'I just need the love'
ADAM boleh beriak selamba ketika turun ke bawah mengganggu Adawiyah menonton drama korea. Adawiyah menggumam geram apabila Adam dengan selamba badak menukar rancangan yang dia tonton.
"Abang... Tukarlah balik siaran tu.. "Marah Adawiyah. Matanya dipincing ke arah Adam.
Adam buat biasa sambil tangannya dimasukkan ke dalam plastik kacang Adawiyah dan dijemputnya kacang tersebut.
"Tukarlah balik... "Adawiyah mula mengongoi apabila Adam hanya buat tidak tahu. Dengan selamba kacang tersebut dimasukkan ke dalam mulut.
"Gambar apa kau tengok tu, tak bestlah, "komen Adam. Rancangan binatang ni juga yang dia nak tengok. Ish! Tak suka.
Adawiyah cuba merebut kembali remote control di tangan Adam. Laju Adam larikan tangannya. Kurang asam punya abang!
Adawiyah langsung tidak mengalah. Demi abang Korea punya pasal, Adawiyah sanggup berebut alat kawalan jauh dari abangnya. Lantaklah nak bergusti sekalipun.
Sharifah Marhaida yang juga baru turun terkejut melihat anak-anaknya yang berada dalam gelanggang gusti, menegur.
"Apa kamu berdua ni? Ha Mika, mana Anis? "Tanya Sharifah Marhaida apabila hanya kelibat Adam di bawah ini.
Adam tidak bereaksi apa-apa. Alat kawalan jauh tadi kembali dihulurkan kepada Adawiyah. Malas nak gaduh lagi apabila perihal Anis dikeluarkan.
"Anis tidur. Penat katanya, "bohong Adam. Kepalanya kembali dialih ke arah cerita korea yang ditonton Adawiyah. Entah apa yang seronoknya.
Sharifah Marhaida berkerut kening pelik.
"Habis tu, kenapa kamu dekat sini? "
Adam garu telinga. Nafas dihela perlahan. Banyak sangat soalan mamanya ini. Kalau seminggu di sini matilah dia! Penat nak bersandiwara lagi.
"Kenapa tak boleh ke? Saja nak kacau budak ni, "laju tangannya naik menggosok laju kepala Adawiyah. Habis rambut gadis itu berselerak.
Adawiyah menjeling tajam Adam. Geramnya!
"Apa ni abang?! "Marah Adawiyah. Suka kacau orang. Nak duduk diam tak boleh. Isteri ada pun masih nak mengganggu dia.
Sharifah Marhaida menggeleng kepala dengan sikap Adam yang dah macam budak-budak itu.
"Now, Mika naik atas. Isteri kat atas dia boleh duduk di bawah pula, "leter Sharifah Marhaida.
Tidak mahu tidak, Adam dengan langkah longlai kembali menuju ke bilik tidurnya. Ini yang tidak suka. Setiap kali nampak saja muka Anis, dia rasa benci tu meluap-luap dalam hati.
Adam memulas tombol pintu dengan berhati-hati. Jengul sahaja kepala ke dalam dapat dia lihat sekujur tubuh elok terbaring di atas sofa sambil mengiring.
Kakinya di bawa ke arah itu. Dipandang wajah polos Anis ketika tidur. Dulu Anis begitu sombong sehingga dia terfikir Anis gadis liar. Sehinggalah Adam mengahwini Anis, baru dia tahu bahawa Anis taklah seliar itu cuma dia terikut budaya.
Adam rasa sebak apabila terlihat sisa air mata Anis terdapat di tubir matanya. Dia kasihan tapi ego menghalang. Melihat Anis yang mengerekot tidur, Adam rasa tak sampai hati. Dicempung tubuh Anis dengan berhati-hati.
Anis rasa apabila terasa tubuhnya yang terawang-awangan. Perlahan-lahan matanya dicelikkan. Eh?
"A–awak... Bb–buat apa ni? "Soal Anis dengan suaranya yang serak selepas terjaga daripada tidur.
Adam tersentak. Aduh, asal dia terjaga pula? Mana dia nak letak muka handsome dia ni. Adam cuba beriak tegang.
"Just keep your mouth, please.. "Kedengaran nada tegas daripada Adam.
Anis terdiam. Tangannya dilingkarkan di leher Adam takut terjatuh. Jantung Anis mula berdegup tidak sekata. Anis rasa nak pengsan. Kenapa dia rasa Adam cool sangat, baru tadi dia gaduh dengan Adam.
"Boleh tak kau jangan pandang aku? "Tanya Adam lalu meletakkan tubuh Anis dengan kasar di atas katil.
Anis terjerit kecil apabila giginya tergigit bibir sendiri apabila Adam menghempasnya agak kuat.
"Kenapa awak letak saya atas katil? Awak nak sakiti saya lagi ke? "Anis kemam bibir. Kenapalah time ni juga bibir ni nak buat drama. Jahat sangat mulut ni.
Dapat dia lihat wajah Adam berubah tegang.
"Kau suka ke kalau aku 'sakit'kan kau lagi? Aku on je, "Adam mula mendekatkan dirinya pada Anis. Anis menahan dada Adam dengan tangannya.
Ketar badan Anis tika ini. Kepalanya digeleng berkali-kali. Dia tak nak. Air matanya juga mula bergenang. Asal kau sensitif sangat ni Anis?
Adam tersenyum sinis melihat kekalutan Anis. Dia suka tengok Anis terseksa macam ni walaupun jauh di sudut hati dia turut rasa sakit. Ego tetap menghalang. Dia tak boleh setiap kali tengok muka Anis, pasti dia ingat apa yang berlaku dulu.
Setiap hinaan...
Setiap makian...
Tersemat dalam jiwa...
Adam gelak sinis. Anis terdiam. Apa lagi Adam nak buat kali ini?
"Awak.. Saya minta kali ni je tolong jangan sakitkan saya lagi? "Rayu Anis. Jujur dia penat. Penat dengan layanan Adam padanya. Belum lunas lagi ke salah dia pada Adam?
Adam belum puas ke? Dia dah cukup terseksa.. Ibu dia sendiri pun tengah kecewa dan belum mahu menerima dirinya.
Adam terdiam. Gigi diketap. Terus tak jadi tangan dia hendak memegang kepala Anis. Tangan dilepas ke bawah.
"Kalau kau tak nak sakit, tidur sekarang, "Arah Adam. Terus dia bergerak ke sebelah Anis dan turut berbaring.
Anis rasa lega dan laju memejamkan matanya rapat. Seketika kemudian, Anis rasa pingangganya dipeluk dari belakang. Anis diam tidak membentak.
Terasa belakang kepala Anis dikucup sebelum Adam turut dibuai mimpi.
Want more? 😂
Comment di bawah...
YOU ARE READING
Love's War✔
Romance❌DILARANG SAMA SEKALI DARI MENIRU CERITA INI. ❗CERITA INI 100% DIKERAH DARI OTAK SAYA. "kau ni kerek ah, ada hati nak kawan dengan aku! Kau cerminlah diri kau tu dulu baru fikir macam mana nak kawan dengan aku! "-Anis Humaira. Setiap kata-katanya...