DUA PULUH EMPAT

64 5 0
                                    

Pagi pagi lagi rumah mama dan papa Eisya dah didatangi dengan tiga orang pegawai polis. Mama dan papa tengah bersiap siap nak pergi kerja. Mana lah mereka tak terkejut kan, risau juga kalau mereka ada buat salah apa apa.

"Assalamualaikum encik. Maaf mengganggu, kami ni pegawai polis dari pejabat utama Johor."

"Waalaikumussalam tuan. Ada apa apa yang boleh saya bantu?"

"Kami datang sini nak berjumpa dengan cik Nur Alia Farisya. Ini rumah dia kan? Dia ada ke?"

"Dia tu anak perempuan kami. Tapi dia dah pindah rumah. Kenapa dengan dia, tuan?"

"Saya nak maklumkan kepada cik Farisya yang penculik penculiknya telah pun kami tangkap di bawah akta penculikan dan gangguan seksual."

"Hah?"

"Ya, encik. Kami dah cuba menghubungi cik Farisya tetapi gagal. Kami nak minta cik Farisya datang ke mahkamah hujung bulan ni untuk perbicaraan kes."

"Okay tuan. Nanti saya maklumkan kepada dia. Terima kasih banyak banyak tuan."

"Sama sama encik. Kami balik dulu."

Mama dan papa benar benar rasa bersalah. Mereka terus menghukum Eisya tanpa sebarang bukti. Mereka sepatutnya beri peluang kepada Eisya untuk menjelaskan perkara sebenar yang berlaku.
***
Mama terus cepat cepat menghubungi Nana untuk bertanya tentang Eisya. Manalah tahu kalau Eisya ada berkongsi cerita dengan mereka. Kebetulan sewaktu mama menelefon Nana, Shah turut ada bersama dengan mereka.

Shah awal awal pagi lagi dah berjumpa dengan kawan kawan Eisya. Dia memberitahu khabar gembira yang Eisya sudah memaafkannya dan menerima dirinya kembali. Dia juga menceritakan keadaan Eisya kepada mereka dan turut menyampaikan salam dari Eisya buat Nana, Shima dan Julia.

Setelah Nana tamatkan perbualan dengan mama Eisya, dia terus menceritakan segala galanya kepada Shah. Shah berasa sangat puas hati kerana akhirnya mereka berjaya diberkas oleh pihak polis.

Shah tidak sabar untuk memberitahu berita gembira itu pada Eisya. Petang itu juga dia bertolak ke Melaka untuk berjumpa dengan Eisya. Maklumlah dia tiada kelas pagi pada esok hari, jadi sempatlah untuk dia pulang ke Melaka memandangkan perjalanan hanya mengambil masa 4 jam.
***
Eisya terkejut melihat kelibat Shah berdiri di depan pintu rumahnya. Eisya pun menjemput Shah masuk.
Masuk masuk sahaja, Shah terus memberitahu hajat sebenarnya datang ke Melaka dengan mengejut.

"Eisya, tadi mama awak call Nana. Dia tanya soal keberadaan awak sekarang ni."

"Kenapa tiba tiba dia nak cari saya pula lepas dia dah buang saya dan langsung tak beri saya peluang untuk jelaskan kebenarannya."

"Pagi tadi, polis datang rumah awak. Diorang bagitau yang Faris,Amir dan Arif dah kena berkas dengan polis."

"So, mama dan papa nak saya balik sebab diorang menyesal ke?"

"Eisya, tak baik awak cakap macamtu. Diorang kan mama dan papa awak."

"Yala, mama dan papa yang langsung tak percayakan anak sendiri."

"Dah, tak payah nak cakap banyak. Hujung bulan ni, saya ambil awak, kita balik Johor."

"Kenapa pula? Saya taknak balik sana dah."

"Awak kena balik sebab awak perlu hadir ke perbicaraan kes awak di mahkamah hujung bulan ni." nada Shah dah bertukar keras.

"Kalau saya taknak hadir perbicaraan tu?" Eisya ni betul betul degil la.

"Mereka akan dibebaskan kerana tiada mangsa dan saksi."

"Okay saya akan pergi tapi hanya untuk perbicaraan sahaja."

"Ikut awak lah sayang."
Shah malas nak bertekak.
***
Eisya rasa tak sabar nak berjumpa mama dan papa kerana sudah sarat rindu yang ditanggung namun ego masih menjadi penghalangnya.

cinta yang hilangWhere stories live. Discover now