🌸
Isnin... 9:00 AM
Jungkook menghantar Jimin pulang ke rumah. Kebetulan Taehyung sedang membaca buku di ruang tamu. Jimin masuk ke dalam rumah. Puan Kim baru keluar bilik.
"Eh, Jimin? Cepatnya dah keluar hospital"
Taehyung yang terdengar nama Jimin disebut segera mengangkat muka.
"Jimin? Mana kau?"
"Aku ada dekat sini" balas Jimin.
Jimin memberi isyarat kepada Puan Kim untuk mengikutnya. Jimin pergi ke biliknya yang berada disebelah bilik Taehyung.
Taehyung letak bukunya diatas meja, dia bangun dan memanggil Jimin.
"Jimin?"
Namun tiada sahutan. Jungkook segera mendekatinya. Untuk mengalihkan perhatian Taehyung, dia bertanya.
"Hyung baca buku apa ni?"
"Ha? Oh buku ni. Cerita pasal detektif. Dia selesaikan banyak kes yang polis tak dapat selesaikan"
Jungkook hanya mengangguk. Dia duduk di sofa lalu menarik lengan Taehyung.
"Hyung duduklah. Kita berbual kejap. Dah lama kita berdua tak borak sama-sama" kata Jungkook.
Taehyung mengeluh perlahan sebelum dia menurut. Jungkook tersenyum sebab dapat mengalih perhatiannya.
Manakala di bilik Jimin, Jimin sedang ligat packing segala keperluannya. Puan Kim hanya melihat dengan penuh tanda hairan. Kau nak kemana Jimin? Kau nak tinggalkan aunty dengan Taehyung ke?
"Jimin? Kau nak kemana packing barang ni?"
Jimin berhenti seketika.
"Aunty taukan tentang penyakit Jimin?" soal Jimin balik.
Puan Kim mengangguk.
"Jimin kena buat rawatan dekat luar negara. Jimin tak tau bila balik dan tak tau bila sembuh. Mungkin Jimin tak boleh sembuh" terangnya.
"Habis tu Taehyung?"
"Aunty boleh jaga dia kan? Lagipun Jimin nak dia lupakan semua tentang Jimin. Atau cara lebih mudah, biar dia bencikan Jimin"
Puan Kim terkejut.
"Takkan sampai macam tu sekali?"
Jimin sambung mengemas baju tanpa menjawab soalan Puan Kim.
"Aunty boleh ambilkan barang dapur yang boleh dibawa tak?" Jimin bertanya.
"Sekejap, aunty pergi tengok" Puan Kim berlalu pergi ke dapur untuk mencari barang dapur yang boleh dibawa oleh Jimin.
Selesai mengemas baju, Jimin pergi ke almari, dia mengambil dua helai kertas dan sebatang pen. Dia menulis sesuatu pada kertas itu. Setiap kertas dilipat dan dimasukkan ke dalam dua sampul surat yang berlainan.
Satu sampul disimpan di dalam kocek baju. Rantai dileher dia buka, dan di masukkan ke dalam sampul lagi satu dan disimpan di dalam laci. Puan Kim kembali dengan beberapa barang dapur ditangan. Jimin segera memasukkannya ke dalam beg kecil. Dan surat dikoceknya diberi kepada Puan Kim.
"Bagi surat ni dekat Tae, kalau Jimin dah tak ada dekat dunia ni"
Puan Kim mengangguk. Jimin mengangkat keluar beg dan bagasinya. Puan Kim juga turut keluar.
Kelihatan Jungkook dan Taehyung sedang rancak berbual. Besi pada bagasi Jimin ditarik dan bagasi itu beroda, so boleh tarik je. Tapi Taehyung kenal bunyi bagasi ditarik. Aneh kan?
Taehyung bangun dan memandang ke arah dapur, mungkin untuk mendengar bunyi bagasi itu ditarik.
"Jimin? Kau nak pergi mana dengan bagasi tu?" soalnya.
Jimin hanya berdiam diri. Taehyung meraba sekeliling, Jungkook membantunya. Taehyung dipimpin hingga sampai dihadapan Jimin. Taehyung memegang lengan Jimin.
"K-Kau nak tinggalkan aku?"
Raut wajah Taehyung cukup membuatkan hati Jimin sebak. Tapi, apakan daya, dengan penyakit yang ada, dia boleh mati bila-bila masa. Selagi ada peluang, dia ingin sembuhkan penyakitnya.
"Jawab Jimin !" jerit Taehyung secara tiba-tiba.
"Ya ! Aku nak tinggalkan kau ! Aku dah penat nak jaga kau ! Cukuplah 10 tahun !"
Air mata Taehyung menitis satu per satu.
"Tapi kau dah janji dengan aku, lepas aku bedah mata nanti kita-"
"Aku dah tak nak dengar semua tu. Aku nak pergi dari sini ! Aku dah bosan ! Aku dah penat !" Jimin memotong ayat Taehyung.
"Kalau kau tau kau akan penat, kenapa kau nak jaga aku? Kalau kau tau kau akan bosan, kenapa kau nak juga jaga aku ?!" tengking Taehyung.
"Sebab, aku punca appa kau mati dan punca kau jadi buta !" balas Jimin selamba.
"Apa?" Taehyung dan Puan Kim terkejut.
"Kalau kau nak tahu, aku potong wayar brek kereta ayah kau masa ayah kau jumpa pengetua sekolah ! Kau tau tak? Ayah kau penyebab aku diabaikan oleh parents aku. Semuanya punca daripada projek gila appa kau yang nak untung banyak. Lepas tu, aku dapat tau keluarga kau kemalangan. Ayah kau mati dan kau buta. Aku rasa bersalah ! Sebab tu selama ni, aku jaga kau. Dan kadang-kadang, aku tak hiraukan langsung kesihatan aku"
Taehyung melepaskan lengan Jimin. Penerangan Jimin cukup menerbitkan rasa benci dalam dirinya. Taehyung mengetap gigi, dia rasa geram, marah dan benci dalam satu masa. Penumbuknya digenggam dan dia lepaskan pada pipi Jimin.
"Aku benci kau Jimin !!!"
Bibir Jimin berdarah, namun dia biarkan. Dia tahu, sakitnya tidak cukup seperti sakit yang dipendam keluarga Kim.
"Terima kasih sebab kau benci aku"
Jimin meninggalkan Taehyung dan Puan Kim yang menangis di dalam rumah. Penerangan dari Jimin yang tidak disangka, menerbitkan pelbagai perasaan dalam hati.
Jungkook dan Jimin meninggalkan kawasan perumahan dan bergerak ke airport. Untuk kali terakhir mungkin, Jimin memandang semula ke rumah Taehyung dengan wajah sedih. Maafkan aku sebab rahsiakan semuanya. Maafkan aku, Taehyung.
Air mata Jimin mengalir. Dia buka telefonnya, dan gambar pertama yang keluar adalah, gambarnya dengan Taehyung sehari sebelum keluarga Taehyung kemalangan.
💜
YOU ARE READING
C ; (풍경) Scenery | VMIN 🌸
Fanfiction[2019 VMIN MALAY FANFICTION] "I wish I could see a beautiful SCENERY with my own eyes" √ season 1 : 15 chap (C) season 1 : start : 18 | 05 | 19 end : 27 | 06 | 19