10 Disember 2017
Hari yang ditunggu tunggu oleh Eisya dan Is untuk mengikat tali pertunangan mereka telah tiba. 8 bulan perkenalan sudah cukup buat mereka berdua mengenali dan masak dengan segala kekurangan masing masing.
Eisya dan Is sebenarnya mempunyai banyak persamaan. Dua dua keras kepala, kuat merajuk, manja dan yang paling penting penyayang.
***
Satu jam sebelum pertunangan, rumah Eisya sudahpun penuh dengan saudara mara yang hadir. Keluarga Is juga sudah sampai lebih awal. Hendak buat persiapan awal kata ibu Is."You look so pretty, babe. Untung Is dapat kau"
Masa gelabah macam ni la Nana boleh pula nak puji Eisya. Muka Eisya dah pucat macam nampak hantu. Apa yang dia takut sangat pun tak tahula. Baru nak bertunang. Kalau kahwin nanti tak tahu la. Boleh pengsan dia rasanya.
"Alaaa, rileksla Eisya. Kau nak bertunang bukannya nak pergi berperang", pecah kesunyian bilik Eisya dengan lawak yang dibuat Julia.
***
Bila majlis dah nak mula, mama menyuruh adik bongsunya untuk memanggil Eisya di bilik.Eisya bertambah gelabah bila mak ngah Ayu menyuruhnya turun kerana majlis akan bermula tidak lama lagi.
Semasa menuruni tangga, Eisya perasan banyak mata memandang ke arahnya tapi dia tetap tidak mengangkat kepalanya. Acah ayu gitu.
Kecantikan Eisya memang tidak boleh dinafikan. Mata berwarna coklatnya memang akan membuat ramai orang terpegun ditambah pula dengan alisnya yang lentik dan bibirnya yang merah delima. Orang kata, dia dan Is memang bagai pinang dibelah dua. Is pun apa kurang, jejaka tinggi lampai berhidung mancung yang mempunyai lesung pipit yang sangat menggoda dan pandangan mata puyu setajam pedang.
***Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar. Eisya sudahpun bergelar tunang kepada Farhan Iskandar selepas Puan Hanis menyarungkan cincin ke jari manis bakal menantunya itu.
Kedua dua buah keluarga kelihatan sangat mesra dan akrab. Dalam hati, Eisya dan Is tak henti henti mengucapkan kata syukur kerana mereka dikurniakan keluarga yang sangat 'supportive'.
***Sudah sebulan mereka bertunang. Hubungan mereka masih lagi bahagia seperti kali pertama mereka jatuh cinta.
Pelajar pelajar lain di kolej juga tahu yang mereka sudah bertunang. Khabar itu membuatkan ramai gadis kecewa dan ada juga di antara mereka yang tidak puas hati dengan Eisya.
Mereka mengatakan bahawa Eisya perampas jejaka idaman mereka.Begitu juga dengan sesetengah lelaki lain yang sering memulakan pergaduhan dengan Is kerana Is sudah menutup peluang mereka untuk memiliki Eisya.
Tapi mereka berdua langsung tidak peduli. Cukuplah mereka berdua bahagia, malas nak ambil tahu hal orang lain. Sejak bertunang, mereka juga sering menghabiskan masa bersama di perpustakaan untuk belajar sama sama.
Kawan kawan Is yang masih 'single' pun sudah semakin rapat. Maklumlah mereka selalu keluar melepak sekali bersama Is dan Eisya.
***Harini ulang tahun Eisya yang ke-20. Mama dan papa mengadakan rumah terbuka untuk menyambut hari lahir Eisya. Surprise!
Eisya sangat terharu yang mama dan papa masih ingat hari lahirnya.Is dan keluarga turut datang. Ini kali pertama dia menyambut ulang tahun bersama cik tunang.Walaupun mereka baru bertunang lebih kurang dua minggu tapi hubungan mereka sangat rapat.
***"Selamat hari lahir sayang." sambil Is menghulurkan patung beruang yang sangat besar buat Eisya
"Terima kasih sayang kerana sudi terima saya dalam hidup awak"
"Sama sama awak. Awak dah 20 tahun sekarang so awak tak boleh jadi macam budak budak dah. Awak kena matang."
"Yela, saya tahu", Eisya tarik muka.
Kedua dua mereka ketawa.