Adam X Anis(2)

6.7K 231 45
                                    

SAMPAI sahaja di perkarangan rumah papan tok su, Anis pandang dengan mata tak berkelip

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SAMPAI sahaja di perkarangan rumah papan tok su, Anis pandang dengan mata tak berkelip. Cantik sangat kawasan rumah sini. Rasa macam tak nak balik pula bila dah jejak kaki dekat sini. Damiaa yang sudah mula celikkan mata, Anis cuit hidung.

"Kita dah sampai rumah nek su, sayang.. "Digomol muka anaknya itu. Mengekek ketawa. Namun, Anis angkat kepala memandang Adam apabila Adam membuka pintu keretanya. Eee... Syuben kita sweet sangat.

"Dah tok su dah tunggu dekat muka pintu tu. Jom, "ajak Adam. Anis hanya angguk sebelum tali pinggang keledar dibukanya. Didukung si anak. Sudah semangat Damiaa sekarang ni. Nak bagi jalan kang jatuh bergolek pula.

"Sayang pergi dulu, abang nak ambil bagasi ni, "ujar Adam. Anis mengangguk sebelum diajak Puan Aisyah berjalan sekali dengannya.

"Agak-agak garang tak tok su Adam mak? "Tanya Anis perlahan saat mata sudah terpandang figura tok su di muka pintu.

Puan Aisyah siku Anis sedikit. Apa tanya soalan macam tu pula. "Apa kamu ni, jangan tanya lagi soalan macam tu, "tegur Puan Aisyah. Dengar ke orang tua tak ke fikir lain dah.

"Assalamualaikum, tok su, "teragak-agak Anis memberi salam. Mana dia biasa dengan tok su Adam. Ini first time dia datang sini. Siap nak raya lagi tau. Kekok benar.

"Waalaikumsalam... Ni isterinya Mika? "Tok su pandang sebelah Anis. Yalah, Adam sudah berada elok di sebelah Anis ketika ini. Bahu Anis tok su sentuh lembut.

"Of course lah tok su.. Satu-satunya isterinya Mika yang cantik ni, "memerah muka Anis apabila Adam memujinya begitu. Adam sengih bila tengok Anis merah muka memandangnya.

"Cantik benar isteri kamu ni, Mika. Ni.. Maknya Anis ke? "Tok su mula beralih arah ke Puan Aisyah.

"Aha.. Tok su.. Maknya Anis, "jawab Adam lagi. Puan Aisyah salam tangan tua itu. Tua-tua pun nampak kuat lagi.

"Panggil je mak su, "ujar Tok su. Puan Aisyah senyum sambil angguk kepala.

"Panggil je saya Aisyah mak su, "

"Ha, marilah masuk. Nanti kita borak lagi. Ni mak kamu bila nak Sampainya Mika? "Soal tok su apabila Sharifah Marhaida masih lagi belum sampai.

Adam angkat bahu tanda tidak tahu. Tadi time on the phone, cakap nak sampai dah tapi masih belum nampak rupa pula.

"Entahlah.. Kejap lagi sampailah kot, "jawapan mudah diberi kepada tok su.

"Ha yelah.. Aisyah tidur dengan mak su okey ke? "Soal Tok su kepada Puan Aisyah.

"Mana-mana pun tak apa mak su, "

Tok su bawa Puan Aisyah ke biliknya. Bukannya apa Puan Aisyah tidak punya suami samlah sepertinya. Jadi, lebih baik mereka tidur sekali. Lagipun dalam rumah ini walaupun tak adalah besar mana,ada juga empat bilik.

Tok su tunjukkan bilik pada Adam dan Anis. Mata Adam meliar ke dalam bilik tersebut. Kemas amat. Rajin betul tok su dia.

"Kemasnya. Tok su kemas semua ni ke? "

Love's War✔Where stories live. Discover now