Terima kasih kepada pembaca yang telah menamatkan kisah hasil tulisan saya. Semoga karya saya dapat memberi pengajaran kepada kalian semua dan memberi semangat kepada insan yang telah berputus asa dalam mencari kebahagiaan. Terima kasih juga kepada kawan kawan yang telah menyokong saya untuk menulis dan tidak jemu memberi idea. Jasa kalian akan selalu saya ingati.
Saya juga ingin memohon maaf seandainya karya saya ini tidak memenuhi cita rasa para pembaca. Saya juga ingin menzahirkan rasa maaf jika cerita saya tidak menarik minat kalian dan agak membosankan.
Saya baru berjinak jinak dalam bidang ini dan harap kalian tidak segan ingin memberi tunjuk ajar.
Nota ikhlas:
Janganlah pernah berhenti mengharapkan kebahagiaan walaupun harus korbankan hati kerana pengorbanan tak pernah ada penamat.