DI dalam kereta Anis hanya menyepikan diri. Diam tidak berkutik. Entah kenapa dia rasa tergugat dengan gadis cantik itu. Melihatkan kemesraan mereka berdua tadi benar buat Anis rasa sakit hati. Adam kerling Anis dengan ekor matanya. Rasa lucu tengok muka cemberut Anis.
"Sayang... Dah, dahlah merajuk tu... "Adam rasa nak ketawa tapi mengingatkan Anis yang tengah merajuk ni, Adam tahankan hatinya.
Anis diam dan buang pandang ke luar. Malas nak cakap dengan Adam. Adam pasti tengah seronok mahu ketawakan dia. Mentang-mentanglah ketara sangat cemburu dia ni. Sabar jelah dapat suami kacak macam Adam ni. Selalu aje rasa tercabar dengan perempuan cantik macam si Dayana tu.
"Dayana tu.. My old friend la sayang.. Tak de apa lah dengan dia, "Adam cuba terang situasi sebenar apabila melihat Anis yang hanya menyepikan diri begitu. Cemburu sangat ke Anis?
Adam mengeluh kecil sebelum tangan Anis digenggamnya lembut. Meyakinkan Anis bahawa dia memang sayang wanita itu dari dulu lagi. Ibu jarinya mengelus kekura tangan Anis lembut. Adam cuma belum bersedia mahu ucap kata cintanya pada Anis. Dia tak nak sakit lagi nanti. Tapi, apa yang tunjuk sudah cukup memadai kan?
Anis pandang tangannya yang digenggam tangan Adam. Adam yang tenang memandu, dipandangnya dengan air mata yang mula bergenang. Aduh... Kenapa sensitif sangat ni wahai hati?
"Anis... Anis cuma takut... "
"Nak takut apa nya? Abang suami awak kan? "Sela Adam lembut. Dikerling sedikit muka Anis yang ketara sedih akibat terlampau cemburu itu. Alahai... Comelnya awak...
Anis telan liur. Ya, Adam suami dia.. Tapi dengan apa yang berlaku sebelum ni buat Anis rasa dia tak layak untuk Adam. Dengan perangai buruk dia dulu. Dengan hinaan dia pada Adam dulu pada Adam buat Anis rasa agak malu dengan Adam.
"Dah, jangan nangis okey? "Adam seka air mata Anis dengan tangan kirinya. Diusap sedikit pipi lembap Anis. Terus Anis ambil tangan Adam dan digenggam lembut. Rasa tak nak lepas lagi tangan kekar ini.
Setelah beberapa minit diam, Anis terus menyuarakan hasrat hatinya kepada Adam.
"Abang... "Panggil Anis sebelum Adam menyahut.
"Kalau kita balik kampung jenguk mak Anis boleh? Anis rindu dia... "Ujar Anis. Rasa sebak bertandang apabila teringatkan Puan Aisyah. Ibunya itu sihat ke?
"Bila nak balik? Abang kena cakap dekat papa dulu la. Sebab senang sikit, "
"Ikut la bila abang free. Bila pun tak pe. Anis rindu mak.. "Gumam Anis. Anak mana yang tak rindukan ibunya. Anis rasa semua tu sebab Puan Aisyah buang dia pun sebab malu dengan sikapnya.
Adam mengangguk perlahan.
"I think next week boleh kot. Tapi kena roger papa dulu la, okey? "Cadang Adam sambil stereng keretanya mula dipulas ke kanan. Adam mahu singgah restoran dulu untuk makan tengah hari.
Kasihan pula mahu suruh Anis masak. Hari ini, biar dia rehat pula.
"Awak nak makan apa? "Tanya Adam apabila sudah duduk di dalam restoran.
Anis diam dulu sebelum dia fikir rasa nak makan nasi ayam. Rasa teringinlah pula.
"Nak makan nasi ayam lah. Rasa teringin lah pula, "ujar Anis sambil tayang senyum manis.
"Okeylah nasi ayam buat dua. Orange and sayang nak air apa? "Adam terus pandang Anis kembali.
"Samalah dengan abang, "Anis tak nak fikir lagi.
Adam pandang waitress itu balik. "Nasi ayam dua and orange pun buat dua, "ujar Adam sambil tayang senyum manis pada gadis itu. Boleh cair tengok senyuman Adam ketika itu. Gadis itu mengangguk kecil sebelum berlalu pergi.
Anis terus sepak kaki Adam. Asal senyum manis sangat?
"Aduh.. "Adam mengaduh kecil apabila betisnya disepak kuat di bawah. Asal isterinya ini semakin mengganas eh? Hormon ibu mengandung ke apa ni?
"Kenapa abang senyum manis sangat? "Anis sudah mula berpeluk tubuh. Adam pula sudah tepuk dahi. Ya Allah..
"Abang senyum pun salah ke? "
"Dulu kemain abang susah nak senyum. Sekarang ni... "
"Abang tengah bahagia la sekarang ni... Semua masalah dah hilang buat abang senang je nak senyum, "awal-awal lagi Adam dah potong apa yang Anis nak cakap. Ni kes cemburu lagilah ni.
"Dah jangan nak fikir lebih-lebih. Kang anak kita masam je muka macam mama dia ni, "usik Adam sambil ketawa kecil. Kepala digeleng perlahan. Macam-macam si Anis ni.
"Anis cuma.. "
"Abang tau awak tak boleh kalau abang tengok perempuan lain.. Semua tu abang tau.. Sekarang awak kenalah percaya yang abang sayang awak seorang je. Dah tak de orang lain dalam hati abang ni.. "Adam pegang dadanya di hadapan Anis. Anis pula sudah mula senyum-senyum kecil. Dia pun tak faham dengan diri sendiri. Sensitif tak kena tempat.
Anis diam. Rasa nak marah diri sendiri sebab terlalu sensitif selepas aje Adam jumpa Dayana tadi. Dah kenapa dengan dia?
"Sorry abang.. Anis sendiri tak tau kenapa Anis macam ni, "
Adam tahan senyum. Adam agak mungkin Anis tengah mengandung. Jadi, Anis agak sensitif sikit.
"Tak de apa lah, "
SEMUA barang keperluan dimasukkan ke dalam satu bagasi untuk dibawa pulang ke kampung. Dalam hati Anis kejap rasa teruja, kejap rasa takut. Macam mana reaksi Puan Aisyah nanti bila tengok dia balik.
Tengah lipat baju, tangan Anis terus terhenti kerana risau. Matanya tunak memandang hadapan dan mulutnya dikemam. Gigi diketap.
"Eh,termenung pula dia. Kenapa ni?"soal Adam terus sebaik sahaja keluar dari bilik air.
Tersentak Anis. Matanya cuba diluaskan. Anis cuma takut dengan penerimaan Puan Aisyah nanti. Sungguh dia mahu meminta ampun pada ibunya itu sungguh-sungguh. Anis takut Puan Aisyah akan buang dia sampai bila-bila. Anis tak nak perkara itu terjadi.
"Anis.. Takut mak tak terima Anis lagi... "Gumam Anis.
Adam terus berjalan mendekati Anis. Ditayang senyum mesra.
"You have me right? Every difficult things we will through it together, okay? "Adam pandang Anis lembut. Anis hanya tersenyum hambar. Rasa lega dengan kata-kata Adam.
"Dah. Jangan risau lagi, "Adam gosok rambut Anis sebelum berlaku ke almari.
Siap semua kemas, Anis pula berlalu untuk mandi. Dalam hati berdoa agar Puan Aisyah dapat terima dia semula..
Dia harap sangat itu...
Next part....
"Kenapa Anis balik lagi? Nak malukan mak lagi ke? "-Puan Aisyah.
"Anis dah berubah mak... Anis nak mak... "-Anis
"Mak.. Anis dah banyak derita dengan saya mak.. Maafkan Anis mak? "-Adam
YOU ARE READING
Love's War✔
Storie d'amore❌DILARANG SAMA SEKALI DARI MENIRU CERITA INI. ❗CERITA INI 100% DIKERAH DARI OTAK SAYA. "kau ni kerek ah, ada hati nak kawan dengan aku! Kau cerminlah diri kau tu dulu baru fikir macam mana nak kawan dengan aku! "-Anis Humaira. Setiap kata-katanya...