"Hey korang, aku rasa pelik la dengan Shah tu"
"Aku dan Amir pun rasa camtu jugalah Faris"
"Aku rasa dia dah betul betul jatuh cinta dengan si Eisya tu"
"Aku pun rasa macamtu jugalah Faris. Kita memang kena bertindak cepat ni korang"
"Esok kita kena pergi jumpa perempuan tu juga"
"Okay boss"
Faris, Amir dan Arif merasakan yang Shah akan mengkhianati mereka. Mereka dapat baca dari gerak geri Shah yang dia benar benar sudah jatuh cinta dengan Eisya. Mereka perlu bertindak segera sebelum rancangan mereka untuk kenakan gadis itu gagal kerana Shah.
***
Keesokan harinya, mereka bertiga berjumpa Eisya di kolej. Mereka mengajaknya untuk keluar makan kerana ada perkara penting yang perlu dibincangkan. Eisya hanya menurut kerana dia tahu mereka itu kawan kawan Shah, jadi sudah tentu mereka tidak mempunyai niat jahat padanya.Di restoran, Faris orang pertama yang membuka mulut soal Shah......
"Sebenarnya Eisya, tujuan kitorang ajak kau makan ni sebab nak cerita sikit soal Shah"
"Shah? Kenapa dengan dia? Dia tak apa apa kan?" soal Eisya panik.
"Shah okay ja." Amir pula bersuara.
"Habistu korang nak cakap soal apa?" Eisya masih bimbang.
"Kitorang nak cakap soal hubungan kau dengan Shah"
"Kenapa dengan hubungan kami?"
"Kau tahu tak yang hubungan korang ni hanyalah lakonan semata mata" Arif dah pecah temberang."
"Hah? Apa yang korang cakap ni? Aku tak faham."
"Okay macamni la Eisya. Satu hari tu Shah datang merayu rayu nak pinjam duit dengan kitorang. Lepastu, kitorang bagi syarat yang dia kena tackle kau dulu kalau nak kitorang bagi duit tu. Padahal kitorang bergurau je dengan dia, tak tahu pula dia nak buat betul. Kalau kitorang tahu dia akan buat betul betul, kitorang tak suruh dia buat macamtu." panjang lebar ulasan si Faris tu.
"Kenapa korang suruh dia buat macamtu?" Eisya dah naik angin.
"Tak dengar dulu. Lepastu Eisya, dia datang jumpa kami, dia cerita yang dia dah langgar kau masa dekat kolej dan dia dah tumpahkan kopi dekat baju kau."
"Maknanya semua tu hanya rancangan korang semua la. Aku benci korang." Eisya bangun dari kerusi tapi Amir cepat cepat menghalang.
"Kau dengar dulu penjelasan kitorang ni. Kitorang tak salah, Shah yang salah. Lepas dia dah cerita tu dia memang nampak macam puas lah sebab dah buat kau macam tu. Kitorang tanya kenapa dia seronok dan dia jawab plan dah menjadi. Kitorang dah suruh dia stop semua lakonan dan bagitau yang kitorang bergurau je haritu tapi dia taknak sebab dia seronok tengok kau sakit hati. So, dia cakap dia memang nak teruskan game kau even kitorang tak suruh dan dia suruh kitorang tutup mulut. Kitorang pun ada hati perasaan la." Arif pula cuba mempengaruhi Eisya dan nampaknya rancangan mereka berhasil.
"Betul tu Eisya. Ni kitorang datang bagitau kau sebab kitorang dah tak sanggup tengok kau kena tipu. Kitorang kesian dekat kau Eisya.
"Tak guna betul Shah ni. Aku nak pergi jumpa dia sekarang juga."
Tindakannya dihalang oleh mereka dan mereka menawarkan diri untuk membawanya bertemu Shah.Eisya bersetuju tanpa mengetahui niat jahat mereka yang sebenar. Sebelum sampai di tempat parkir kereta, Eisya sudahpun pengsan dan mereka membawanya masuk kedalam kereta. Dia pengsan gara gara ubat tidur yang dimasukkan oleh Amir kedalam airnya.
Dia telah berjaya diperangkap oleh mereka bertiga.