Bab 2

5.9K 273 8
                                    

        'I just need the love'

"Anis, weyh cepatlah... Kau ni lambatlah... "Zahira sudah merengus apabila Anis masih menghias dirinya. Dahlah orang dah tunggu kat luar tu.

Anis mendecit perlahan. Tak menyempat sungguh. Aduh!

"Sabarlah.. Kau ni, macam tak kenal aku.. "Perli Anis. Terus dicapai beg tangan yang berada di atas almarinya.

Pintu rumah dikunci dahulu sebelum mereka bergerak ke kereta.

"Hi, babe lama tak jumpa.. "Ujar Elisya.

Anis tersenyum senget. "Kan? Aku ingat dah nak dekat dua minggu kita tak jumpa. So, let's enjoy malam ni.. "Ujarnya dengan teruja.

Masing-masing dah bergelak sakan di dalam kereta.

-------------------------------

Adam membelek penampilannya di hadapan cermin. Dekat universiti je dia nerd bukan dekat luar. Huh!

Dia mengenakan t-shirt putih dan seluar jean. Dicapainya jaket hitam di dalam almari lalu dikenakan pada badannya. Rambutnya dibiar terjuntai ke hadapan sedikit.

Cukup untuk mencairkan setiap perempuan yang melihatnya. Dia tersenyum senget apabila Syakir sudah sedia menunggunya di luar rumah.

"Wow, bro kan elok pakai macam ni... "Puji Syakir sambil memerhatikan sepupunya yang seorang itu.

"Please jangan pandang aku macam tu.. Boleh naik seram aku tau tak?! "Tegur Adam sambil membuat mimik muka geli.

Syakir ketawa besar. "Eh, kau jangan fikir yang bukan-bukan eh? Girlfriend aku tu aku nak campak mana? "

Adam terus membuka pintu kereta lalu masuk duduk. "Dah ah,tak payah cakap pasal benda ni lagi. Gelilah dengar.. "Dalih Adam.

Syakir mencebik sambil mengangkat bahu.

"Jom ah! Dok tercegat kat situ lagi buat apa? "Tersentak Syakir dengan panggilan Adam. Cepat-cepat Syakir masuk ke dalam kereta.

"Weyh, aku cakap serius ni.. Siapa yang kenal kau nanti kalau jumpa je mesti tak kenal kau.. "Komen syakir.

Adam senyum senget. "Baguslah, kalau macam tu... "

Syakir geleng perlahan. Pelik dia denga sepupunya yang seorang ni. Apa yang dia nak pun dia tak tau. Lantak kaulah, asal kau bahagia sudah.

-------------------------

"Weyh, Mika lama tak nampak kau bro.. "Ujar Michael sambil menepuk bahu Adam. Adam hanya senyum senget dan duduk di sofa yang berada di situ.

"Kau buat apa sekarang? "Soal Michael sambil menghentak punggungnya di hadapan Adam.

"Aku? Aku belajar lagi.. Tapi dah tahun akhir dah.. Papa aku suruh aku ambil alih syarikat dia lepas ni. "Terang Adam. Matanya melihat dua orang wanita yang berada di sebelah Michael.

Perempuan yang berada di sebelah kanan Michael sejak dari tadi galak memandangnya. Naik rimas pulak.

"Err... Mike aku pergi sana kejap. "Pinta Adam.

Michael mengangguk. "Yeah sure, enjoy it.. "

Adam senyum sekilas sebelum menuju ke arah Syakir yang sibuk bersembang dengan Azam.

Malas hendak mengganggu Syakir, dia berjalan ke arah ke kaunter minuman (author tak tau nama tempat orang minum tu apa.. Faham2 jelah... Haha)

"Sayang? "Tiba-tiba Adam dilanggar oleh seseorang. Adam sempat memaut pinganggnya. Kelihatannya perempuan itu mabuk teruk.

Love's War✔Where stories live. Discover now