'I just need the love'
ANIS menarik bagasinya ke dalam bilik tersebut. Kepalanya terngiang-ngiang tentang kata-kata Adam. Punggungnya dilabuhkan di atas katil lusuh itu.
"Nilah bilik kau. Memang sesuai dengan kau.Boleh kalau nak masuk bilik aku tapi kalau kau nak layan aku jelah. "
Apa? Teruk sangatkah dia. Mana Anis yang pantang dicabar dulu. Mana? Mungkin dah hilang barangkali. Puan Aisyah juga sudah tidak mahu mengaku dia sebagai anak. Dia sudah kecewakan banyak hati. Dia tahu ini adalah akibat dari semua dosa-dosa dia.
Tiba-tiba matanya teralih ke arah kain telekung yang tergantung di hadapan almari. Hatinya rasa hiba. Perlahan-lahan dia menapak ke arah itu dan mencapai telekung tersebut.
"Ya Allah.... "Sebut Anis. Air matanya lagi sekali gugur. Bukan disebabkan Adam tetapi dia sedih kerana sudah lama dia tidak meletakkan dahi sucinya di tikar sejadah.
Kain telekung tersebut dipeluk erat di dada. Jam di dinding dipandang sekilas. Sudah masuk waktu asar.
Terus dia masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri. Sudah lama dia tidak mengambil wuduk. Segala apa yang dipelajarinya tentang solat cuba diingati satu persatu.
Setelah selesai, Anis siap memakai telekung dan bersedia untuk solat.
"Allahuakbar! "Hati Anis menjadi hiba setelah mengucapkan kalimah itu.
Sesunguhnya pada saat ini, Anis kembali menjadi Anis yang dulu. Anis yang taat pada perintah Allah. Dia bertekad demi masa depan rumah tangganya.
'Saya akan tebus kesalahan saya dekat awak Adam.. Saya janji akan buat apa sahaja untuk meraih kemaafan awak... '
-------------------╮(╯_╰)╭----------------
Sudah pukul 1 pagi tetapi kelibat Adam pun belum lagi dia nampak. Adam pergi mana.
Tiba-tiba dia terdengar deruman kereta dari luar. Terus kakinya dilangkah laju menuju ke pintu utama. Bukan main terkejut dia apabila Adam berjalan terhuyung-hayang ke arah pintu. Cepat-cepat Anis membuka pintu.
"Sayang.... "Ujar Adam apabila ternampak kelibat Anis.
Macam nak tercabut jantung Anis apabila Adam memanggilnya sebegitu. Terus dia memapah Adam ke bilik.
Selesai sahaja meletakkan Adam ke atas katil, Anis terus bangun untuk beredar dari situ.
Tetapi dia kembali terlentang atas katil apabila Adam menarik tangannya kasar. Dia menjadi semakin takut apabila Adam naik menindih tubuh kurusnya.
"Adam... Apa awak n–nak buat ni? Awak mabuk ni... Adam... "Rayu Anis apabila Adam merentap kuat baju tidur Anis sehingga kancing bajunya terlerai.
Adam tersenyum puas apabila dapat menatap permandangan indah di hadapan matanya. Dia sudah tidak mempedulikan rayuan Anis. Apa yang dia tahu sekarang ni, dia inginkan tubuh cantik di hadapannya itu.
Anis tidak rela dengan sentuhan Adam. Dia belum bersedia. Air mata Anis semakin membasahi pipi gebu Anis.
Malam itu menjadi saksi Anis menjadi hak mutlak Adam.
-------------------︶︿︶-----------------
Pagi itu, Anis menangis teresak-esak. Dia tidak menyangka Adam akan melakukannya seperti itu. Adam tersenyum sinis sambil membetulkan rambutnya di hadapan cermin.
"Aku pergi dulu. Thanks for your service.. Thanks jugak lah sebab i am the first man.. By the way, aku bagi bonus kat kau.. "Duit ditabur di atas katil oleh Adam.
Adam berpura-pura mabuk sebenarnya semalam. Tak sangka pulak semalam dia akan mendapat habuan. Dia tersenyum senget sebelum motosikal berkuasa tinggi itu membelah jalan raya.
Anis menggenggam kemas comforter di tubuhnya. Matanya kemas memandang duit yang ditabur Adam. Dia tak perlukan duit itu. Dia hanya inginkan kemaafan lelaki itu. Dia bukan pelacur tetapi dia seorang isteri yang harus dilayan selayaknya oleh seorang insan bergelar suami.
-----------------o>_<o~----------------
Anis terpaksa mengambil teksi untuk ke universiti. Anis dah mula memakai pakaian yang sopan sedikit. Nak pakai tudung tapi tudung dia tidak punya. Kena beli dululah.
Terus bibirnya mengorek senyuman apabila matanya tertancap ke arah Zahira.
"Beb! Aku rindu kau... "Ujar Anis dan terus memeluk badan Zahira erat.
Zahira tersengih. "Aku pun rindu kau.... Macam mana Adam? Okey? "Soal Zahira.
Anis mengangguk perlahan. "Dia.. Dia.. Okey je... Kau macam mana? "
Apabila sebut tentang Syakir, terus hatinya berbunga. "Lepas kahwin ni.. Syakir bertambah sweet kau tau? Dia buat aku lagi bertambah sayang tau dekat dia. "
Anis tersenyum nipis menutup seribu duka di hatinya. "Wah.. Untunglah.. "
"Apa yang untungnya.. Kau tu lagi best dapat suami satu u... "Usik Zahira.
Usikan Zahira langsung tidak menimbulkan rasa seronoknya dengan Adam.
YOU ARE READING
Love's War✔
Romans❌DILARANG SAMA SEKALI DARI MENIRU CERITA INI. ❗CERITA INI 100% DIKERAH DARI OTAK SAYA. "kau ni kerek ah, ada hati nak kawan dengan aku! Kau cerminlah diri kau tu dulu baru fikir macam mana nak kawan dengan aku! "-Anis Humaira. Setiap kata-katanya...