2

283 31 12
                                    

🏥

Taehyung dan Jimin menunggu di ruang menunggu. Sementara menunggu nama Taehyung dipanggil, Jimin menonton berita yang kebetulan disiarkan di televisyen. Manakala Taehyung hanya mendengar lagu melalui earphone dan MP3 nya. Bodyguard Puan Kim pula ke tandas, sembelit agaknya.

"Taehyung. Kesiannya diorang. Anak diorang sesat dekat hutan. Baru jumpa semalam..."

Jimin berhenti bercakap apabila melihat Taehyung yang sedang menghayati lagu. Jimin sekadar tersenyum dalam diam.

"Kim Taehyung" seorang jururawat memanggil nama Taehyung. Jimin menepuk bahu Taehyung dan Taehyung menanggalkan earphone.

"Apa?" soal Taehyung.

"Kim Taehyung" jururawat itu memanggil lagi.

"Nama kau. Dah jom" kata Jimin.

Taehyung bangun dibantu oleh Jimin. Mereka berdua mendekati jururawat itu. Jimin senyum kepadanya.

"Kim Taehyung?" soal jururawat itu.

"Itu nama dia" balas Jimin sambil menunjuk ke arah Taehyung.

"Oh. Mari ikut saya"

Jimin memegang bahu Taehyung dan mereka berdua mengikuti jururawat itu hingga sampai dihadapan pintu. Jururawat itu membuka pintu.

"Masuklah" arah jururawat yang bernama Kang Jinhee.

"Baik. Terima kasih" Jimin dan Taehyung masuk. Kelihatan seorang doktor wanita menjenguk dari pintu belakang.

"Awak berdua duduklah dulu. Saya ada urusan sekejap. Nanti saya datang" pesannya.

Jimin hanya mengangguk. Dia memerhati sekeliling bilik doktor itu dan dia ternampak nama dimeja hadapannya.

"Lee Hyena"

"Ha apa?" soal Taehyung.

"Nama doktor ni Lee Hyena" balas Jimin.

"Ooo"

Mereka berdua berdiam diri. Selepas beberapa minit, mereka berdua bersuara. Tapi mereka serentak pula. Memang soulmate betul !

"Jimin..."
"Taehyung..."

Mereka gelak seketika.

"Kau cakaplah dulu" arah Jimin.

"Kenapa kau sanggup jaga aku? Sedangkan aku buta?" soal Taehyung.

Jimin terdiam. Dalam banyak-banyak soalan, kenapa soalan tu yang terpacul keluar dari Taehyung.

Jimin menepuk bahu Taehyung perlahan. Dia pandang Taehyung tanpa berkedip.

"Sebab, aku tak nak kau bersendirian. Aku nak kau teruskan hidup walaupun kau tak boleh nampak apa-apa. Lagipun, kita kan kawan. Apa guna kawan kalau dia tak nak membantu?" balas Jimin panjang.

"Tapi... Aku tak pernah tolong kau..."

"Siapa kata? Sebab kau lah, hidup aku jadi happy. Sebab kau lah, aku kenal erti kasih sayang. Kau tau kan, hidup aku sebelum ni macam mana?" balas Jimin lagi.

Ok mari kita merentas masa ke zaman Jimin. Keluarga Jimin boleh dikira berada. Tapi hidupnya sengsara. Sebab apa?

Bapanya panas baran dan sering pukul Jimin. Ibunya pula langsung tak kisah. Ibu macam tu, lebih baik tak wujud dekat dunia. Kan?

Bila Jimin sakit, hanya makciknya sahaja yang kisah. Hingga, satu hari... Makcik dan ibubapanya bergaduh.

"Korang berdua tak reti jaga anak ke?"

"Shinji, jangan masuk campur hal abang" balas Park Meon

"Tapi Jimin ada hak nak dapat kasih sayang dari korang berdua. Susah sangat ke?" bentak Shinji lagi.

Tak sangka, abangnya abaikan Jimin hanya kerana syarikat dan wang. Materialistik betul !

"Budak tu cuma menyusahkan hidup kitorang. Membazir duit je kalau beli makan baju dia semua tu" balas ibu Jimin, Park Jeehyun.

"Aku rasa, daripada korang abaikan Jimin, lebih baik aku yang jaga dia !"

"Silakan" arah Jeehyun selamba.

Jimin yang berada disebalik pintu biliknya menangis. Mendengar pergaduhan yang tragis, sekaligus mencalarkan hatinya.

Shinji masuk ke bilik Jimin. Dia nampak Jimin menangis di tepi pintu.

"Jimin, jom ikut makcik balik. Ibu bapa kamu dah tak kisah pasal kamu. Kalau kamu ikut makcik, makcik akan happykan kamu"

Jimin segera bangun dan mengikuti makciknya. Dia memandang ibubapanya yang berada di sofa. Langsung tidak menoleh. Mereka hanya fokus dengan televisyen.

Sejak itu, Jimin juga jadi pendiam dan antisosial. Tapi walaupun nampak pendiam, dia boleh dikira nakal sebab suka bocorkan tayar cikgu dan lakukan beberapa lagi kesalahan dan jenayah kecil, tapi cikgu tak dapat nak salahkan dia sebab dia tak nak bercakap apa-apa.

Lepas masuk sekolah menengah, tiada siapa yang mahu berkawan dengannya, kecuali Taehyung yang sering mengikutinya. Sejak itu, mereka berkawan baik dan Jimin semakin ceria. Tapi lepas tragedi Taehyung tu, Jimin ambil keputusan nak jaga Taehyung.

End flashback !

Taehyung tersenyum.

"Terima kasih" ucap Taehyung.

"Sama-sama"

"So, kau nak cakap apa tadi?" soal Taehyung.

Jimin mengerutkan dahinya. Aku nak cakap apa tadi? Ha dah ingat !

"Aku nak tanya. Kenapa kau tiba-tiba nak jumpa pakar? Dan kalau kau ada peluang nak tengok dunia balik, apa yang kau nak buat?"

Taehyung hanya tersenyum menampakkan baris giginya. Jimin memandang hairan Taehyung dengan penuh tanda tanya.

"Apa yang kau fikirkan Tae?"

💜

C ; (풍경) Scenery | VMIN 🌸Where stories live. Discover now