DUA

89 8 2
                                    

"Eisya, are you okay? you look sad babe." Nana bersuara bila mereka berempat berjalan keluar dari panggung wayang.

Ketiga tiga kawan baiknya perasan yang Eisya macam pelik sikit malamni. Mereka taknak soal lebih lebih sebab mungkin Eisya masih belum bersedia nak kongsi apa apa cerita.
Eisya hanya tersenyum dan memberitahu bahawa dia okay.
***
"Aku nak makan MCD ah, jomla", Julia yang berbadan montel itu bersuara memecahkan kesunyian bila dia lihat semua kawan kawannya macam tengah layan perasaan ja. Mereka bertiga hanya mengikut Julia yang sudah sampai ke kaunter untuk memesan makanan.
***
"Kau taknak cerita apa apa ke pasal mamat yang langgar kau pagi tadi tu?", Nana mula korek rahsia.

Mana la tahu kalau mamat tu dapat buka hati Eisya balik. Dia sedih tengok nasib kawan baiknya itu.

"Aku nak gi toilet jap eh", Eisya cuba melarikan diri dari soalan kawan kawannya.

Macam dia tak tahu, mereka tu nak dia cari pengganti. Bukan dia yang tak mahu,tapi hatinya masih belum terbuka untuk mana mana lelaki lagi.

Tanpa disangka, takdir menemukan mereka sekali lagi......

"Arghhhh, panaslah", jerit Eisya sambil tangannya cuba mengelap tumpahan air atas bajunya.

Eisya menunjukkan muka tidak puas hati bila mamat yang sama terlanggarnya pagi tadi di kolej telah menumpahkan secawan kopi panas ke atas bajunya.

"Cik, kali ni saya betul betul minta maaf. Saya tak perasan cik bangun dari kerusi tadi dengan saya agak rushing berjalan.", (habislah kau kalini Shah) bisik Shah dalam hati.

"Masa kali pertama kau langgar aku, aku boleh lagi maafkan kau.Ni dah dua kali ni.", Eisya berang.

Mana tidak bebal bila mamat tu tumpahkan kopi panas atas baju kesayangannya.

"Takpe cik, saya boleh ganti baju cik ni,tapi tolong maafkan saya cik.",Shah merayu.

Dia x kisah kalau kena ganti baju gadis sombong tu tapi dia cuma taknak ada masalah dengan orang macam tu. SERAM!!

Eisya ambil tas tangannya lalu dia berjalan ke arah pintu keluar. Sudahla dia memang tak ada mood, mamat tu boleh mengapi apikan dia lagi.Nana, Julia dan Shima pun bangun dan meninggalkan tempat itu.
***
Dalam kereta, memang tidak ada seorang pun berani bercakap atau membahaskan apa apa tentang kejadian tadi. Mereka bimbang Eisya akan melenting lagi. Keadaan dalam kereta SUNYI SEPI cuma hanya kedengaran suara Johan Raja Lawak yang sedang membaca tweet dari pendengar dalam radio Era.

Nana menghantar Eisya ke rumah dulu kemudiaan diikuti Julia dan Shima. Sebelun turun dari kereta, Eisya sempat meminta maaf kepada teman temannya kerana dia telah merosakkan suasana malam mereka.

"Sorry la korang, aku memang tak ada mood malam ni.", lalu Eisya berjalan masuk ke dalam rumahnya.

Nasiblah Eisya ada kawan kawan yang sangat memahami dan sentiasa menyokongnya.

"Mama dan papa dah pulang", keluh Eisya menuju kedalam biliknya bila melihat mama dan papanya sedang menonton televisyen dia ruang tamu.
***
Dia terus melemparkan badannya ke atas tilam. Penat sungguh dia rasa harini.

"Harap hari esok lebih baik dari hari ini dan rasa ini akan berubah", pinta Eisya setiap malam sebelum dia melelapkan mata.

Tanpa sedar, dia telah hanyut ke alam mimpi yang akan merehatkan minda dan hatinya sebentar dari kesakitan dan kekecewaan.

cinta yang hilangWhere stories live. Discover now