5

248 33 9
                                    

🌈

"Hyung ada penyakit kan?" Jungkook menyoal.

Jimin kaku sambil memandang gambar itu. Gambar itu menunjukkan, Jimin pergi ke hospital.

"Hyung tak ada penyakit lah. Hyung pergi hospital sebab lawat kawan hyung sakit"

Jungkook menegakkan badannya.

"Hyung jangan tipu. Hyung tahu kan, Jungkook kerja dekat situ?"

Dahi Jimin berkerut lagi.

"Bukan kau jadi engineer ke? Kenapa kau kerja dekat hospital pula?"

"Oh lupa nak bagitau. Jungkook dapat job jadi doktor. Jungkook jadi doktor dah sebulan juga" terangnya.

"Kalau hyung nak tahu. Doktor yang hyung jumpa tu, kawan Jungkook. Dan dia dah ceritakan tentang penyakit hyung tu. Hyung ada bar-"

"Shhhhh. Jangan kuat sangat. Nanti Taehyung dengar" kata Jimin sambil jari telunjuk dimulut.

"Kenapa hyung sembunyikan hal ni dari Jungkook?"

"Sebab, kalau ramai sangat tahu, nanti rahsia bocor" jelas Jimin.

"Tapi kalau ramai yang tahu, kitorang boleh bantu hyung"

Jimin letak telefon Jungkook diatas meja semula.

"Tolong apa? Hyung rasa tak perlu kot tolong. Tapi ada satu je yang kau boleh tolong"

"Apa?"

"Kalau aku dah tak ada, tolong jaga Taehyung untuk aku" pesan Jimin.

"Kenapa jalan cerita ni sedih sangat?" soal Jungkook.

"Entahlah, tapi itulah hakikat. Kalau dah takdir, tak ada siapa boleh ubah" kata Jimin.

"Tapi Jungkook boleh tolong hyung rawat penyakit hyung tu"

Mata Jimin bersinar, tapi kembali malap semula.

"Tak apalah, hyung tak nak susahkan kau" dalih Jimin.

"Tak susah pun hyung. Apa guna doktor kalau tak nak rawat pesakit?"

Jimin hanya membalas dengan senyuman.

🍘

Isnin... 6:00 PM

Taehyung membuka matanya. Kenapa gelap ni? Oh lupa aku buta.

Dia duduk dan menggeliat. Dia meraba ke tepi katil dan mencapai jam elektroniknya. Satu punat ditekan dan keluar satu suara dari jam itu.

"Isnin 20 Mei 20**... 6:01 minit petang"

"Baru pukul 6 rupanya"

Taehyung mengesot hingga ke tepi katil. Kakinya diturunkan dan mencari seliparnya. Disebabkan tak jumpa dia memanggil Jimin.

"Jimin !"

Tiada sahutan.

"Jimin !"

Tiada sahutan.

"JIMIN !"

Tiada sahutan lagi. Taehyung berdiri dan meraba ke hadapan. Dia berjalan tidak tentu arah. Hinggalah dia terlanggar bucu meja soleknya.

CRASH !!!

"Argh" kata Taehyung mengaduh kecil.

🌸

Jimin membuka pintu rumah. Kotak yang berisi buku untuk Taehyung dibawa keluar dari bonet kereta. Jungkook dah balik setengah jam yang lalu.

Dan lepas tu, Jimin keluar untuk beli buku baru sebab kebanyakan buku yang Taehyung baca dah habis sebab sesetengahnya diderma kepada orang sakit setara dengan Taehyung. Manakala buku yang Taehyung suka akan disimpan.

Jimin melangkah masuk ke dalam rumah.

"Mesti Taehyung happy dapat buku baru" kata Jimin perlahan.

Puan Kim yang baru keluar dari bilik air segera bertanya.

"Jimin. Kamu baru balik dari mana? Apa dalam kotak tu?"

Jimin membalas dengan senyuman sebelum membalas.

"Jimin pergi kedai buku. Beli buku baru untuk Tae-"

CRASH !!!

Mata Jimin membulat, kotak ditangan dilepaskan, Jimin segera berlari ke bilik Taehyung.

Puan Kim juga cuba mengejar, dia berlari anak dan tiba-tiba.

"Aduh kaki kejang pula. Ok jalan slow-slow"

Pintu dirempuh dan Jimin menjerit.

"Taehyung !"

💜

Sebenarnya, buku ni dah complete. Perlu ke saya update semua?

C ; (풍경) Scenery | VMIN 🌸Where stories live. Discover now