'I just need the love'
ADAM mendengus kasar di birai katil apabila Anis ralit menyikat rambut tanpa memberi perhatian padanya. Dia dah macam tunggul kayu dah dekat sini. Dia jadi tidak senang duduk kerana Anis sepertinya sudah lali dengan perangainya. Kau jual mahal ye.. Nanti kau!
"Kau nak sikat rambut kau sampai botak ke apa? "Tegur Adam dengan nada perlian yang terselit.
Terhenti tangan Anis dari terus menyikat rambut ikalnya. Bukan sengaja dia mahu menyikat rambut. Dia cuma malas lagi nak menerima perlian pedas si Adam. Dia juga manusia ada hati dan perasaan. Dapat dia lihat wajah tidak puas hati Adam dari dalam cermin solek.
"Apa? Dah takde mulut ke? Mentang mama ada dekat sini, kau besar kepala eh? "Sekali lagi Adam memecahkan kesunyian dalam bilik 'mereka'.
Anis menghembus nafas kasar. Tak taulah apa lagi yang dia nak cakap. Dia penat. Tolonglah, Adam! Badannya dipusing ke belakang memandang wajah bengis Adam tapi tetap kacak. Kenapalah, dia tak perasan Adam cukup sempurna begini dulu. Mungkin, dia je yang buta tak pandai nak menilai mana yang baik. Sekarang ni, terima jelah nasib sendiri. Cukup dibenci begini.
"Saya takde benda nak cakap. Lebih baik saya diam daripada saya tersilap cakap. Betul tak? "Wah! Beraninya dia sekarang. Berani sebab dia penat. Penat hidup begini. Penat sebab semua yang jadi salah dia.
Adam mula mengetap gigi geram. Pantas dia bangun menuju ke arah Anis. Anis terundur ke belakang sehingga belakangnya terlanggar meja solek. Tangan berada di kiri dan kanannya. Sungguh, dia takut lihat Adam yang begini.
Tajam anak mata Adam menikam anak matanya. Anis terkedu. Bibirnya segera dikemam bagi meredakan gugup saat itu. Tolonglah, jangan dia buat yang bukan-bukan.
"Ye, betul. Lebih baik kau diam daripada kata-kata kau semua buat aku sakit hati. "Kata Adam. Wajahnya sekali lagi didekatkan kepada wajah Anis.
Anis rasa bagai terputus nyawa apabila berada sedekat ini dengan Adam. Oksigen seperti sudah hilang dari segenap badannya. Apa Adam nak buat ni?!
"Kau berani lagi tak nak jawab? "Perlahan-lahan jarinya naik mengelus lembut segenap inci wajah mulus Anis.
"Dulu bibir ni yang selalu buat aku naik darah. "Jarinya naik menyentuh bibir delima Anis.
Tegak bulu roma Anis apabila diperlakukan sebegitu. Jujur dia takut tapi dia tak dapat keluarkan suara dia.
Sesaat!
Dia rasa bibir lembut Adam menyentuh bibirnya cuma sekilas. Naik terbeliak matanya ketika itu.
Setelah itu, jari Adam naik menyentuh kelopak matanya pula.
"Mata ni, mata yang selalu tengok keburukan aku. Aku benci kau! "Kata Adam sambil mengetap gigi rapat.
Ya!
Benci!
Benci pada insan yang bernama Anis Humaira!
Ketika itu juga air mata Anis tiba-tiba bergenang. Bergenang apabila memikirkan apa yang dia dah buat pada Adam sehingga lelaki itu berubah sebegini.
Dapat dia lihat api dendam dalam mata Adam. Adam terus berlalu meninggalkan dia setelah selesai menilik segenap wajahnya dengan melabel kesalahannya setiap satu.
Segera jarinya naik memegang bibirnya yang menerima kehangatan ciuman Adam tadi. Sungguh, dia menyesal. Apa yang dia harus buat untuk Adam maafkan dia. Adakah dengan hilangnya nyawa dia baru Adam akan maafkan dia?
Sekali lagi air matanya turun membasahi pipi. Perlahan-lahan dia membawa dirinya ke arah sofa dalam bilik itu. Dia tak layak tidur atas katil mewah Adam. Adam juga sudah menghilangkan diri. Mungkin keluar meluangkan masa bersama Adawiyah.
Bantal dan selimut tambahan yamg berada di dalam almari di ambil sebelum merebahkan badannya di atas sofa tersebut. Anis mengiring ke tepi menangisi nasib yang dia sendiri cipta.
Tapi...
Dia dah berubah.
Adakah dia tidak layak untuk dimaafkan? Adakah dia buruk di mata Adam? Dia rela jika nyawanya hilang jika itu yang buat Adam maafkan dia. Anis memejam matanya rapat. Rapat serapatnya supaya hilang masalah dia pada hari ini.
Hye guys... Sorry for the late update.. I have no idea.. Dan bab ni pun pendek je..
Nak tanya ni, ada ke yg nak saya sambung lagi cerita ni? Ke tak nak?
Saya nak pendapat... 😭😭
YOU ARE READING
Love's War✔
Romance❌DILARANG SAMA SEKALI DARI MENIRU CERITA INI. ❗CERITA INI 100% DIKERAH DARI OTAK SAYA. "kau ni kerek ah, ada hati nak kawan dengan aku! Kau cerminlah diri kau tu dulu baru fikir macam mana nak kawan dengan aku! "-Anis Humaira. Setiap kata-katanya...