Prolog

9.7K 327 6
                                    

'I just need the love'

"AWAK.... Tolong jangan buat saya macam ni, saya sayangkan awak.. Awak tau kan saya dah berubah? "Anis menangis sambil memeluk kaki Adam. Tangisan itu Adam hiraukan sahaja. Sakit yang dia tanggung selama ini lagi pedih daripada ini.

Adam tersenyum sinis. "Kau jangan ingat aku nak bagi muka dekat kau lagi. Aku yang sekarang ni dah tak sama macam Adam yang dulu. Ingat tu! "Kepala Anis ditolaknya kasar.

"Adam! Maafkan saya.... "Rayu Anis dalam sendu. Kakinya dipeluk ke dada sebagai kekuatan. Dia tidak menyangka Adam Mikail akan menyimpan dendamnya sampai tahap macam ni sekali.

Tapi... Dia dah berubah. Tak salah kan dia jadi baik?

Lengannya yang lebam akibat genggaman tangan Adam yang kuat menyebabkan dia meringis kesakitan. Disentuh perlahan lebam itu. Perlahan-lahan air matanya keluar membasahi pipi mulusnya.

Kalau saya sedar benda ni dari awal, saya tak akan pernah buat awak macam tu. Atas apa yang saya dah buat pada awak, saya redha dengan apa yang awak lakukan ke atas saya.

Hanya satu saja yang saya harap daripada awak. Kemaafan awak untuk saya Adam. Hidup saya tak akan senang selagi awak tak maafkan saya. Rintih Anis humaira dalam hati.

Segala kesusahan yang dia alami, hanya dia yang tahu. Hanya dia pendam. Semua orang ingat dia bahagia bersama insan yang bernama Syed Adam Mikail tetapi sebaliknya.

Anis Humaira terus memejamkan matanya. Dia berharap agar mimpi indah yang akan menemani malamnya. Biarkan kesakitan hari ini hilang di bawa angin malam. Jika masalahnya boleh dibawa pergi seperti angin, sudah lama dia buang semua masalahnya dan lupakan.

Adam... Sejujurnya saya sayangkan awak!

Tok! Tok! Tok!

"Ya Allah, akak! Panasnya! "

Love's War✔Where stories live. Discover now