"ANIS jaga diri baik-baik ye, nak? "Tubuh Anis dipeluk erat oleh Puan Aisyah bagai tidak mahu melepaskan tubuh itu.
Adam yang baru sahaja memasukkan bagasi mereka ke dalam bonet kereta, terus menghampiri Puan Aisyah. Tangan tua itu disalamnya hormat. Terasa bahunya diusap lembut. Puan Aisyah mempamerkan senyuman manis pada Adam.
"Terima kasih Adam sebab tukarkan bumbung rumah, mak, "puas ditegah supaya menantunya itu tidak berhabis duit untuk rumahnya namun langsung tidak dihiraukan. Katanya, mahu Puan Aisyah duduk selesa.
"Tak de apalah, mak. Adam buat semua ni untuk mak. Nanti ada masa kami tidur sini, lagi, "ujar Adam sambil senyum.
"Jangan lupa telefon mak ye, Anis? "Pesan Puan Aisyah lagi. Kalau diikutkan hatinya, dia tak nak Anis balik lagi. Belum puas dia mahu bermanja. Mahu melepaskan rasa rindu yang bertandang.
"Ye, mak. Anis tak lupa. Mak tu jangan lupa makan ubat. Ada apa-apa masalah terus bagitau Anis tau? Mak.. Kalau mak ikut Anis lagi bagus, mak, "laju Puan Aisyah geleng kepala.
"Bukan mak tak mau, tapi lagi elok kamu berdua ada privasi. Tak naklah mak, kacau kamu berdua, "sela Puan Aisyah. Tak pernah terfikir mahu duduk dengan anaknya itu. Rumah ni pun, dia perlu urus. Takkan sesekali dia tinggalkan peninggalan arwah suaminya ini.
Anis menghela nafas berat. Rasa malas dan berat hati mahu tinggalkan Puan Aisyah sendirian.
"Mak jaga diri, ye? "
"Ye.. Mak taulah, jaga diri mak macam mana. Anis tu tengah mengandung tu jaga kandungan elok-elok, "pesanan daripada Puan Aisyah, Anis semat dalam ingatan.
Dalam kereta, Anis rasa tenang apabila Puan Aisyah sudah terimanya kembali. Sekilas dipandang Adam yang tengah memandu. Ketara jawline Adam apabila dipandang dari tepi begini. Terasa dirinya beruntung pula dapat suami pakej lengkap macam Adam.
"Tak puas ke tenung abang? "Tegur Adam apabila tertangkap Anis ralit memandangnya. Adam kalih kepala menghadap Anis apabila berhenti di lampu merah.
Anis mula rasa gelabah. Ehek, acah gelabah kejap. Kepala laju digeleng laju. Tapi... Memang betul pun rasa tak puas nak tenung muka suami sendiri. Mata helang Adam benar menggoda imannya.
"Dah tu... Duduk diam-diam, "
Tercengang Anis. Eh, dia marah ke apa ni? Anis terus menjuih bibir ke hadapan. Adam sombong pula.
"Bukannya apa takut abang ni tak fokus drive je bila awak asyik pandang abang macam tu, "
"Macam tu pulak ke? "Gumam Anis. Pelik.
"Puan Anis... Bila awak pandang abang macam tu, buat abang nak je berhenti kereta tepi jalan sekarang ni, "dengar suara Adam yang kedengaran agak nakal itu buat Anis terus duduk diam. Faham sangat dengan apa yang cuba cakapkan tu. Oh, ini bahaya.
Adam sengih lucu. Tahu pun takut. Pandang macam tu lagi.
"Awak nak makan apa ni? Kita berhenti rnr dulu, okey? "Soal Adam sebaik sahaja masuk ke rnr.
Anis ligat fikir. Entahlah nak makan apa. Apa-apa jelah.
"Tengok dululah. Anis tak tau nak makan apa, "
Adam angguk sekilas sebelum memarkirkan keretanya.
3 BULAN KEMUDIAN...
Bila usia kandungan mula mencecah ke lima bulan lebih ni, Anis kerap jugalah rasa mudah penat. Habis sental dapur rumahnya, Anis terduduk lelah di kerusi. Adam pula memang hilang ke pejabat.
Anis capai telefon bimbitnya apabila bingit berbunyi. Tertera nama Zahira di skrin telefon. Sempat dahi Anis yang berpeluh Anis sapu dengan tuala kecil di lehernya.
"Hello, ada apa ni? "Sapa Anis terus.
"Waalaikumussalam, mak cik, "jawab Zahira buat Anis termalu sendiri. Laju dia beri salam semula. Faham jelah, orang tengah penatlah.
"Ha pandai pun. Waalaikumussalam... "Panjang salam yang di jawab Zahira. Heh, ada apa pulak la mak cik ni.
"Ada apa ni kau call aku? "Tanya Anis kerana malas mahu bermain-main lagi. Siku ditahan malas atas meja makan.
"Kau taukan yang aku dah mengandung tiga bulan tali tulah... Aku tak tau kenapa masih tak boleh nak dekat dengan Syakir. Aku tak tahan bau dia... Kesian dia weyh.. "
Anis rasa nak ketawa mendengar aduan Zahira. Mujurlah, dia tak macam tu. Kalau tak naya Adam mahu berjauhan dengan dia. Sudahlah setiap malam dia bagaikan bantal peluk lelaki itu.
"Dah tu, nak buat macam mana.. Kau sumbat jelah lubang hidung kau tu dengan tisu, "Terus berderai ketawa Anis apabila mencadangkan itu. Tak boleh bayang dia bila Syakir balik kerja je terus terjojol Zahira yang elok sumbat hidung dengan tisu.
"Kau ni agaklah. Kang pengsan pula aku tak cukup oksigen, "Anis dengar Zahira mengeluh di hujung talian. Siannn.. Kawan dia ni.
"Nak buat macam mana lagi.. Tahan jelah wahai ira.. "
"Kau senang aa cakap, kang Syakir cari lain..merana aku, "Zahira mula fikir bukan-bukan. Anis pula sudah mengucap panjang.
"Apa kau ni? Kau mengandungkan anak dia, dia takkan curanglah.. Kalau tak, dari awal lagi kau dah dapat madu, "sela Anis. Pandai je dia nasihatkan orang. Adam sendiri pun sekarang asyik sangat bergayut dengan telefon dia.
Anis tak tau apa yang Adam buat. Haih... Husnuzon jelah Anis..
"Yelah, yelah... Okeylah. Aku nak sidai baju kejap, "selepas mengucap salam terus talian dimatikan.
Anis juga dengan berat bangun dari kerusi menuju ke bilik mahu mandi. Melekit dah badan dia rasa.
BERDEKAH-DEKAH Adam ketawakan Syakir yang terang-terangan menunjukkan muka tidak puas hati padanya.
"Seronok aa kau gelak dekat aku, kau tak kena.. "Syakir tayang muka cemberut.
"Relax aa.. Kau sensitif sangat ni, bro, "Adam betulkan duduk di kerusinya. Rasa lucu apabila Syakir diabaikan isterinya.
"Mana ada aku sensitif. Cuma tulah.. Buat masa sekarang memang aku tak boleh dekat dengan Ira, "Syakir mengeluh sedikit. Nak buat macam mana. Nasib badan..
Kepala mereka teralih apabila satu susuk tubuh cantik masuk ke dalam pejabat Adam. Adam senyum melihat gerangan itu. Syakir sudah terbeliak mata. Dipandang Adam dan gadis itu bersilih ganti.
"Dayana? "Getus Syakir dengan riak terkejut.
Dayana tayang senyum manis pada Syakir. Dengan tangannya memegang beg tangan di hadapan. Manis Dayana bertudung. Stok bini baru ke apa ni? Bila lihat senyuman Adam macam tu.
"Yeah.. That's me.. Dayana.. "
Huehuehue.. Dia datang.. Dengan lenggang lenggoknya~~
Di kesempatan ini, saya nak ucapkan selamat menyambut Ramadhan al-mubarak.. And stay safe, guys..
Jemputlah baca story baru saya..
Takdir Ainan
YOU ARE READING
Love's War✔
Romance❌DILARANG SAMA SEKALI DARI MENIRU CERITA INI. ❗CERITA INI 100% DIKERAH DARI OTAK SAYA. "kau ni kerek ah, ada hati nak kawan dengan aku! Kau cerminlah diri kau tu dulu baru fikir macam mana nak kawan dengan aku! "-Anis Humaira. Setiap kata-katanya...