'I just need the love'
ZAHIRA menghempaskan badannya di atas katil selepas penat pulang dari kelas dan berjalan mencuci mata dengan Anis.
Zahira tersentak apabila pintu biliknya dikuak dari arah luar. Syakir masuk ke dalam bilik dengan senyuman menghiasi wajah kacaknya.
"Hai sayang... "Tegur Syakir.
"Eh, awak dah balik? Maaflah.. Saya penat sangat tadi."Ujar Zahira lalu bangun duduk di birai katil.
Syakir menapak ke arah Zahira lantas melabuhkan punggungnya di tepi Zahirah. Tali lehernya dileraikan lalu kancing baju dibahagian dadanya dibuka. Hari ni dia agak penat kerana perlu berjumpa dengan client di luar pejabat.
"Awak nampak penat, nak saya urutkan? "Soal Zahira agak sopan.
Dengar saja perkataan 'urut', terus mata Syakir bersinar. "Betul ke nak urut saya? Tapi sayangkan penat.. "
"It's okay lah... Penat saya dah hilang pun lepas tengok muka handsome awak ni... "Terus hidung Syakir dipicitnya dengan lembut. Tak naklah buat kuat-kuat nanti bengkak pula hidung macho suaminya itu.
"Gatal eh sayang ni... "Ujar Syakir sambil tersenyum nakal.
Zahira membuat muka comel lalu jemari runcingnya naik mengurut bahu Syakir. Ditolaknya badan Syakir supaya meniarap. Lagi senang.
Dia bahagia dan tenang selepas sah menjadi isteri Syakir. Harap mereka akan macam ni sampai akhir hayat. Itu doa Zahira.
---—------------(⊙o⊙)-----------------
"Awak... Lepas... Wak... Sak... Sakit.... "Anis meringis kesakitan apabila Adam mencengkam kuat rambutnya. Tangannya juga naik menggapai tangan Adam yang sedang menarik rambutnya itu.
Adam menyeringai. "Kau pergi mana eh perempuan? Aku dah lama balik dari kelas tapi kau tak sampai-sampai rumah lagi, hah?! "Jerkah Adam. Sungguh, Adam yang sekarang sangat menakutkan dia. Adakah ini yang dinamakan, 'perang cinta'?
"Sa––saya keluar jalan-jalan dengan Zahira tadi.. "Terang Anis sambil meringis kesakitan.
"Kau ingat kau single lagi ke? Lain kali nak keluar pergi mana pon minta izin aku dulu.. Main keluar je, kau ingat kau tak de suami ke kat rumah ni? "Serentak itu rambut Anis dilepas kasar. Anis terjelopok di lantai apabila Adam menolak badannya kasar sebelum berlalu ke atas.
Air mata Anis merembes keluar. Seingat dia tadi, dia dah mesej Adam untuk keluar. Dia masih sedar siapa diri dia. Anis menyeka air matanya.
"Mak.. Anis insaf mak... Anis tahu ini semua balasan Allah atas semua dosa Anis mak... Anis... Anis takut Anis tak kuat nak hadapi semua ni... "Rintih Anis. Kakinya dipeluk ke dada.
Adam menghempas badannya kasar ke atas katil. Matanya naik memandang ke atas. Fikirannya bercelaru saat ini.
'Apa yang kau fikir tu Adam? Dia dah banyak kali sakitkan hati kau, tu baru sikit je kau seksa dia. 'Gumam hati jahat Adam.
'Mana boleh.. Kau buat dia macam tu. Dia isteri kau! Isteri yang kau perlu bimbing dia untuk jadi isteri yang solehah.. 'Satu lagi sisi hati Adam berbisik.
Terus Adam tepis kata hati baik dia. Buat apa dia nak buat baik dengan Anis, kalau sebelum ni pun Anis langsung tak jaga perasaan dia. Lantak dialah! Nak jadi apa pun.
"Anis!!!"Laung Adam dari dalam bilik.
Satu detik!
"Weyh, Anis!!! "Suara Adam naik seoktaf apabila Anis tidak menyahut panggilannya.
YOU ARE READING
Love's War✔
Romance❌DILARANG SAMA SEKALI DARI MENIRU CERITA INI. ❗CERITA INI 100% DIKERAH DARI OTAK SAYA. "kau ni kerek ah, ada hati nak kawan dengan aku! Kau cerminlah diri kau tu dulu baru fikir macam mana nak kawan dengan aku! "-Anis Humaira. Setiap kata-katanya...