Pagi pagi lagi Eisya dah dapat panggilan dari nombor yang tidak dikenali. Nasib baik dia baru habis mandi kalau tak memang tak dengar la 'ringtone'.
Harini dia tiada kelas tapi dia sudah berjanji untuk tengok wayang dengan Is. Kalau tidak memang terperap la dia kat dalam bilik habiskan semua drama korea yang dia baru 'download'.
Eisya sangat terkejut bila dia diberitahu yang panggilan itu dari hospital. Dia jadi tidak sedap hati bila jururawat yang bercakap menanyakan bahawa adakah dia tunang kepada Is.
"Cik, saya nak maklumkan yang tunang cik sedang dirawat di Hospital Besar Johor. Dia terlibat dalam satu kemalangan jalan raya pagi tadi dan keadaannya sangat kronik. Saya cuba menghubungi keluarganya namun satu pun tidak dijawab", sesak nafas Eisya bila mendengar jururawat itu bercakap.
Dia baru berbual dengan Is semalam dan sempat membalas mesej Is pagi tadi.
Tanpa berlengah dia terus memandu ke rumah ibu Is untuk memberitahu khabar buruk itu. Mama dan papanya tiada dirumah. Mereka perlu menghadiri mesyuarat penting di Terengganu harini,jadi semalam mereka dahpun bertolak ke sana. Esok baru mereka akan pulang ke Johor.
***
20 minit kemudian, mereka tiba di hospital. Doktor terus memberitahu Eisya dan keluarga Is yang Is sudahpun meninggal dunia.
Pendarahan di kepala membuatnya kehilangan banyak darah. Hentakan kepala pada jalan raya menyebabkan tempurung kepalanya pecah dan tengkuknya patah. Menurut doktor, semasa kemalangan, Is tercampak keluar dari kereta dan jatuh di tengah jalan raya. Pemandu trak yang terbabit dalam kemalangan juga masih koma.Luluh hati Eisya mendengar berita tersebut. Air matanya deras mengalir tanpa ditahan tahan. Ibu Is sudah hampir pitam. Eisya cuba memujuk ibu. Kehilangan Is memang benar benar tak disangka mereka.
Patutlah semasa mereka berbual di telefon semalam, tingkah Is sangat aneh. Is meninggalkan banyak pesanan buat Eisya seolah olah itu kali terakhir mereka berbual. Dan pagi tadi, tidak pernah pernah Is menghantar mesej mengatakan yang dia rindu Eisya sedangkan semalam mereka baru berbual. Kelakuan Is agak manja dan kebudak budakkan dua tiga hari sebelum ini.
***
Eisya masih belum dapat menerima kenyataan. Lelaki yang baru bertunang dengannya selama 4 bulan sudahpun dijemput Illahi. Satu kenyataan pahit yang harus ditelannya. Terlalu banyak kenangan bersama Is walaupun hubungan mereka baru berusia setahun.Hari hari dia yang mendatang mulai mendung. Seperti tiada lagi sinar matahari dan bulan bintang. Hanya awan awan hitam yang sudi singgah sebagai peneman. Sayu. Murung. Air mata dan lagu jiwang menjadi teman baik.
Eisya tidak hadir ke kolej. Tidak makan, tidak minum. Dia hanya berkurung di dalam bilik sambil merenung gambar gambar dia dan Is dalam telefon bimbit. Dia mula membaca kembali mesej mesej dia dan Is dari awal perkenalan. Ya, dia sangat rindukan Is. Rindu yang tak mampu dia ucapkan walaupun harini dah seminggu Is tinggalkan dia bersama kenangan mereka.
***"Eisya, saya nak awak tahu yang saya betul betul sayangkan awak. Saya nak awak ingat, walau apa pun yang terjadi, awak akan tetap menjadi kenangan yang terindah dalam hidup saya." , pesanan Is sewaktu perbualan terakhir mereka masih terngiang ngiang di kepala Eisya.
" Is, kenapa tiba tiba je ni? ada apa apa yang tak kena ke?", Eisya rasa tak sedap hati.
"Tak ada apa pun, manalah tahu ini kali terakhir saya dapat bercakap dengan awak. Jadi saya nak luahkan segala galanya."
Eisya mula marah dengan kata kata Is yang benar benar buat dia tak senang duduk."Saya nak awak jaga diri awak baik baik kalau saya dah tak ada nanti. Kalau nak cari pengganti, pastikan dia lebih baik dari saya tau",sambung Is.
"Dahla saya malas nak layan awak. Saya tak kira, saya nak awak juga jadi yang terakhir untuk saya Is."
"Kita tak tahu masa depan Eisya. Manalah tahu kalau saya pergi dulu sebelum awak. Awak kena kuat dan teruskan hidup tau".
"Tengok, dia dah melalut dah. Saya da ngantuk ni. Saya tidur dulu eh. Selamat malam. Saya sayang awak Is." Eisya malas nak dengar kata kata Is yang boleh merobek jiwanya.
"Selamat malam sayang. Terima kasih kerana sudah membahagiakan saya. I love you more", ayat terakhir Is sebelum Eisya mematikan panggilan.
***
Eisya menyesal kerana mematikan panggilan terlalu cepat. Kalau dia tahu yang malam itu bakal menjadi malam terakhirnya berbual dengan Is, dia takkan mensia siakan peluang itu. Namun, semuanya sudah terlambat. Eisya kembali menangis.
***
Eisya, awak dah bangun ke? saya rindukan awak. Saya rasa nak sangat jumpa awak harini. Dua jam lagi, saya datang ambil awak jalan jalan dan tengok wayang. - IsMesej terakhir dari Is buat Eisya. Impian Is yang tidak menjadi kesampaian menjadi luka di hati Eisya buat selama lamanya.