TUJUH

61 5 0
                                    

6 bulan selepas kisah mereka bermula di kem tersebut, Eisya dan Is mengambil keputusan untuk menceritakan hal ini kepada orang tua mereka.

Mereka bercadang untuk melanjutkan hubungan ke tahap yang lebih tinggi.

BERTUNANG!

Ya, Is benar benar sayang Eisya dan dia ingin mengikat Eisya dengan tali pertunangan. Selepas tamat belajar dia kolej, dia sudahpun buat keputusan untuk terus menjadikan Eisya sebagai yang halal untuk dirinya.

Eisya masih keliru. Adakah ini tidak terlalu cepat? Tapi Is dah beria ria. Kalau dia tolak, mungkin Is kecewa dan mengganggapkannya hanya bermain dengan perasaan. Akhir sekali, dia ikutkan saja keputusan Is. Lagipun dia masih ada banyak masa untuk mempersiapkan diri sebelum pertunangan mereka.

Is bercadang untuk melangsungkan pertunangan mereka pada hujung tahun. Tapi itu hanya perancangan kasar Is sahaja. Mereka pun masih belum berbincang dengan keluarga masing masing.

Mereka berharap yang keluarga akan memberi respon positif kerana niat mereka baik. Bukannya mereka nak kahwin lari atau buat perkara tak senonoh pun.
***

"Mama papa, kejap lagi ada kawan Eisya datang nak jumpa dengan mama dan papa"

Eisya cuma memberitahu yang ada kawannya nak datang rumah. Fuhh, memang tak la dia nak bagitau pasal idea pertunangan dia dan Is. Dia belum bersedia, biarlah Is yang menjelaskan semuanya pada mama dan papa.

"Kawan? betul ke kawan? entah entah boyfriend Eisya tak?", pandai papa Eisya membaca minda anak perempuan tunggalnya.

Muka Eisya merah, dia cuba menahan senyum sambil terus melarikan diri kedalam bilik tidurnya.

Satu jam kemudian......

Kereta mewah milik Is sudahpun terparkir dihadapan rumah Eisya.
Mata dia terbuntang luas bila lihat Is datang bersama ibunya.

Papa Is dah meninggal 3 tahun lepas. Sekarang Is tinggal dengan ibu dan datuknya. Is anak sulung kepada puan Hanis. Dia ada dua orang adik, seorang lelaki dan seorang perempuan.

Yang perempuan tu muda setahun daripada Is dan Eisya. Yang lelaki pula baru tingkatan 5.
***
"Puan Suraya, saya datang bawa hajat anak saya ni. Macam ni je la, saya pendekkan cerita.Iskandar dah berkenan dengan anak puan, Farisya.
Kalau boleh, dia nak ikatkan hubungan diorang dengan bertunang dulu.", ibu Is menceritakan hajat sebenarnya selepas hampir sejam berbual dengan mama.

Seusai Puan Hanis menceritakan hajatnya, Eisya lihat mama dan papa tersenyum. Senyum yang dia sendiri sukar untuk ramal maksudnya. Setuju atau tidak?.

"Bila tarikhnya tu?"
Eisya terkejut dengan soalan yang diaju oleh mama. Dah soalan begitu, maknanya mama setuju la kan.

"Maknanya encik dan puan ni setuju la dengan hajat yang kami bawa harini? soal tarikh jangan bimbang, kita boleh bincang nanti", puan Hanis pandang Is yang sudah tersenyum lega.

"Kalau benda baik ni, saya dan isteri setuju saja. Asalkan Eisya bahagia, itu dah cukup bagi kami".

Eisya terharu dengan luahan papa. Ternyata papa dan mama sayang juga pada dirinya walaupun sering sibuk.

"Ibu,uncle, aunty, saya dan Eisya bercadang nak bertunang hujung tahun ni. Maklumlah masa tu kolej pun cuti semester. Jadi tak ada la ganggu masa pembelajaran kami berdua".

"Kalau macam tu, uncle dan aunty ikutkan saja. Nanti persiapan kita boleh bincang lain", papa bersetuju.
***
Tengah hari tu, keluarga Is makan dirumah Eisya. Maklumlah nak eratkan hubungan kekeluargaan.

Eisya tak percaya yang hujung tahun ni, dia akan bergelar tunang orang. Runsing.

cinta yang hilangWhere stories live. Discover now