"YE, pa.. Mika janji takkan sia-siakan Anis.. Trust me, pa, "sungguh-sungguh Adam meyakinkan Syed Husin. Dapat juga Adam dengar Syed Husin menghela nafas berat seperti menyokong apa yang dia akan buat.
"Kalau papa dengar Anis sakit sebab kamu, siap kamu Mika. Papa takkan maafkan kamu, "keras suara Syed Husin buat Adam telan liur kesat.
Muka bengis Syed Husin Adam pandang. Rasa mati urat sarafnya tatkala mendengar ugutan tidak berbayar Syed Husin.
"No lah, pa.. Please, yakin dengan Mika? "Ujar Adam sambil memandang Syed Husin mahukan persetujuan darinya. Adam tetap takkan berdiam diri jika Syed Husin membangkang sekerasnya apa yang dia mahu buat. Dan semestinya, dengan apa yang dia mahukan.
"Yana setuju ke, dengan semua ni? "Tanya Syed Husin. Melihat Adam yang berkeras dengan tindakannya buat Syed Husin rasa dia tak mampu untuk membantah lagi.
Adam tarik senyum.
"Yana yang minta semua ni, pa. Of course, dia setuju. Tapi pa, please buat masa sekarang jangan bagitau Anis tentang semua ni? "
Syed Husin sekali lagi mengeluh. Harap tindakan anaknya itu tidak akan memburukkan keadaan sekarang. Sudahlah menantunya itu sedang sarat mengandung.
Melihat mata Adam yang bersinar mahu kata putus dari dia, buat Syed Husin perlahan-lahan mengangguk bersetuju.
"Yelah. Just make sure that everything gonna be fine. Papa tak nak apa-apa buruk pun berlaku, "akhirnya Syed Husin bersetuju juga dengan apa yang Adam inginkan. Adam sememangnya degil. Bertindak suka hati dia saja.
Kata setuju dari Syed Husin buat Adam menghela nafas lega. Satu masalah dah hilang. Sharifah Adawiyah dia akan biarkan dulu, selepas semuanya selesai baru dia akan beritahu ibunya itu.
"Mika janji pa. Everything gonna be fine. Trust me? "Adam pandang Syed Husin dengan lorekan senyumannya yang mula terlakar di bibirnya. Entah kali keberapa dia minta Syed Husin mempercayai dengan apa tindakan yang akan dia buat.
Selesai perbincangan mereka itu, Syed Husin mula meminta diri untuk balik. Sudah tiada apa yang dia mahu cakapkan lagi pada Adam. Kalau dia bantah pun, Adam tetap kekal dengan apa yang dia nak buat. Syed Husin sudah tidak dapat nak membantah.
Adam bangun menyalami tangan tua itu. Bahu Adam ditepuk sekilas. Syed Husin senyum pandang Adam.
"Papa percaya Adam, "
DUA BULAN KEMUDIAN...
"Ira.. Jom la kita pergi shopping barang baby.. Aku dah bagitau Adam tadi, "ajak Anis sebaik sahaja Zahira menjawab panggilannya.
"Aku nak kena tanya Syakir dulu ni.. Dia tengah mandi tu, "jawab Zahirah. Usia kandungannya pun sudah mula mencecah 5 bulan. Tangannya juga elok naik mengusap perut sendiri.
"Alaa... Tak pelah kalau macam tu.. Eh, Syakir tak kerja ke? "Anis pelik apabila waktu pukul sepuluh pagi macam ni Syakir baru mandi.
"Kerjalah. Tapi, dia ada appoinment dekat luar, pukul 12 nanti, "apabila rasa penat berdiri, Zahira mula menghentakkan punggungnya di birai katil. Mujur, dia sudah hilang masalah tidak boleh Bau badan Syakir.
"Ouh.. Eh, pujuklah Syakir tu. Kita boleh keluar pukul 2 nanti. Lama tak keluar dengan kau. Bolehlah kita lepak makan ais krim baskin robin kejap lagi, "beria Anis pujuk Zahira. Dia memang tengah bosan ketika ini.
Dengan pujuk rayu Anis akhirnya Zahira beralah. Haih, Anis ni kan. Nasib kawan baik dia.
"Yelah. Kejap lagi aku bagitau kau lain ye, Puan Anis. Kalau bukan kau, dah lama phone ni aku matikan, "sempat lagi Zahira membebel sebelum talian dimatikan dahulu.
YOU ARE READING
Love's War✔
Romansa❌DILARANG SAMA SEKALI DARI MENIRU CERITA INI. ❗CERITA INI 100% DIKERAH DARI OTAK SAYA. "kau ni kerek ah, ada hati nak kawan dengan aku! Kau cerminlah diri kau tu dulu baru fikir macam mana nak kawan dengan aku! "-Anis Humaira. Setiap kata-katanya...