ENTAH kenapa malam ini perut benar-benar rasa nak makan sesuatu. Dahlah tengah malam dah sekarang ni. Dengan Adam yang sudah tidur nyenyak di sebelah siap dipeluknya pinggang dia lagi. Dia jadi serba salah nak bangun.
Tapi, masalah dia sekarang ni dia lapar nak kubis goreng hasil air tangan Adam. Macam mana ni? Rasa kecur liur pula sebut. Padahal kubis goreng je.
Dengan tak nak ikut rasa hati, Anis bangun untuk masak sendiri. Seingat dia, ada kubis di dalam peti sejuk. Disebabkan gerakan yang banyak Anis buat ketika itu, Adam mencelikkan matanya kecil kerana masih rasa mengantuk.
"Kau nak ke mana pula? "Soal Adam mendatar.
Anis garu kepala sendiri.
"Saya lapar, "
Adam terus bangun duduk. Kening Anis dah bertaut sendiri. Dia yang lapar kenapa Adam yang bangun? Even dia sekarang ni benar mahukan kubis goreng hasil masakan Adam. Cuma... Dia takut nak minta.
"Kenapa awak bangun? "Ujar Anis pelik. Macam mana dia nak suarakan apa yang dia nak sekarang ni. Adam nak ke masakkan untuk dia?
"Kenapa? Tak boleh ke kalau aku bangun? Ada masalah dengan kau ke? "Masih Adam dengan egonya. Padahal, dalam hati risau dengan Anis yang nak turun dapur seorang diri malam buta begini.
Anis kemam bibir. Macam mana dia nak minta? Cadar katil digenggamnya. Takut benar nak minta pada Adam.
"Kenapa kau tak bangun lagi? "Adam pelik tengok Anis yang masih statik di situ. Dengan kemam-kemam bibir macam tu. Nak goda dia ke apa?
"Kk–kalau.. Ss–ssaya nak minta satu benda boleh? Malam ni..... Je, "dengan mimik muka separuh merayu pada Adam, Anis tayang.
Pada mulanya berkerut kening Adam tapi selepas itu, Adam senyum nakal. Sampai merayu-rayu minta. Adam senyum senget. Segera Adam dekatkan badannya pada Anis. Sudahlah tidak berbaju, meliar mata Anis pandang badan seksi Adam.
Anis tahan badan Adam yang mula mendekat padanya. Apa Adam fikir ni?
"Awak janganlah dekat... "Tolak Anis.
Mati senyuman nakal Adam.
"Kau yang minta kan? "
"Tak.. Bukan saya nak yang tu... Saya lapar kubis goreng yang awak masak... Please.... "Pinta Anis. Dalam hati berdongkol dia berdoa supaya Adam lembut hati. Kalau tak mandi air mata lah dia sambil tidur.
Adam mendengus. Kemudian, Adam gelak sinis.
"Kau rasa aku nak ke buat? "
Terus keruh muka Anis. Dia lupa Adam takkan penuhi permintaan dia. Lagipun, Adam bencikan dia. Anak dalam perut dia pun Adam tak peduli. Dengan rasa sebak Anis turun dari katil. Mukut diketap rapat.
Tak pelah. Dia goreng sendiri walaupun rasa nak makan yang masak sendiri tu takde. Anis terfikir, kalau suami orang lain pasti sudah tunaikan apa yang isteri mereka idamkan.
"Nak ke mana tu? "Tanya Adam apabila melihat Anis yang laju turun tidak menjawab kata-kata dia.
Anis tahan air mata.
"Saya nak turun goreng kubis. Even bukan yang awak buat pun, saya tetap nak makan. Saya teringin sangat, "Anis mula sarung selipar untuk keluar dari bilik.
Belum sempat tombol pintu dipulas, Adam tarik lengan Anis.
"Tak payah nak sebak sangatlah. Jom, aku buatkan, "Adam pulas tombol pintu dan keluar dari bilik diikuti langkah Anis.
Hilang rasa nak menangis Anis. Anis simpul senyum. Tak sangka Adam masih ada rasa kasihan padanya.
"Jangan nak senyum sangatlah, "tegur Adam. Mati senyuman Anis. Adam ni ada mata belakang kepala ke apa? Tahu je yang dia tengah senyum.
Lantalah, asal dia dapat makan kubis goreng hasil air tangan Adam.
Anis duduk bertenggek di atas kerusi. Diperhati gerak geri Adam yang sibuk mengambil kubis dari dalam peti sejuk. Dari Adam potong kubis, potong bawang semua Anis perhati.
Adam nampak seksi time memasak macam ni.
"Aku buat semua ni pun sebab aku tak nak anak aku air liur meleleh je time dia lahir nanti, "kata Adam sambil menumis bawang.
Terus Anis diam. Mati segala lamunan dia. Kau kena sedar Adam tak pernah buat apa-apa demi kau.
Laju mulut Anis menyoal. "Awak anggap ni anak awak ke? "
"Sebelum aku goreng mulut kau dalam kuali ni, baik kau diam, "bentak Adam. Besin kubis Adam hentak kuat menyebabkan bahu Anis terhinjut.
Dalam marah-marah, Adam tetap menyambung kerjanya. Anis hanya diam dan pandang sahaja apa yang Adam buat.
Siap semua, Adam letak mangkuk berisi kubis goreng di hadapan Anis. Anis telan liur melihat itu. Nampak begitu menyelerakan walaupun sebelum ini dia tidak sukakan kubis.
Laju tangannya menyenduk nasi ke dalam pinggan.
"Awak nak makan sekali tak? "Soal Anis apabila Adam hanya diam memerhati dirinya. Rasa malulah pula. Tapi demi perutnya, Anis terus hilang rasa malu.
"Kalau aku makan tengah malam macam ni, boroilah perut aku. Macam mana aku nak cari madu untuk kau,"sela Adam selamba. Anis yang sedang menyuap nasi ke dalam mulut tiba-tiba rasa mati selera.
Adam ada niat nak kahwin lain ke?
"Aa–awak, ada niat nak kahwin lain ke? "
"Kau makan bagi habis sekarang. Penat aku masak malam-malam buta macam ni, "Adam tidak menjawab soalan Anis.
Dengan lambat-lambat Anis makan tapi habis jugalah dua pinggan. Nampak sangat dia benar berselera. Sedap juga kubis goreng Adam.
Selepas terlepas sendawa, Anis tersengih. Tak senonoh punya perangai. Dahlah depan Adam. Adam pula seperti tiada perasaan.
"Thanks, awak... "
Tanpa membalas, Adam terus meninggalkan Anis sendirian di dapur. Anis mengeluh, baru tadi Adam macam okey jugalah dengan dia. Sekarang dingin balik. Tanpa membuang masa, Anis kemas pinggan yang dia makan.
Baru terasa mengantuk, selepas perut sudah diisi. Bolehlah dia mimpi indah malam ni. Walaupun hanya dengan masakan Adam, Anis rasa beruntung sangat malam ni.
Berharap semuanya bukan mimpi....
Ehek...
Main taip je... Sorry la kalau tak memuaskan... Hehe..
YOU ARE READING
Love's War✔
Romance❌DILARANG SAMA SEKALI DARI MENIRU CERITA INI. ❗CERITA INI 100% DIKERAH DARI OTAK SAYA. "kau ni kerek ah, ada hati nak kawan dengan aku! Kau cerminlah diri kau tu dulu baru fikir macam mana nak kawan dengan aku! "-Anis Humaira. Setiap kata-katanya...