DI dalam bilik malam itu, Anis hanya diam perhati Adam yang tengah buka butang bajunya. Anis kemam bibirnya sendiri. Nak tanya tak? Tanya tak? Tanya tak?
Arghhhhhh! Anis buntu.
"Kenapa awak pandang abang macam tu? "Soal Adam secara tiba-tiba apabila memandang figura Anis yang terkumat-kamit bibirnya.
Anis terus erk?
Dan Anis biarkan sepi soalan yang meniti di bibir Adam. Memang tak dia nak jawab. Adam dengan rasa tidak puas hati terus mendekati Anis. Dengan butang bajunya yang sudah dibuka penuh, Adam sengaja bawa dirinya dekat dengan Anis.
Adam tundukkan sedikit badannya sehingga badan Anis terdorong ke belakang. Si Adam ni, tak sedar ke yang Anis ni tengah sarat mengandung. Ada hati nak buat scene begini lagi. Haish, suami siapalah nakal sangat ni?!
"Awak, tepilah... "Tolak Anis. Rasa semput pula bila duduk macam ni. Melihatkan keadaan Anis yang kurang selesa itu, Adam kembali berdiri tegak di hadapan Anis.
Adam senyum senget.
"Abang rasa awak ada something nak cakap, kan? Apa dia? Just tell me or... Awak ada sakit mana-mana? "Soalan daripada Adam benar-benar buat Anis rasa serba salah. Sebelum ni.. Anis tolak untuk dengar penjelasan Adam. Jadi, Anis rasa malu untuk minta penjelasan itu kembali. Aci ke dia tanya? Atau... Dia perlu biarkan saja apa yang berlaku dan buat macam biasa seolah-olah dia sudah maafkan Adam?
Lagi berkerut dahi Adam bila Anis sekali lagi mengetap gigi geram di hadapannya. Anis ni.. Tengah berangan apa? Terus Adam jentik dahi Anis secara sederhana.
"Aduh... "Tangan Anis naik menggosok dahi sendiri. Matanya mencerlung tajam memandang Adam yang jelas mahu ketawakan dia. Ish!
"Berangan lagi... Awak fikir apa sayang? "Tanya Adam secara lembut.
Anis gigit bibirnya sedikit. Dia keliru mahu tanya atau tidak. Adam akan ketawakannya atau tidak? Yelah nampak sangat yang dia begitu kemaruk cintakan suaminya sendiri. Hmm..
"Don't do that... "
Anis tercengang. "Hah? "
"You tease me, sayang, "lagi bertambah tercengang Anis bila Adam mula memberi pandang redup pandangan yang sukar ditafsir.
Sekilas bibir Anis dikucup pantas sebelum Adam alihkan dan tersengih nakal melihat muka merah Anis.
"Apa awak ni? Tau nak ambil kesempatan je, "gumam Anis apabila Adam seronok dapat mengenakannya.
"Just tell me, sayang fikir apa? "
"Betul ke Dayana dah nak kahwin? "Soal Anis terus. Biarlah Adam nak gelakkannya separuh mati pun. Janji soalan yang mula berlegar di dalam fikirannya hilang.
"Bukan ke awak tak percaya abang? "Tunak anak mata Adam menikam anak mata Anis. Pandangan itu buat Anis benar rasa tak boleh nak tahan duduk di situ. Namun, ditahankan juga hati kerana perasaan ingin tahu.
"Dayana dah cerita separuh tadi, so saya nak dengar apa awak nak cakap pula,"
"Awak jumpa dia? "Soal Adam terkejut. Apa yang dah gadis itu ceritakan pada Anis?
Anis mengangguk laju. Adam mula senyum senget apabila ada satu benda mula berlegar dalam otaknya sekarang.
"Call me abang first, then I tell you all the secret,"
"Fine,kalau awak tak nak cerita. It's okay. Dah,tepi,"Anis tolak dada bidang Adam ke tepi. Dia mahu berlalu ke bilik air. Nak cerita pun macam-macam syarat. Ingat senang ke,dia nak tebalkan muka dia sendiri untuk satu kepastian?
YOU ARE READING
Love's War✔
Romance❌DILARANG SAMA SEKALI DARI MENIRU CERITA INI. ❗CERITA INI 100% DIKERAH DARI OTAK SAYA. "kau ni kerek ah, ada hati nak kawan dengan aku! Kau cerminlah diri kau tu dulu baru fikir macam mana nak kawan dengan aku! "-Anis Humaira. Setiap kata-katanya...