ingat."