Hari ini kes penculikan Eisya di bawah akta penculikan dan gangguan seksual akan dibicarakan di mahkamah. Seperti yang dijanjikan, Shah adalah orang yang bertanggungjawab untuk membawa Eisya pulang ke Johor. Kali ini, emak pun turut datang bersama mereka ke Johor. Berubah angin orang kata maklumlah kesihatan pun sudah semakin membaik.
Mama, papa dan kawan kawan Eisya juga datang sebagai tanda tidak jemu untuk menyokongnya. Mama dan papa berjanji untuk tebus semula salah mereka malah mereka bangga mempunyai anak gadis seberani Eisya.
***
Selesai perbicaraan, Faris dan kawan kawannya memang disabitkan bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara oleh hakim. Eisya puas hati kerana Faris juga telah mengaku bahawa kemalangan yang dialami oleh Is dulu juga di bawah rancangannya.Semuanya telah terjawab. Kekeliruan dan kemusykilan juga telah dijernihkan. Betul lah kata orang tua tua, berani kerana benar, takut kerana salah.
Sewaktu Eisya berjalan keluar dari mahkamah, mama dan papa terus meluru ke arahnya. Mereka berdua tak henti henti meminta maaf padanya. Sebagai anak, perasaan bersalah dan kasihan sudah tentu muncul di dalam benaknya. Dia memaafkan mereka dan menjadikan kejadian masa lalu sebagai pengajaran dan pengalaman hidup.
Mama dan papa sempat menjemput Shah dan makcik Ida untuk datang ke rumah. Mereka ingin meraikan semula kepulangan Eisya ke rumah semula. Kalau maksu Hani ada sekali, tentu lebih seronok namun apakan daya dia seorang doktor yang sangat komitmen dengan tanggungjawab dan tugasnya.
***
Sementara menunggu makan tengah hari, mak cik Ida menceritakan perkara sebenar tentang hubungan antara Shah dan Eisya. Eisya rasa inilah masa yang sesuai untuk memperkenalkan jejaka yang telah mengetuk pintu hatinya sebanyak dua kali.Mama dan papa tidak pernah ada masalah dengan calon suami pilihan Eisya asalkan dia bahagia. Mereka yakin Eisya dapat membuat pilihan yang bijak.
Kedua dua keluarga mereka sudah bersetuju untuk mengikat talian Shah dan Eisya kepada ikatan suami isteri yang halal pada hujung tahun memandangkan pengajian mereka berdua pun akan tamat tidak lama lagi. Mereka berdua boleh menguruskan syarikat papa memandangkan papa tidak mempunyai kudrat yang cukup lagi untuk bekerja seperti dulu.
***
Masa yang ditunggu oleh Shah dan Eisya telah tiba. Akhirnya mereka berdua berjaya diijabkabulkan. Kedua dua keluarga mereka juga sangat serasi. Setelah berkahwin dengan Eisya, Shah telah bertukar ke Johor bersama ibunya supaya dia dan isteri lebih mudah untuk melawat dan menjaga mak."Sayang, terima kasih sebab dah bagi peluang kedua untuk abang."
"Sama sama. Tapi abang kena janji tak kan sia siakan peluang kali ni."
"Ya, takkan lah abang nak sia siakan isteri secantik dan sesempurna sayang ni."
"Manalah nak tahu. Lelaki ni mula mula ja manis. Lepastu dah jadi pahit balik."
"Abang bukan lelaki macam tu sayang. Abang akan sayangkan sayang sampai akhir waktu."
"Sayang pun akan sentiasa sayangkan abang sampai syurga."
***
Setahun dah berlalu dan cahaya mata yang ditunggu tunggu oleh Shah dan Eisya telah lahir. Putera sulung mereka itu telah menambah keserian dalam hidup dan membuka pintu rezeki dalam perjalanan hidup mereka dengan lebih luas."Abang, comel kan anak kita."
"Ya, comel macam sayang."
Eisya bersyukur kerana kehidupannya sudah menemui kebahagiaan yang diimpikan.
Benarlah rancangan dan aturan Allah adalah yang terbaik. Setiap kepahitan dan kegagalan pada masa lalu adalah sebagai ujian untuk menjadikan seseorang lebih tabah dan kuat pada masa akan datang. Jangan mengeluh dan terima dengan hati yang terbuka, pasti akan ada sinar yang menanti.