"Weh korang, boleh tak cerita dekat aku sapa Is tu?" Shah mahukan penjelasan tentang seorang lelaki yang bernama Farhan Iskandar.
Ya la tiba tiba kena menyamar jadi lelaki yang dia langsung tak kenal. Pura pura jadi teman lelaki kepada gadis yang dia hanya pernah keluar date sekali. Memang dia tak kenal la dan dia berasa sedikit terbeban dengan hal itu.
Kalau tanya dia pasal kopi panas yang tertumpah atas baju atau jatuhkan buku atas lantai dia tahu la.
"Okay, sebenarnya kitorang pun tak tahu nak mulakan cerita dari mana, sebab kisah cinta Eisya dan Is ni sangat tragis." bukan Nana tak mahu buka mulut tapi dia takut dia memandai mandai buka cerita tentang hal peribadi orang lain walaupun orang itu teman baiknya sendiri.
Shah tetap memaksa mereka bertiga untuk menceritakan tentang Is. Shah berjanji yang dia takkan buka mulut pada Eisya.
Okay, macamni....... Nana mula membuka kisah cinta Eisya dan Is yang telah lama berhabuk
***Tahun ini tahun kedua mereka di kolej itu. Macam biasa la, kalau cuti semester ja mesti kolej akan anjurkan apa apa aktiviti. Aktiviti kali ni adalah aktiviti memanjat gunung dan camping.
Eisya, Is dan kawan kawan mereka yang lain juga tidak melepaskan peluang untuk melibatkan diri dalam aktiviti lasak begitu. Maklumlah mereka memang sukakan aktiviti yang mencabar.
Kem dimana segala kisah suka duka antara Eisya dan Is menemui permulaan.
***
"Eisya, saya sukakan awak"
Dia betul betul terkejut bila jejaka yang telah lama dia minati meluahkan perasaan terhadapnya. Eisya merasakan yang semua itu seolah olah hanya mimpi indah buat dirinya.Maklumlah Farhan Iskandar merupakan jejaka idaman semua gadis di kolej mereka. Mana tidaknya, Is memang 'perfect'. Hensem, tinggi, sado, baik, penyayang. Ciri ciri suami mithali memang ada pada Farhan Iskandar. Ciri ciri seperti itu yang membuatkan Eisya jatuh hati pada Farhan.
"Saya serius dan ikhlas ni Eisya. Dah lama saya sukakan awak cuma saya tak berani nak bagitau. Manalah tahu kalau awak dah ada teman lelaki."
Kata kata dari Is benar benar buat Nurul Alia Farisya terkaku dan terharu. Dia rasa seperti hendak jerit dan melompat lompat."Sebenarnya Is, saya pun dah lama sukakan awak cuma saya sedar siapa diri saya. Saya tahu saya tidak layak untuk awak."
Is dah rasa macam nak pitam selepas mendengar apa yang dikeluarkan dari mulut Eisya.
"Eisya, awak dah terlalu sempurna bagi saya. Sebab saya tahu bukan mudah seorang Alia Farisya nak sukakan lelaki kan."
Ya, Eisya memang tak rapat dengan mana mana lelaki kerana dia memang tidak berminat. Eisya masih 'single' sebelum ni bukan sebab dia tak laku. Tapi dia saja yang jual mahal.
Ramai lelaki hebat yang cuba memikatnya namun seorang pun tak dilayan kerana hatinya hanya ada pada Is.
Gadis manis, ayu, cantik, lemah lembut macam Eisya takkanla tak laku kan.
Masing masing tak sangka yang hubungan mereka akan berhasil. Tidak sia sia Is memberanikan diri untuk meluahkan hasrat hatinya.
Kalau tidak, gigit jarilah dia sampai ke tua. Is sangat bersyukur kerana Eisya tidak menolak perasaannya malah dia tidak bertepuk sebelah tangan.
***
Malangnya bahagia yang disangka oleh mereka berdua hingga ke kaki pelangi akan gagal di tengah jalan.