"Eh, aku tengok mamat tu asyik pandang kau je, Anis. "Zahira menjuih bibirnya ke arah seorang lelaki yang memakai cermin mata bulat itu.
Anis terus mengalih pandangannya ke arah lelaki tersebut. Dahinya dikerutkan. "Mamat tu kau cakap dia pandang aku? "Soal Anis tanda tidak percaya. Bukan taste dialah kalau macam itu rupanya.
"Yelah, tadi aku tengok. Dah kau pandang je sini. Tak payah nak tengok dia. "Ditariknya Anis ke hadapan.
Dahlah cermin matanya bulat besar, rambut sisir rapi ke tepi, baju kemeja butang kemas sampai atas, bila jalan je peluk buku. Ish! Tak nak lah macam tu.. Euwww...
Selesai saja makan, Anis dan Zahira terus beredar dari kafe tersebut.
Adam memasamkan mulutnya apabila Anis dah beredar dari situ. Agaknya diorang dah perasan kot yang dia asyik pandang Anis. Hmm... Desisnya dalam hati.
Terus dipeluknya buku ke dada. Beg laptopnya digalas. Terus dia berjalan ke keretanya. Bila Anis dah pergi dari kafe, dia dah tak ada semangat nak sambung buat kerja.
------------------------------------
Anis terus memboloskan dirinya ke dalam kereta. Terus dia tepuk kepala sendiri apabila melihat si nerd juga masuk ke dalam kereta. Dahlah parking di sebelah kereta dia pulak tu.
"Ira, kau tengok kita nak balik dia pun nak balik. Apa masalah dia ni? "
Zahira mengangkat bahu tanda tidak tahu. "Aku rasa dia syok kat kau lah.. "
Anis membuat muka jijik. "Ishh, tak nak lah aku... Kau tunggu aku jap! "
"Eh, kau nak pergi mana? "Soal Zahira.
"Tunggu jelah! "
Terus dia bergerak ke arah Adam yang menyimpan barangnya di belakang kereta.
"Kau ikut aku eh? "Soal Anis dengan kasar.
Adam terus memalingkan badannya ke hadapan sambil menggeleng.
"Kau jangan ingat aku tak tau yang kau asyik pandang aku kan?! "Soal Anis lagi separuh menjerit.
"A... Awak... Ma.. Mana ada saya pandang awak.. Ni pun saya dah nak balik.. "Ujar Adam tergagap-gagap.
"Lagi sekali aku tengok kau pandang aku siap kau! "Ugut Anis.
Sekali lagi Adam mengangguk faham.
Tak kisahlah, apa awak nak cakap dekat saya. Apa yang saya tau saya sukakan awak! Gumam Adam.
Kereta pun dah sama nerd dengan tuan. Ish! Gelilah aku. Hina Anis.
------------------
"Perghh!! Gila-gila kau hentam dia kan? Macam mana nanti kalau dia dah handsome and tak nak kan kau dah? "Ujar Zahira main-main.
"Ish!!! Yang aku tau sekarang ni dia tu nerd. Bukan taste akulah ira kalau fizikal dia yang macam tu.. Ramai lagilah lelaki yang nakkan aku! "Anis humaira terus mengipas mukanya dengan tangan.
"Jangan kata-kata kau tu makan diri kau balik nanti aku tak nak masuk campur... "Perli Zahira sambil memulakan perjalanan untuk pulang ke rumah.
"Do I care? Huh! "
Sombong betul kau, Anis. Kau bukannya kenal pun dengan keluarga si Adam tu. Gumam Zahira perlahan.
"Kau ada cakap dengan aku ke? "Soal Anis apabila dia terdengar suara Zahira.
"Eh taklah...aku nyanyi je tadi.. Hehe"dalih Zahira. Mujur saja dia tak dengar. Fuh! Mujur dia tak dengar.
"Weyh.. Malam ni kau keluar ke tak? "Soal Anis sambil membelek kukunya.
Zahirah mengangguk. "Keluar kot. Kau? "
"Jom pergi club nak? "Ajak Anis.
"Ikut kau lah... "
"Ni yang buat aku suka kawan dengan kau ni.. "Terus dicuitnya bahu Zahira.
-------------------------
"Lambat Mika balik hari ni? "Tegur bik yam.
Adam senyum manis. "Mika ada kerja nak siapkan cepat tadi. Tu yang Mika balik lambat tu. Syakir datang sini ke? "
Bik yam mengangguk. "Ada kat atas tu. Dia cakap nak jumpa Mika. Lama tak jumpa katanya. Dahlah,bik yam nak ke dapur dulu. "
Adam menggigit bibir sendiri. Buat apa pulak dia datang sini.
Terus Adam naik ke atas. Biliknya dituju. Dia lihat Syakir enak membuat tahi mata di atas katil empuknya.
"Pergh.. Sedap kau tidur atas katil aku! "Terus bantal diambil dan dibaling ke badan Syakir.
"Ish! Apa kau ni main baling-baling ni.. Aku nak tidur lah... "Rungut Syakir.
Adam mencekak pinggangnya. "Takde takde.. Kau bangun sekarang! "
Atas arahan dan desakan tuan rumah, terus Syakir lompat bangun. Bukan main terkejut dia dengan keadaan sepupunya itu.
"Ni kau ke Mika? "Soal Syakit dengan riaknya yang sangat terkejut.
Adam menjongket keningnya lalu cermin mata bulatnya dibuang dan diletak ke atas meja. "Kenapa? Kau terkejut ke? Ke kau dah tak nak mengaku aku ni sepupu kau? "
"No! Tak, bukan tu maksud aku. Macam kau boleh berubah jadi er... Nerd macam ni? "
Adam terus duduk di sofa yang berada di hadapan katilnya. "Saja je.. Aku nak try kalau fizikal aku macam ni ada ke orang yang nak dekat aku. "
"Kau biar betik? "
"Betiklah.. Hehe... Betullah.. Apa? Salah ke aku pakai macam ni? "
"Tak salah Mika cuma tak sesuai ah dengan kau. Kau handsome kot. Buat apa nak pakai macam ni sekali. Tengok aku yang lelaki pun dah terpuji kau! "Panjang lebar Encik Syakir membebel. Mentang tak jumpa sepupu a.k.a bffnya. Heh.
"Kau tak payah risaulah.. Aku selesa pakai macam ni"
"Suka hati kaulah Mika. Janji kau happy.. Bro, malam ni jom keluar? "Ajak Syakir.
"Mana? "
"Kau ikut jelah.. Make sure kau jangan pakai macam ni.. "Pesan Syakir sambil menepuk bahu adam lalu keluar daripada bilik itu.
To be continued....
Sampai sini saja update saya.... Ini sebagai perkenalan sahaja...
Much love,
Peanut...
YOU ARE READING
Love's War✔
Romance❌DILARANG SAMA SEKALI DARI MENIRU CERITA INI. ❗CERITA INI 100% DIKERAH DARI OTAK SAYA. "kau ni kerek ah, ada hati nak kawan dengan aku! Kau cerminlah diri kau tu dulu baru fikir macam mana nak kawan dengan aku! "-Anis Humaira. Setiap kata-katanya...