'I just need the love'
TERPISAT-PISAT mata Anis apabila terjaga dari tidur. Anis terkedu apabila ada benda yang memberat di atas pinggangnya. Perlahan-lahan dia merebahkan kembali badan ke atas katil dengan perlahan-lahan. Niat asal hendak melihat jam terbatal buat seketika.
Anis pandang syiling bilik. Matanya tidak dapat dilelapkan kembali. Buat seketika, dia paling melihat Adam. Dapat dia lihat Adam tidur dengan nyenyak. Sungguh tenang ketika itu.
'Bodohkan saya? Sebab hina awak dulu. Sekarang, saya dah terseksa dan terima balasan atas apa yang saya dah buat, 'gumam Anis.
Bila dia fikir, automatik air matanya akan turut bertindak mahu mengalir. Anis tahan supaya tidak menangis.
Buat apa kau nak menangis? Semua benda yang jadi salah kau, kau yang buat dia jadi macam ni. Kau kena sedar tu!
Akalnya terdetik.
Tapi.. Kau dah berubah. Takkan, dia tak sedar yang kau pun manusia biasa, yang akan buat silap. Lagipun, kau dah cukup terseksa kan?
Hatinya pula berbahas.
Anis hiraukan fikiran mindanya. Lagi buat dia rasa nak menangis. Lagi buat dia rasa, dia langsung tidak berharga sekarang ni.
Ibu sendiri pun dah tak nak mengaku dia sebagai anak. Malah suami? Lagilah tak nak anggap dia sebagai isteri.
Perlahan-lahan, Anis kembali membelakangi Adam. Tak kuat dia mahu terus terusan memandang wajah tenang Adam ketika tidur.
Pusing sahaja ke belakang, Anis mula mengalirkan air mata. Dia tidak tahu kenapa kebelakangan ini air matanya sering mengalir. Dia rasa dia terlalu sensitif. Sikit pun dia dah terasa. Air mata diseka dengan jari.
Terasa pinggangnya lagi erat dipeluk. Kalaulah Adam masih mencintai dia, pasti mereka tengah bahagia sekarang. Anis pejam mata rapat. Rapat untuk membuang segala apa yang dia rasa. Rapat untuk cuba kikis kenangan hitam yang dia pernah buat. Rapat untuk buat dia lupa apa yang sedang berlaku.
Jujur....
Dia tak kuat....
Rasa sebu di dada apabila dia ingat apa yang berlaku. Macam mana dia nak luah?
Nak solat?
Dia dah solat...
Nak mengadu?
Dia tiada bahu untuk mengadu. Takkan nak cakap dekat Zahirah? Gadis itu sendiri sudah ada kehidupan sendiri.
Dengan tidak sedar, badannya sudah membuat getaran menyebabkan Adam tersedar daripada tidur. Adam angkat kepala. Dah kenapa?
"Kau kenapa? "Tanya Adam.
Anis tersentak. Laju dia menggelengkan kepala.
"Dah tu, kenapa nangis? "
Anis diam dan menggeleng. Kalau dia cakap, pasti dia akan menangis semahunya di hadapan Adam. Pasti dia akan menghamburkan semua.
Tapi, mengingatkan yang dia tidak tidak layak untuk lakukan semua itu. Dia pendam sendiri. Dia sanggup menangis dalam bilik air. Dia sanggup untuk menangis sendirian.
Adam merengus kasar apabila Anis diam hanya menggeleng begitu. Adam tarik lengan Anis supaya menghadapnya. Dia baru bangun tidur pun, dah nak kena hadap Anis yang entah apa-apa. Itu yang buat dia naik angin.
Sejak bila perempuan ni hati tisu sangat? Huh?
"Aku tanya kau kan, kau dah kenapa? Kau nak aku sakitkan kau dulu ke? Hah?! "Ugut Adam.
Mendengarkan itu laju air mata Anis keluar. See? Dia sensitif. Sensitif dengan apa yang berlaku.
Anis terketar-ketar mahu menjawab.
"Ss–ssaya... Ssk... Saya... "
"Saya apa?! "Jerkah Adam. Dia mudah naik angin bila orang cakap main-main.
Anis tersentak. Rasa senak dalam dada bila Adam mengherdik dirinya. Dia takut dengan sisi Adam yang ini. Dia tak nak sakit lagi.
"Saya nak minta maaf, "ucap Anis tiba-tiba.
Adam tercengan sebelum tersenyum sinis. Maaf? Mimpi ke apa perempuan ni. Dia ingat dengan minta maaf, boleh ubat hati dia yang sakit dan boleh buat Adam yang dulu balik?
Sorry to say, it doesn't work enough to heal his heart.
Never work!
Adam bangun dari katil. Dia rasa panas dengan keadaan itu.
"Saya takkan tenang selagi awak tak maafkan saya, "ujar Anis sekali lagi. Anis turut bangun membontoti langkah Adam.
Adam ketap gigi.
"Kau ingat dengan minta maaf, kau boleh ubah aku balik ke hah? Itu takkan pernah terjadi. Jadi, sudahlah berangan nak jadi orang kaya, "dengan bongkak Adam menutur. Nada suaranya juga masih perlahan cuma cukup untuk buat Anis rasa terguris lagi. Cukup untuk buat Anis sedar diri yang dia tidak lagi di dalam hati lelaki itu.
Anis menunduk. Adam mula melangkah untuk keluar dari bilik. Anis terduduk dan laju memegang betis Adam.
"Awak.... Tolong jangan buat saya macam ni, saya sayangkan awak.. Awak tau kan saya dah berubah? "Anis menangis sambil memeluk kaki Adam. Tangisan itu Adam hiraukan sahaja. Sakit yang dia tanggung selama ini lagi pedih daripada ini.
Puas mereka bertekak akhirnya, Adam melangkah keluar dari bilik. Dia tidak betah lagi di situ. Rasa sakit hati dan seluruh raga. Pedih..
Adam, sejujurnya saya dah mula sayangkan awak...
Saya minta maaf...
Saya dah terima balasan atas setiap apa yang saya buat....
Anis pegang dadanya yang rasa sebu kerana terlalu sedih melayan perasaan sendiri.
Hye awak semua...
Tq yang comment... It make my day...
Macam mana bab kali ni?
Ok ke ko? 😂
Sorry kalau tak best.. I have try my best...
YOU ARE READING
Love's War✔
Romance❌DILARANG SAMA SEKALI DARI MENIRU CERITA INI. ❗CERITA INI 100% DIKERAH DARI OTAK SAYA. "kau ni kerek ah, ada hati nak kawan dengan aku! Kau cerminlah diri kau tu dulu baru fikir macam mana nak kawan dengan aku! "-Anis Humaira. Setiap kata-katanya...